Loading...
The Junx In Action..

Menjayakan Majlis Resepsi Ekin & Apis Di Dewan Taman Koperasi Polis

Majlis Perkahwinan Nor Ashikin Bt Hj Zainudin & Hafeez Bin Ismail

Tarikh: 17/02/2018

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Pusat Komuniti Taman Koperasi Polis

Bandar : Batu Caves

Combo Pilihan : Combo B (PA System – Deejay)

Catatan:

  1. Hari ini kami diamanahkan oleh keluarga pengantin perempuan iaitu Cik Fatin untuk bertugas di Taman Koperasi Polis, Gombak.
  2. Cik Fatin telah memilih pakej Combo B kami bagi memeriahkan majlis Ekin dan Apis dengan lagu-lagu dan pengaturcaraan majlis.
  3. Kami tiba ke lokasi sekitar jam 9:45AM dan telah melakukan pemerhatian dan merancang persiapan pemasangan peralatan kami.
  4. Selepas itu, kami segera melakukan pemasangan dan melakukan sessi pengujian mutu bunyi yang dihasilkan dari sistem audio di dewan ini.
  5. Selepas itu, kami terus menukar persalinan dan acara dimulakan dengan memperkenalkan diri kami dan kami memainkan lagu-lagu yang bersesuaian untuk majlis ini.
  6. Juadah dan masakan disediakan oleh pihak Hj Nan Katering dan pelbagai lauk-pauk serta kudap-kudapan yang disediakan untuk tetamu.
  7. Kami dimaklumkan bahawa pasangan mempelai akan tiba sekitar jam 12:30PM. Pada waktu ini kelihatan tetamu telah mula memenuhi ruangan dewan.
  8. Pengantin tiba dengan diiringi oleh rombongan keluarga pengantin lelaki dan mereka telah disambut dengan paluan kompang dari sistem audio kami diselangi dengan alunan selawat..
  9. Pengantin terus berjalan menuju ke meja makan beradab dan kemudian kami telah menjemput Al-Fadhil Tuan Haji Mohd Noor Bin Muda untuk memimpin bacaan doa.
  10. Selepas itu, upacara makan beradab dimulakan dan juga ucapan dari wakil keluarga diadakan.
  11. Seterusnya sessi memotong kek perkahwinan telah diadakan di sebelah pentas pelamin berlatarbelakangkan lagu Perfect yang dipopularkan oleh Ed Sheeran.
  12. Selepas selesai sessi memotong kek perkahwinan, majlis diserikan dengan acara salam restu bersama dengan ayahanda serta bonda kedua-dua mempelai.
  13. Selepas itu, acara diteruskan dengan sessi beramah mesra dan sessi fotografi yang dijayakan oleh keluarga dan rakan-rakan.
  14. Acara berterusan dengan pelbagai aktiviti dan keceriaan sambil kelihatan pasangan mempelai bersama-sama dengan rakan dan taulan.
  15. Kelihatan pengantin iaitu Ekin dan Apis cukup ceria sekali melihat tetamu yang hadir yang terdiri dari rakan-rakan dan saudara-mara mereka.
  16. Apabila jam menunjukkan tepat 4:00PM, dan kami telah menamatkan tugasan kami sejurus selepas itu dengan memberikan ucapan penutup tugasan kami.
  17. Alhamdulillah, majlis ini berlangsung dengan cukup meriah dan lancar.
  18. Kami ucapkan syabas kepada seluruh ahli keluarga yang turut sama membantu menjayakan majlis ini dan tahniah diucapkan kepada Ekin dan Apis di atas kejayaan majlis ini.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *