Meraikan Pasangan Fairuz & Izzati Di Dewan Dato’ Ahmad Razali

Majlis Perkahwinan Mohamed Fairuz bin Hj. Mohamed Yusop & Nur Izzati Bin Haji Marlis

Tarikh: 07/05/2016

Majlis Sebelah Pengantin : Lelaki

Lokasi : Dewan Dato’ Ahmad Razali

Bandar : Ampang

Combo Pilihan : Combo B (PA System – Deejay)

Catatan:

  1. Hari ini kami bersiaran di Ampang bagi meraikan Mohammed Fairuz dan Izzati.
  2. Ini adalah kali kedua kami menjayakan majlis yang dianjurkan oleh keluarga tuan Haji Mohamed Yusof. Sebelum ini kami pernah menjayakan majlis kakanda kepada Fairuz iaitu Puan Azira di Keramat tahun lepas.
  3. Tempahan telah dilakukan oleh puan Azira sendiri melalui laman web kami.
  4. Beliau telah memilih pakej combo B kami sebagai penyeria majlis pada hari ini.
  5. Ketibaan kami telah disambut mesra oleh ahli keluarga pengantin yang telah berada di dewan ini. Kami tiba seawal jam 9:30AM.
  6. Dewan yang bersaiz besar, lengkap dengan penghawa dingin dan kemudahan asas yang baik ini cukup memberikan keselesaan kepada kami untuk menjalankan tugas.
  7. Setelah melakukan pemasangan peralatan kami telah melakukan sessi pengujian mutu suara kami.
  8. Kami memainkan beberapa buah lagu sebagai permulaan sambil-sambil kami melakukan persiapan akhir sebelum menjalankan tugas secara rasminya pada jam 11:00AM.
  9. Pihak katering, juga telah siap melakukan persiapan terakhir mereka dengan menghidangkan lauk pauk untuk dijamu oleh para jemputan.
  10. Pengantin tiba ke dewan dengan diarak oleh pasukan kompang sekitar jam 1:30PM. Pengantin terus diarak ke pentas pelamin untuk sessi persandingan.
  11. Kemudian bacaan doa telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Syafiq bagi memberkati majlis pada hari ini.
  12. Selepas bacaan doa selesai dibaca, majlis diteruskan dengan mempersilakan ahli keluarga pengantin untuk menjayakan sessi salam restu sebagai sessi taaruf bagi memperkenalkan ahli keluarga kepada pengantin.
  13. Selesai sessi bersalam restu, acara diteruskan dengan menjemput pasangan mempelai dan wakil-wakil keluarga untuk menjamu selera di meja makan beradab.
  14. Pada masa yang sama, kelihatan tetamu-tetamu yang hadir di majlis ini cukup memberangsangkan.
  15. Selepas sessi menjamu selera selesai, majlis diteruskan dengan menjemput pasangan mempelai untuk menjayakan sessi memotong kek perkahwinan.
  16. Lagu Jodoh Berdua dendangan Hafiz Hamidun menjadi lagu latar acara memotong kek perkahwinan ini.
  17. Selepas selesai sessi memotong kek, majlis diteruskan dengan sessi fotografi yang dijayakan bersama ahli keluarga pengantin.
  18. Rakan-rakan juga tidak ketinggalan untuk bersama-sama menjayakan sessi fotografi yang diadakan di pentas pelamin.
  19. Sejurus selepas sessi fotografi selesai dijalankan. Majlis diteruskan dengan menjemput pasangan pengantin baru Fairuz dan Adira untuk beramah mesra dengan tetamu.
  20. Tepat jam 4:00PM, tetamu yang hadir mula berangkat pulang dan kami telah memohon untuk menamatkan tugasan kami pada hari ini.
  21. Alhamdulillah segalanya telah berjalan dengan cukup lancar dan berjaya. Tahniah kami ucapkan kepada Fairuz dan Adira di atas kejayaan majlis pada hari ini. Semoga kalian terus berbahagia sehingga selamanya.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

thumb_IMG_3305_1024 thumb_IMG_3309_1024 thumb_IMG_3308_1024 thumb_IMG_3307_1024 thumb_IMG_3306_1024 thumb_IMG_3310_1024 thumb_IMG_3317_1024 thumb_IMG_3316_1024 thumb_IMG_3315_1024 thumb_IMG_3314_1024 thumb_IMG_3311_1024

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *