Meraikan Faiz Dan Syaqira Di Alam Damai Cheras

Majlis Perkahwinan Mohamad Faiz Bin Norzain & Syaqira Binti Hashim

Tarikh: 12/08/2017

Majlis Sebelah Pengantin : Bersama

Lokasi : Dewan Alam Damai, Cheras

Bandar : Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Hari ini kami menuju ke Alam Damai bagi menjalankan tugas kami untuk majlis Faiz dan Syaqira.
  2. Mereka telah menempah perkhidmatan kami seawal bulan Disember tahun yang lepas dan beliau telah memilih Combo A.
  3. Kami tiba ke lokasi sekitar jam 9:30AM dan telah melakukan pemerhatian dan merancang persiapan pihak kami.
  4. Sewaktu tiba ke lokasi majlis, kelihatan pihak katering dari Pak Alang Katering dan keluarga pengantin sedang melakukan persiapan. Kami dengan segera melakukan pemasangan sejurus selepas mendapat pengesahan dari keluarga pengantin.
  5. Terdapat pelamin yang didirikan di pentas utama dewan, dan ianya dihias dengan cukup indah sekali.
  6. Kemudian, kami segera melakukan pemasangan dan melakukan sessi pengujian mutu bunyi yang dihasilkan dari sistem audio kami.
  7. Selepas pamasangan siap dilakukan, kami terus menukar persalinan kami dan acara dimulakan dengan memperkenalkan diri kami dan kami memainkan lagu-lagu yang bersesuaian.
  8. Di sessi pagi, bacaan doa selamat dan tahlil dilangsungkan bagi memberkati majlis pada hari ini dan iainya disampaikan oleh Al-Fadhil Pak Abu bersama ahli komuniti dan keluarga pengantin.
  9. Kami dimaklumkan bahawa pasangan mempelai akan tiba sekitar jam 02:30PM. Pada waktu ini kelihatan tetamu telah mula memenuhi ruangan di dewan.
  10. Apabila pengantin tiba, kami telah mengalu-alukan ketibaan mereka dan pengantin berarak dengan paluan kompang.
  11. Pasangan Faiz dan Syaqira terus berjalan menuju ke pentas pelamin untuk dipersandingkan.
  12. Kemudian kami telah menjemput AL-Fadhil Pak Abu sekali lagi untuk memimpin bacaan doa.
  13. Kemudian, majlis diteruskan dengan persembahan dari pasukan kompang dan juga sessi bersalam restu diadakan di pentas pelamin.
  14. Selepas selesai bersalam restu dan merenjis, majlis diteruskan dengan menjemput pasangan mempelai untuk berarak di meja makan beradab untuk menjamu selera.
  15. Selepas menjamu selera, pengantin berkenan untuk menjayakan sessi memotong kek perkahwinan.
  16. Sejurus selepas itu, Faiz dan Syaqira bersessi fotografi bersama keluarga dan juga teman-teman.
  17. Ternyata ahli keluarga pangantin dan pasangan mempelai cukup ceria sekali melihat tetamu yang hadir dikalangan ahli keluarga dan rakan-rakan.
  18. Acara berterusan dengan pelbagai aktiviti dan kecerian sambil kelihatan pasangan mempelai bersama-sama dengan rakan dan taulan.
  19. Apabila jam menunjukkan tepat 4:00PM, dan kami telah menamatkan tugasan kami sejurus selepas itu dengan memberikan ucapan penutup tugasan kami.
  20. Alhamdulillah, majlis ini berlangsung dengan cukup meriah dan lancar.
  21. Kami ucapan syabas dan tahniah kepada seluruh ahli keluarga yang turut sama membantu menjayakan majlis ini dan syabas diucapkan kepada Faiz dan Syaqira di atas kejayaan majlis ini.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *