Majlis Perkahwinan Anwar Ridhwan Bin Haji Ismail & Fatin Dahiyah Binti Haji Samsudin
Tarikh: 07/04/2018
Majlis Sebelah Pengantin : Lelaki
Lokasi : Dewan Kolej Pendeta Za’ba
Bandar : Serdang
Combo Pilihan : Combo B (PA System – Deejay)
Catatan:
- Hari ini kami menuju ke UPM Serdang bagi menjayakan tugasan kami di Dewan Kolej Pendeta Za’ba.
- Ayahanda kepada pengantin lelaki iaitu Tuan Haji Ismail telah memilih pakej Combo B kami bagi memeriahkan majlis dengan lagu-lagu dan pengaturcaraan majlis anjuran beliau sekeluarga.
- Kami tiba ke lokasi sekitar jam 9:30AM dan telah melakukan pemerhatian dan merancang persiapan pemasangan peralatan kami.
- Selepas itu, kami segera melakukan pemasangan dan melakukan sessi pengujian mutu bunyi yang dihasilkan dari sistem audio di ruang utama majlis ini.
- Selepas itu, kami terus menukar persalinan dan acara dimulakan dengan memperkenalkan diri kami dan kami memainkan lagu-lagu yang bersesuaian untuk majlis ini.
- Juadah dan masakan disediakan oleh pihak katering dan pelbagai lauk-pauk serta kudap-kudapan yang disediakan untuk tetamu. Cendol dan teh tarik juga turut disediakan untuk tetamu.
- Kami dimaklumkan bahawa pasangan mempelai akan tiba sekitar jam 12:30PM. Pada waktu ini kelihatan tetamu telah mula memenuhi ruangan utama majlis.
- Ketibaan pengantin telah disambut dengan alunan paluan kompang dari sistem audio kami.
- Pengantin terus berjalan menuju ke meja makan beradab dan kemudian kami telah memberikan ucapan pembukaan dan seterusnya menjemput ahli keluarga pengantin untuk memimpin bacaan doa.
- Selepas bacaan doa dibaca, majlis diteruskan dengan mempersilakan pengantin untuk menjamu selera bersama dengan ahli keluarga.
- Setelah selesai menjamu selera, kami telah mempersilakan pasangan Anwar dan Fatin untuk berjalan menuju ke pentas pelamin untuk menjalankan acara seterusnya.
- Seterusnya sessi memotong pulut kuning perkahwinan telah diadakan di sebelah pentas pelamin berlatarbelakangkan lagu Perfect dari Ed Sheeran.
- Majlis diserikan dengan upacara salam restu yang dijayakan oleh ahli keluarga pengantin.
- Selepas itu, acara diteruskan dengan sessi beramah mesra dan sessi fotografi yang dijayakan oleh keluarga dan rakan-rakan.
- Kelihatan Anwar dan Fatin cukup ceria sekali melihat tetamu yang hadir yang terdiri dari rakan-rakan dan saudara-mara mereka.
- Apabila jam menunjukkan tepat 4:00PM, dan kami telah menamatkan tugasan kami sejurus selepas itu dengan memberikan ucapan penutup tugasan kami.
- Alhamdulillah, majlis ini berlangsung dengan cukup meriah dan lancar.
- Kami ucapkan syabas kepada seluruh ahli keluarga yang turut sama membantu menjayakan majlis ini dan tahniah diucapkan kepada Tuan Ismail sekeluarga serta Anwar dan Fatin di atas kejayaan majlis ini.
Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?
Foto Majlis: