Loading...
The Junx In Action..

Meraikan Anggota PDRM Di Kompleks Sukan Seri Delima

Majlis Perkahwinan Norhafizatul Hasnida Binti Jommri & Muhd Rusli Bin Seman

Tarikh: 19/09/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Kompleks Sukan DBKL, Seri Delima, Jinjang

Bandar :  Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo A (Deejay + PA System + Karaoke)

Catatan:

  1. Untuk tugasan kali ini, tempahan telah dilakukan oleh abang Hasnida iaitu Abang Faidzal. Beliau telah memilih combo A dan tempahan telah dilakukan secara online.
  2. Kami tiba ke dewan ini sekitar jam 9:35AM dan kami telah bertemu dengan Abang Faidzal untuk berbincang berkenaan aturcara majlis.
  3. Kami melakukan pemasangan dan melakukan pengujian mutu bunyi sistem audio kami sejurus selepas berbincang berkenaan aturcara.
  4. Melalui pemerhatian kami, dewan ini sangat selesa sekali. Lengkap dengan penghawa dingin dan tandas.
  5. Selepas pemasangan dilakukan, kami memainkan koleksi lagu-lagu rock 90an atas pemintaan Abang Faidzal.
  6. Pasangan pengantin dijadualkan tiba ke dewan pada jam 1:30PM. Mereka tiba ke dewan bersama dengan rombongan pengantin lelaki dan diiringi dengan paluan kompang oleh Pasukan Kompang Ezhar Sri Kedah.
  7. Ketibaan pasangan mempelai yang segak dan berseri dengan busana berwarna biru warna kebanggaan pasukan polis mendapat perhatian dari setiap hadirin yang hadir.
  8. Pasangan mempelai terus menaiki pentas pelamin dan bersanding. Majlis dimulakan sejurus selepas itu dengan ucapan pembuka dari pihak kami.
  9. Bacaan doa disampaikan dan kemudian majlis menjemput ahli keluarga pengantin untuk menjayakan sessi salam restu sambil majlis dimeriahkan dengan paluan kompang.
  10. Acara diteruskan dengan menjemput Rusli dan Hasnida untuk menjamu selera dimeja makan beradab. Sessi ini turut disertai oleh ahli keluarga pengantin.
  11. Selepas acara makan beradab selesai, majlis diteruskan dengan menjayakan sessi fotografi.
  12. Sessi fotografi berlangsung meriah dengan penyertaan rakan-rakan dari IPD Dang Wangi dan ahli keluarga.
  13. Sewaktu sessi fotografi sedang berlangsung, kami telah membuka sessi karaoke dan menerima sambutan yang hangat dari tetamu.
  14. Sessi memotong kek perkahwinan mengambil tempat selepas sessi fotografi bersama tetamu dan keluarga tamat.
  15. Pasangan mempelai memilih untuk mengenakan uniform polis bagi menyempurnakan acara memotong kek ini.
  16. Selepas selesai sessi memotong kek, pasangan Rusli dan Hasnida beramah mesra dengan tetamu di bawah pentas dan bersalam-salaman dengan mereka dari meja ke meja.
  17. Kami menamatkan tugasan kami tepat jam 4:00PM dan telah memberikan ucapan penutup berakhirnya tugasan kami pada hari ini.
  18. Alhamdulillah, segala tugasan yang diamanahkan oleh Abang Faidzal kepada kami dapat digalas dengan jayanya. Doa kami kepada Rusli dan Hasnida agar mereka akan mengecapi kehidupan yang bahagia dan saling cinta mencintai sehingga selamanya.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

IMG_0953 IMG_0954 IMG_0956 IMG_0957 IMG_0958 IMG_0960 IMG_0979 IMG_0990 IMG_0994 IMG_1001 IMG_1002 IMG_1005

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *