Loading...
The Junx In Action..

Menjayakan Tugasan Di Club House Bukit Mahkota

Majlis Perkahwinan Azlina Binti Irman & Mohd Mazlan Bin Ayub

Tarikh: 03/03/2018

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Club House Bukit Mahkota

Bandar : Kajang

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Hari ini kami menuju ke Kajang bagi menjayakan tugasan kami di Club House Bukit Mahkota, Kajang.
  2. Pengantin perempuan iaitu Azlina telah memilih pakej Combo A kami bagi memeriahkan majlis dengan lagu-lagu dan pengaturcaraan majlis.
  3. Kami tiba ke lokasi sekitar jam 9:45AM dan telah melakukan pemerhatian dan merancang persiapan pemasangan peralatan kami.
  4. Selepas itu, kami segera melakukan pemasangan dan melakukan sessi pengujian mutu bunyi yang dihasilkan dari sistem audio di ruang utama majlis ini.
  5. Selepas itu, kami terus menukar persalinan dan acara dimulakan dengan memperkenalkan diri kami dan kami memainkan lagu-lagu yang bersesuaian untuk majlis ini.
  6. Juadah dan masakan disediakan oleh pihak Ilhami Katering dari Sungai Buloh dan pelbagai lauk-pauk serta kudap-kudapan yang disediakan untuk tetamu.
  7. Kami dimaklumkan bahawa pasangan mempelai akan tiba sekitar jam 01:00PM. Pada waktu ini kelihatan tetamu telah mula memenuhi ruangan utama majlis.
  8. Pengantin tiba dengan diiringi paluan kompang dan selawat dari sistem audio kami.
  9. Pengantin terus berjalan menuju ke pentas pelamin dan kemudian kami telah memberikan ucapan pembukaan dan memberhentikan siaran seketika untuk memberi laluan kepada azan fardhu Zuhur
  10. Sejurus selepas itu, bacaan doa telah disampaikan.
  11. Majlis diserikan dengan upacara salam restu yang dijayakan oleh ahli keluarga pengantin.
  12. Kemudian, upacara makan beradab dimulakan dan ianya disertai oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak.
  13. Seterusnya sessi memotong kek perkahwinan telah diadakan di sebelah pentas pelamin berlatarbelakangkan lagu Perfect dari Ed Sheeran.
  14. Selepas itu, acara diteruskan dengan sessi beramah mesra dan sessi fotografi yang dijayakan oleh keluarga dan rakan-rakan.
  15. Acara berterusan dengan pelbagai aktiviti dan keceriaan sambil kelihatan pasangan mempelai bersama-sama dengan rakan dan taulan termasuk sessi karaoke yang berlangsung meriah.
  16. Kelihatan pengantin iaitu Azlina dan Mazlan cukup ceria sekali melihat tetamu yang hadir yang terdiri dari rakan-rakan dan saudara-mara mereka.
  17. Apabila jam menunjukkan tepat 4:00PM, dan kami telah menamatkan tugasan kami sejurus selepas itu dengan memberikan ucapan penutup tugasan kami.
  18. Alhamdulillah, majlis ini berlangsung dengan cukup meriah dan lancar.
  19. Kami ucapkan syabas kepada seluruh ahli keluarga yang turut sama membantu menjayakan majlis ini dan tahniah diucapkan kepada Azlina dan Mazlan di atas kejayaan majlis ini.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *