Menjayakan Majlis Perkahwinan Azira & Cikgu Syam Di Dato Keramat

Majlis Perkahwinan Noor Azira Binti Mohamed Yusop & Hisham

Tarikh: 14/11/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Dato Keramat

Bandar : Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo B (PA System – Deejay)

Catatan:

  1. Untuk tugasan kali ini, kami telah ditugaskan untuk memeriahkan majlis pasangan Azira dan Syam.
  2. Tempahan telah dilakukan oleh Azira dan beliau telah memilih Combo B sebagai peneman majlis resepsi beliau.
  3. Kami tiba ke dewan ini sedikit lewat iaitu pada jam 10:15AM kerana pengantin ingin kami bertugas bermula dari jam 11:30AM sehingga 4:00PM.
  4. Kami telah beberapa kali bertugas di dewan ini dan kami suka bertugas di sini kerana dewan ini diselenggara dengan baik.
  5. Kami juga telah dibekalkan dengan koleksi lagu yang dipilih oleh pengantin dan beberapa maklumat penting yang akan kami gunakan ketika mengacara majlis ini.
  6. Setelah pemasangan siap dilakukan, kami melakukan pengujian mutu bunyi yang dihasilkan melalui sistem audio kami.
  7. Tepat jam 11:30AM, setelah menukar persalinan dan lengkap bersongkok, kami terus melakukan ucapan pembukaan dan mengucapkan selamat datang kepada seluruh ahli keluarga dan tetamu yang telah berada di dewan ini.
  8. Pihak katering dari Z&Z Catering yang berpangkalan di Taman Cahaya Ampang pada ketika itu sedang melakukan persiapan terakhir.
  9. Juadah dihidangkan tepat pada jam 11:30AM dan hidangan yang disediakan sangat menyelerakan. Terdapat teh tarik, cendol dan kuih muih yang dihidangkan. Majlis juga diserikan dengan pemanis tekak iaitu soft ice-cream dari Wafi dan aiskrim goyang serta apam balik.
  10. Pasangan mempelai dan rombongan pengantin lelaki tiba ke dewan pada jam 1:10PM. Mereka telah diarak oleh pasukan kompang Nur Iman yang berpangkalan di Taman Cahaya.
  11. Pasangan pengantin cukup berseri sekali dengan busana berwarna kuning dan mereka memasuki dengan dengan penuh bergaya dan terus menuju ke pentas pelamin.
  12. Di pentas pelamin, pasangan diberkati dengan bacaan doa dan majlis diteruskan dengan persembahan kompang dan sessi merenjis.
  13. Selepas sessi merenjis selesai, majlis diteruskan dengan mempersilakan pasangan pengantin untuk menjamu selera di meja makan beradab.
  14. Selesai menjamu selera, pengantin berkenan untuk menjayakan acara memotong kek. Kami telah menjemput mereka dan tetamu jumputan untuk bersama-sama bagi merakamkan foto pada acara yang romantis ini.
  15. Selepas sessi memotong kek selesai dijalankan, kami mempersilakan Azira dan Syam untuk kembali semula ke pelamin untuk menjayakan sessi fotografi bersama keluarga dan teman.
  16. Sessi fotografi dan videografi berlangsung meriah. Acara ini dijayakan oleh pasukan fotografi dari Lamargraphy.
  17. Selepas selesai sessi fotografi, pasangan mempelai turun dari pelamin dan beramah mesra dengan tetamu dan keluarga di ruang utama dewan.
  18. Tepat jam 4:30PM, kami telah memohon mengundur diri dan kami telah memberikan ucapan penutup tugasan kami dengan pantun-pantun bersahaja.
  19. Kepada Azira dan Syam, kami doakan agar hubungan yang telah terbina ini akan memberikan sinar bahagia yang berkekalan selamanya.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

thumb_IMG_1762_1024 thumb_IMG_1763_1024 thumb_IMG_1764_1024 thumb_IMG_1766_1024 thumb_IMG_1767_1024 thumb_IMG_1768_1024 thumb_IMG_1770_1024 thumb_IMG_1772_1024 thumb_IMG_1774_1024 thumb_IMG_1775_1024 thumb_IMG_1777_1024 thumb_IMG_1778_1024 thumb_IMG_1781_1024 thumb_IMG_1784_1024

One thought on “Menjayakan Majlis Perkahwinan Azira & Cikgu Syam Di Dato Keramat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *