Loading...
The Junx In Action..

Meraikan Najwa Dan Hafiz Di Keramat

thumb_IMG_3125_1024

Majlis Perkahwinan Nurul Najwa Binti Abu Bakar & Muhammad Hafiz Bin Salleh

Tarikh: 03/04/2016

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Dewan MPAJ, AU2 Taman Keramat

Bandar : Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Untuk tugasan kali ini, tempahan telah dilakukan oleh pengantin lelaki iaitu Hafiz. Beliau pada mulanya berminat untuk mendapatkan pakej Combo B kami.
  2. Setelah menghubungi kami beliau telah melakukan tempahan secara online dan berhubung melalui Whatsapp.
  3. Kami tiba ke lokasi majlis seawal jam 9:15AM dan kami agak biasa dengan dewan ini kerana kami telah beberapa kali memberikan perkhidmatan kami kepada pengantin yang mengadakan majlis di sini.
  4. Setelah pemasangan siap dilakukan, kami telah bertemu dengan Hafiz dan Najwa sendiri untuk berbincang berkenaan dengan perjalanan majlis. Sebelum ini juga kami telah berbincang melalui email.
  5. Kemudian kami telah bertemu dengan abang-abang Najwa yang ingin menukar pakej kepada Combo A. Mujur kami membawa set karaoke kami untuk memenuhi pemintaan keluarga pengantin.
  6. Setelah pemasangan siap dilakukan, kami segera melakukan sessi pengujian mutu bunyi yang dihasilkan dari sistem kami.
  7. Kami memainkan pelbagai koleksi lagu dari sistem kami. Seperti yang telah diminta oleh pengantin, kami memperbanyakkan lagu-lagu terkini dan memainkan lagu-lagu Inggeris.
  8. Pasangan pengantin dijadualkan tiba pada jam 1:30PM dan kehadiran mereka telah disambut dengan paluan kompang dari Pasukan Kompang Irama Permai.
  9. Pasangan pengantin berarak masuk ke dewan dan berhenti seketika di tengah dewan sambil di sambut dengan alunan selawat dari sistem audio kami.
  10. Kemudian pengantin di arak ke pelamin dan majlis terus diberkati dengan bacaan doa oleh Ybhg Tuan Asim Bin Mohd Ariff.
  11. Sejurus selepas bacaan doa, pasukan kompang meneruskan persembahan mereka dengan beberapa buah lagu.
  12. Selepas selesai persembahan kompang disaksikan, pasangan Najwa dan Hafiz dipersilakan untuk menjamu selera di meja makan beradab.
  13. Sajian yang dibawakan oleh Marina Katering yang berpangkalan di Klang Selangor menjadi pilihan keluarga pengantin. Sungguh enak sajian tersebut sambil dihidangkan juga dengan hidangan kambing golek dan laksa penang.
  14. Selepas menjamu selera, pasangan mempelai berkenan untuk menjayakan sessi memotong kek.
  15. Selepas sessi memotong kek, pasangan mempelai dipersilakan untuk menjayakan sessi fotografi bersama dengan keluarga dan teman-teman.
  16. Kehadiran tetamu ke majlis ini cukup memberangsangkan. Yang datang dari jauh dan dekat semuanya gembira bertemu dengan pengantin dan keluarganya.
  17. Sessi karaoke dimulakan sekitar jam 3:15PM dan mendapat sambutan dari seluruh ahli keluarga.
  18. Tepat jam 4:00PM, kami telah memohon untuk mengundur diri kerana tugasan kami telah hampir tamat.
  19. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan jayanya dan kelihatan Najwa dan Hafiz sungguh gembira sekali melihat kejayaan majlis resepsi ini.
  20. Tahniah kami ucapkan kepada Najwa dan Hafiz di atas kejayaan majlis ini dan kami doakan agar hubungan kalian akan sentiasa diberkati dan bahagian selamanya.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

thumb_IMG_3096_1024 thumb_IMG_3097_1024 thumb_IMG_3099_1024 thumb_IMG_3105_1024 thumb_IMG_3110_1024 thumb_IMG_3115_1024 thumb_IMG_3116_1024 thumb_IMG_3125_1024 thumb_IMG_3129_1024

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *