Loading...
The Junx In Action..

Menjayakan Majlis Resepsi Amirah & Izuan Di Crystal Crown Perlabuhan Klang

Majlis Perkahwinan Amirah Nadhirah Mohd Rafiq & Mohd Khirul Izuan Ashaari

Tarikh: 10/02/2018

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Grand Ballroom, Crystal Crown

Bandar : Port Klang

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Hari ini kami bertugas di Hotel Crystal Crown Port Klang bagi memenuhi jemputan Tuan Hj Mohd Rafiq ayahanda kepada pengantin perempuan iaitu Amirah.
  2. Setelah beberapa kali berhubung melalui Whatsapp dan email, Tuan Hj Rafiq telah bersetuju untuk mendapatkan perkhidmatan terbaik kami untuk meraikan majlis puteri kesayangan beliau.
  3. Kami tiba ke lokasi sekitar jam 9:45AM dan telah melakukan pemerhatian dan merancang persiapan pemasangan peralatan kami.
  4. Sewaktu kami tiba, majlis akad nikah sedang berlangsung di ballroom tersebut.
  5. Selepas selesai majlis akad nikah, kami segera melakukan pemasangan dan melakukan sessi pengujian mutu bunyi yang dihasilkan dari sistem audio di ballroom ini.
  6. Selepas itu, kami terus menukar persalinan dan acara dimulakan dengan memperkenalkan diri kami dan kami memainkan lagu-lagu yang bersesuaian untuk majlis ini.
  7. Juadah dan masakan disediakan oleh pihak Mazmida Catering dan pelbagai lauk-pauk serta kudap-kudapan yang disediakan untuk tetamu.
  8. Kami dimaklumkan bahawa pasangan mempelai akan tiba sekitar jam 12:45PM. Pada waktu ini kelihatan tetamu telah mula memenuhi ruangan ballroom.
  9. Pengantin tiba dengan diiringi oleh rombongan keluarga pengantin lelaki, dan mereka telah disambut dengan paluan kompang dari sistem audio kami diselangi dengan alunan selawat dari Al-Fadhil Ustaz Mohd Afiq.
  10. Pengantin terus berjalan menuju ke pentas pelamin dan kemudian kami telah menjemput Al-Fadhil Ustaz Mohd Afiq untuk memimpin bacaan doa.
  11. Selepas bacaan doa, majlis diserikan dengan acara salam restu bersama dengan ayahanda serta bonda kedua-dua mempelai.
  12. Pengantin kemudiannya telah dijemput untuk menjayakan sessi makan beradab bersama dengan ahli keluarga.
  13. Selepas sessi makan beradat selesai, pengantin bersetuju untuk menjayakan acara seterusnya.
  14. Seterusnya sessi memotong kek perkahwinan telah diadakan di sebelah pentas pelamin berlatarbelakangkan lagu yang dinyanyikan secara karaoke oleh Tuan Hj Rafiq ayahanda kepada Amirah.
  15. Selepas itu, acara diteruskan dengan sessi beramah mesra dan sessi fotografi yang dijayakan oleh keluarga dan rakan-rakan.
  16. Acara berterusan dengan pelbagai aktiviti dan keceriaan sambil kelihatan pasangan mempelai bersama-sama dengan rakan dan taulan.
  17. Sessi karaoke dibuka dan mendapat sambutan yang sangat meriah dari kalangan keluarga dan teman-teman pengantin.
  18. Apabila jam menunjukkan tepat 4:00PM, dan kami telah menamatkan tugasan kami sejurus selepas itu dengan memberikan ucapan penutup tugasan kami.
  19. Alhamdulillah, majlis ini berlangsung dengan cukup meriah dan lancar.
  20. Kami ucapkan syabas kepada seluruh ahli keluarga yang turut sama membantu menjayakan majlis ini dan tahniah diucapkan kepada Amirah dan Izuan di atas kejayaan majlis ini.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *