Loading...
The Junx In Action..

Menyambut Menantu Di Kediaman Tuan Darsham

Majlis Perkahwinan Aizat Dailami Bin Darsham Dan Nor Azimah Bt Abdul Rahman

Tarikh: 30/05/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Lelaki

Lokasi : Taman Saujana Damai,

Bandar : Kajang, Selangor

Combo Pilihan : Combo A (Deejay + PA System + Karaoke)

Catatan:

  1. Kali ini, kami kembali bertugas di Kajang. Minggu lepas kami bertugas di Sungai Ramal Luar dan hari ini kami meraikan majlis menyambut menantu tuan Darsham di Taman Saujana Damai.
  2. Tempahan telah dilakukan oleh Tuan Darsham melalui borang tempahan online kami pada bulan April yang lepas.
  3. Beliau telah memilih Combo A kami yang didatangkan dengan set karaoke bagi memeriahkan majlis ini.
  4. Majlis ini diadakan di hadapan rumah pengantin dan terdapat kira-kira 6 buah kanopi didirikan.
  5. Kami tiba ke lokasi majlis seawal jam 9:15AM dan kami telah ditempatkan di ‘porch’ bersebelahan meja makan beradab pengantin.
  6. Ketika ketibaan kami ke lokasi majlis, kami telah disambut oleh ahli kelurga tuan Darsham dan kelihatan pihak katering dari DJU Catering juga telah tiba bagi memberikan perkhidmatan mereka.
  7. Setelah pemasangan siap dilakukan, kami telah berbincang bersama dengan pengantin lelaki iaitu Aizat berkenaan dengan perjalanan majlis. Kami juga sempat mendapatkan maklumat berkenaan nama ahli keluarga pengantin.
  8. Rombongan pengantin perempuan iaitu keluarga Azimah tiba ke lokasi majlis pada jam 1:30PM. Kehadiran mereka disambut mersa oleh Tuan Darsham, isteri dan seluruh ahli keluarga.
  9. Majlis juga dihadiri oleh dif-dif kehormat seperti Tan Sri Johan Jaafar dan beberapa rakan tuan Darsham sewaktu beliau berkhidmat di dalam jabatan kerajaan.
  10. Kehadiran rombongan ahli keluarga pengantin perempuan disambut dengan alunan selawat dan mereka terus dijemput untuk duduk di meja makan beradab.
  11. Majlis ringkas ini tiada sessi persandingan dan juga tiada upacara memotong kek. Ianya lebih kepada upacara meraikan pengantin yang telah selamat diijab-kabulkan dan tanda kesyukuran atas ikatan suami isteri yang dimeterai oleh Aizat dan Azimah.
  12. Selepas sessi makan beradab selesai, majlis diteruskan dengan acara bersantai dan kami telah menjemput tetamu dan ahli keluarga untuk bersama kami di dalam sessi karaoke.
  13. Ahli keluarga, saudara mara, rakan-rakan dan pengantin sendiri tidak ketinggalan dalam menyampaikan lagu.
  14. Majlis berlangsung meriah sehingga ke petang dan kami menamatkan tugasan kami sekitar jam 4:00PM.
  15. Tuan Darsham kelihatan begitu terharu melihat tetamu yang hadir meraikan majlis ini dan di dalam kesibukan beliau melayani tetamu, beliau sempat beramah-mersa dengan kami sebelum kami berangkat mengundur diri.
  16. Syabas dan tahniah kami ucapkan kepada seluruh ahli keluarga Tuan Darsham dan tahniah diucapkan kepada Aizat dan juga Azimah di atas ikatan ini.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

emcee-dj-kahwin-pa-system-saujana-damai-kajang-9 emcee-dj-kahwin-pa-system-saujana-damai-kajang-8 emcee-dj-kahwin-pa-system-saujana-damai-kajang-7 emcee-dj-kahwin-pa-system-saujana-damai-kajang-6 emcee-dj-kahwin-pa-system-saujana-damai-kajang-5 emcee-dj-kahwin-pa-system-saujana-damai-kajang-4 emcee-dj-kahwin-pa-system-saujana-damai-kajang-3 emcee-dj-kahwin-pa-system-saujana-damai-kajang-2 emcee-dj-kahwin-pa-system-saujana-damai-kajang-12 emcee-dj-kahwin-pa-system-saujana-damai-kajang-11 emcee-dj-kahwin-pa-system-saujana-damai-kajang-10 emcee-dj-kahwin-pa-system-saujana-damai-kajang-1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *