Meraikan Eyja Dan Dir Di Hari Kebangsaan

 

IMG_0842

Majlis Perkahwinan Nor Faezah Binti Shaari dan Dir Kheizrullah Bin Kamaruddin

Tarikh: 31/08/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Villa Ukhwan, Persiaran Titiwangsa

Bandar :  Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo A (Deejay + PA System + Karaoke)

Catatan:

  1. Setelah dua hari berturut-turut bertugas, hari ini adalah hari yang ketiga untuk kami melengkapkan tugasan kami. Cuti di hari kebangsaan ini dijadikan sebagai hari besar untuk pasangan pengantin Eyja dan Dir.
  2. Pasangan pengantin telah mengambil combo A sebagai penyeri majlis mereka dan mereka telah menempah perkhidmatan kami melalui borang tempahan online di laman web kami.
  3. Kami tiba di lokasi majlis sekitar jam 9:30AM dan telah bertemu dengan Eyja dan Dir yang telah berada di Villa Ukhwah ini.
  4. Villa Ukhwah adalah venue perkahwinan yang menyediakan perkhidmatan untuk pasangan pengantin menjalankan upacara seperti majlis resepsi.
  5. Terdapat taman dan kolam renang yang disediakan di villa ini.
  6. Kami melakukan pemasangan peralatan kami selepas perbincangan dilakukan bersama dengan pasangan pengantin.
  7. Kelihatan majlis ini turut meraikan hari kebangsaan dengan terdapatnya bendera Jalur Gemilang yang dikibarkan di sekitar majlis.
  8. Kami memainkan beberapa buah lagu untuk menghangatkan suasana pagi di majlis ini. Kelihatan ahli keluarga telah mula bersiap-siap untuk menjalankan tugas. Begitu juga barisan petugas dari pihak katering yang giat membuat persiapa terakhir.
  9. Pasangan pengantin tiba ke lokasi majlis pada jam 1:40PM. Mereka disambut dan diarak masuk oleh Pasukan Kompang Sinar 30  dari Sentul.
  10. Setelah tiba di pintu gerbang, paluan kompang diberhentikan dan disambung dengan ucapan alu-aluan dari pihak kami dan kemudian kami telah memainkan lagu You’ll Never Walk Alone (pilihan Eyja dan Dir) sebagai lagu pengiring pasangan mempelai dan rombongan pengantin lelaki bergerak menuju ke ruang utama villa.
  11. Di dalam ruang utama, terdapat pelamin yang disediakan untuk upacara persandingan, Apabila pengantin duduk di singahsana pelaminan, majlis diberkati dengan bacaan doa yang disampaikan oleh Al-Fadhil Tuan Haji Baharuddin.
  12. Selepas bacaan doa, majlis menjemput ahli keluarga untuk menjayakan sessi salam restu. Selain dari ahli keluarga, turut menjayakan acara adalah rakan-rakan kepada pengantin.
  13. Pasangan mempelai menjayakan sessi makan beradab sejurus selepas itu. Dir dan Eyja menjamu selera bersama dengan ahli keluarga dan kemudian mereka beramah mesra dengan tetamu.
  14. Selesai beramah mesra, mereka kembali semula bersama kelaurga di meja makan beradab bagi menyempurnakan sessi memotong kek perkahwinan.
  15. Selepas selesai menjayakan sessi memotong kek perkahwinan, pasangan mempelai kembali semula ke ruang utama villa dan mereka kembali duduk di pelamin dan memulakan sessi fotografi.
  16. Kami memulakan sessi karaoke semasa pengantin menjalankan sessi fotografi. Beberapa tetamu mula memilih lagu untuk disampaikan. Sessi ini berlangsung meriah sehingga ke petang.
  17. Kami mengakhiri tugasan kami setelah waktu bertugas kami telah tamat. Kami telah memberikan ucapan penutup dan mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada seluruh ahli keluarga yang memberikan layanan yang terbaik sepanjang kami bertugas di majlis ini.
  18. Kepada Dir dan Eyja, terima kasih kerana memberi peluang kepada kami untuk beraksi di majlis anda. Kami doakan agar kalian berdua dikurniakan dengan kehidupan yang bahagia dan lebih baik serta dikurniakan dengan cahaya mata yang soleh dan solehah.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

IMG_0804 IMG_0807 IMG_0810 IMG_0821 IMG_0822 IMG_0824 IMG_0826 IMG_0831 IMG_0833 IMG_0835 IMG_0840 IMG_0842 IMG_0844 IMG_0847 IMG_0848

One thought on “Meraikan Eyja Dan Dir Di Hari Kebangsaan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *