Majlis Perkahwinan Nur Hazirah Bt Amran & Zainal Muzafar Bin Zainal Abidin
Tarikh: 14/04/2018
Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan
Lokasi : Dewan Auditorium JPS
Bandar : Ampang
Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)
Catatan:
- Hari ini kami menuju ke Ampang bagi menjayakan tugasan kami di Dewan Auditorium JPS. Ini adalah tugasan kedua kami di lokasi ini.
- Ayahanda kepada pengantin perempuan iaitu Tuan Hj Amran telah memilih pakej Combo A kami bagi memeriahkan majlis dengan lagu-lagu dan pengaturcaraan majlis beliau.
- Kami tiba ke lokasi sekitar jam 9:30AM dan telah melakukan pemerhatian dan merancang persiapan pemasangan peralatan kami.
- Selepas itu, kami segera melakukan pemasangan dan melakukan sessi pengujian mutu bunyi yang dihasilkan dari sistem audio di ruang utama majlis ini.
- Selepas itu, kami terus menukar persalinan dan acara dimulakan dengan memperkenalkan diri kami dan kami memainkan lagu-lagu yang bersesuaian untuk majlis ini.
- Kami dimaklumkan bahawa majlis ini turut dimerihakan oleh persembangan ghazal dari Kumpulan Ghazal Dendang Warisan yang dibawa khas dari Johor Bahru.
- Juadah dan masakan disediakan oleh pihak katering dan pelbagai lauk-pauk serta kudap-kudapan yang disediakan untuk tetamu.
- Selain dari menu-menu utama, majlis juga dihidangkan dengan soft ice-cream dan kuih muih.
- Kami dimaklumkan bahawa pasangan mempelai akan tiba sekitar jam 12:30PM. Pada waktu ini kelihatan tetamu telah mula memenuhi ruangan utama majlis.
- Pengantin tiba dengan diiringi paluan kompang oleh pasukan kompang dari Kampung Melayu Ampang dan selawat taslim dari sistem audio kami.
- Pengantin terus berjalan menuju ke pentas pelamin dan kemudian kami telah memberikan ucapan pembukaan dan seterusnya menjemput Al-Fadhil Ustaz Muhd Zanif Bin Zahari untuk memimpin bacaan doa.
- Kemudian, upacara makan beradab dimulakan dan ianya disertai oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak.
- Seterusnya sessi memotong kek perkahwinan telah diadakan di sebelah pentas pelamin berlatarbelakangkan lagu romantis.
- Selepas itu, acara diteruskan dengan sessi beramah mesra dan sessi fotografi yang dijayakan oleh keluarga dan rakan-rakan.
- Kelihatan pengantin iaitu Ira dan Zafar cukup ceria sekali melihat tetamu yang hadir yang terdiri dari rakan-rakan dan saudara-mara mereka.
- Acara diselangi dengan persembahan live ghazal yang mendendangkan lagu-lagu tradisi. Sungguh asyik dan menenangkan persembahan dari kumpulan ghazal ini
- Apabila jam menunjukkan tepat 4:00PM, dan kami telah menamatkan tugasan kami sejurus selepas itu dengan memberikan ucapan penutup tugasan kami.
- Alhamdulillah, majlis ini berlangsung dengan cukup meriah dan lancar.
- Kami ucapkan syabas kepada seluruh ahli keluarga yang turut sama membantu menjayakan majlis ini dan tahniah diucapkan kepada Tuan Haji Amran sekeluarga di atas kejayaan majlis ini.
Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?
Foto Majlis: