Menjayakan Majlis Sambutan Hari Lahir Di Aliya Klang

Majlis Sambutan Hari Lahir Puan Noorzuraniza Binti Zamberi

Tarikh: 03/02/2018

Lokasi : Hotel Aliya, Jalan Meru

Bandar : Klang

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Selepas bertugas di Intekma siang tadi, kami terus bergegas ke Klang bagi memberikan perkhidmatan terbaik kami kepada Tuan Rahmat Ariffin.
  2. Tuan Rahmat Ariffin menganjurkan majlis sambutan hari lahir untuk isteri beliau yang turut dihadiri oleh seluruh ahli keluarga beliau.
  3. Kami tiba ke lokasi sekitar jam 5:30PM dan kami terus melakukan pemasangan sejurus selepas tiba.
  4. Ruangan dewan untuk majlis ini bersaiz sederhana besar dan dapat memuatkan kira-kira 50 tetamu dalam satu-satu masa.
  5. Selepas pemasangan siap dilakukan, kami telah melakukan sessi pengujian bunyi audio kami.
  6. Selepas itu, kami terus menukar persalinan dan menjamu selera di restoran berhampiran sebelum kami bertugas secara rasminya tepat jam 8:00PM.
  7. Tepat kira-kira jam 8:30PM, kelihatan tetamu telah mula tiba di perkarangan majlis. Kami juga telah bertemu dengan Tuan Rahmat dan berbincang secara ringkas berkenaan dengan perjalanan majlis.
  8. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan ringkas yang disampaikan oleh Tuan Rahman untuk mengalu-alukan kehadiran tetamu.
  9. Kemudian, acara diteruskan dengan ucapan ringkas dari puan Zura sendiri iaitu individu yang diraikan pada majlsi ini.
  10. Selepas selesai ucapan, majlis diteruskan dengan menjemput tetamu menjamu selera dengan hidangan yang disediakan.
  11. Majlis juga dimeriahkan dengan sessi karaoke yang dijalankan secara meriah dan santai.
  12. Sambutan yang diterima untuk sessi ini sangat mengalakkan dan sungguh berbakat sekali tetamu kita pada malam ini.
  13. Sessi karaoke juga diselangi dengan acara cabutan bertuah. Pemenang cabutan bertuan membawa pulang hamper yang disediakan oleh penganjur.
  14. Sekitar jam 11:00PM, acara diakhiri dengan sessi memotong kek hari lahir dan ianya dimeriahkan dengan nyanyian lagu “Allah Selamatkan Kamu” dan “Happy Birthday To You” oleh keluarga dan tetamu.
  15. Majlis berakhir sekitar jam 11:45PM dan kami telah melakukan pengemasan peralatan kami dan memberikan ucapkan penutup kami sebelum kami mengakhiri tugasan kami.
  16. Alhamdulillah, majlis ini berlangsung dengan cukup meriah dan lancar.
  17. Kami ucapkan syabas kepada seluruh ahli keluarga yang turut sama membantu menjayakan tugasan kami dan tahniah diucapkan kepada Tuan Rahmat dan Puan Zura sekeluarga di atas kejayaan majlis ini.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *