Menjayakan Majlis Pernikahan Azlan & Aziah Di Damansara

12573090_10153580573519261_2986421727796135321_n

Majlis Pernikahan Nur Aziah Rahimah Binti Abdul Aziz Al-Akbar Azlan Shah Bin Mohd Hanif

Tarikh: 23/02/2016

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi :  Bukit Damansara

Bandar : Damansara, Selangor

Combo Pilihan : Combo D (PA System – Deejay – Karaoke – Projector)

Catatan:

  1. Hari ini kami diamanahkan untuk menjayakan majlis pernikahan Nir Aziah dan Azlan di kediaman pengantin perempuan di Damansara.
  2. Apa yang menarik mengenai tempahan ini adalah ianya telah dilakukan oleh abang pengantin lelaki untuk pemasangan rumah pengantin perempuan.
  3. Majlis pernikahan yang berlangsung di sebelah malam ini memerlukan 2 buah projector yang perlu dipasang di luar kediaman untuk paparan momen pernikahan.
  4. Kami tiba ke kediaman Aziah sekitar jam 4:00PM untuk pemasangan peralatan kami.
  5. Apabila kami tiba, kami telah bertemu dengan abang kepada Aziah untuk mengenalpasti lokasi kerja kami. Seejurus selepas itu, kami terus melakukan kerja pemasangan peralatan kami.
  6. Pemasangan siap dilakukan sekitar jam 6:00PM, projector yang dipasang oleh kami akan digunakan oleh pasukan videographer untuk videofeed yang akan menayangkan sessi akad nikah.
  7. Pasukan katering juga telah selesai melakukan persiapan untuk santapan. Kami dijemput untuk menjamu selera dan ternyata makanan yang disediakan oleh pihak katering sangat enak sekali.
  8. Terdapat 3 buah kanopi yang didirikan di sekitar halaman rumah Dr. Aziz iaitu bapa kepada Aziah. Ketiga-tiga kanopi ini adalah lut-sinar atau transparent.
  9. Tepat jam 7:30PM, tetamu telah mula tiba. Kehadiran Ustaz Baharum selaku juru nikah juga telah kelihatan.
  10. Rombongan pengantin lelaki tiba pada jam 8:00PM, kami telah mengalu-alukan kehadiran mereka dan kelihatan Azlan dan barisan pembawa hantaran memasuki kediaman rumah.
  11. Azlan dan kaluarga Dato Mohd Hanif memenuhkan ruang tamu utama kediaman pengantin dan majlis terus dimulakan dengan ucapan kata-kata aluan dari wakil keluarga pengantin perempuan.
  12. Wakil keluarga pengantin lelaki mengambil tempat dengan memberikan kata-kata aluan dan mempersembahkan barangan hantaran yang dibawa oleh pihak mereka.
  13. Sessi akad nikah dilakukan sendiri oleh Ayahanda Aziah iaitu Yang Berbahagia Dr. Aziz. Dengan sekali lafaz, Aziah sah menjadi milik Azlan sebagai pasangan suami isteri.
  14. Selepas selesai acara akad nikah, majlis diteruskan dengan mempersilakan keluarga pengantin untuk bersessi fotografi.
  15. Rakan-rakan Azlan dan Aziah juga tidak ketinggalan bersama menjayakan sessi fotografi ini.
  16. Pasangan pengantin dan seluruh tetamu dijemput untuk menikmati hidangan dan mereka menjamu selera di bahagian kanopi sambil dihidangkan dengan alunan lagu-lagu lembut dari kami.
  17. Majlis berlangsung meriah sehinggan jam 10:30PM dan kami telah menamatkan tugasan kami sekitar jam 11:00PM.
  18. Kami telah berjumpa dengan abang Azlan iaitu Encik Zarul untuk mendapatkan maklum balas terhadap perkhidmatan kami.
  19. Alhamdulillah, maklum balas yang baik telah kami terima dan kami menamatkan tugasan kami sejurus selepas itu.
  20. Tahniah kami ucapkan kepada Azlan dan Aziah di atas majlis yang serba indah ini. Kami doakan agar kalian berdua akan terus bahagia dan terus dirahmati.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

12548854_10153580573454261_3410538504825815491_n 12552541_10153580573429261_334590478095093691_n 12573090_10153580573519261_2986421727796135321_n 12642653_10153580573509261_2834456784084758354_n

2 thoughts on “Menjayakan Majlis Pernikahan Azlan & Aziah Di Damansara

  1. Power! Thanks for the awesome job dekat nikah! Keep it up and will continue to recommend you two kat majlis lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *