Meraikan Wazal & Fareen Di Pusat Komuniti TTDI

Majlis Perkahwinan Wazal Bin Jamalus & Siti Nur Farahain Binti Mohammad Yusof

Tarikh: 07/01/2018

Majlis Sebelah Pengantin : Lelaki

Lokasi : Pusat Komuniti Taman Tun Dr Ismail

Bandar : Damansara

Combo Pilihan : Combo B (PA System – Deejay)

Catatan:

  1. Hari ini kami akan bertugas di Taman Tun Dr Ismail bagi memenuhi jemputan pelanggan kami saudara Wazal yang juga abang kepada pengantin yang kami raikan pada tahun 2015 dahulu iaitu saudara Syawal.
  2. Perkhidmatan kami telah di tempah oleh pengantin lelaki sendiri melalui Whatsapp dan laman web kami.
  3. Wazal telah memilih pakej Combo B kami bagi menceriakan lagi suasana majlis resepsi ini.
  4. Kami tiba ke lokasi sekitar jam 9:30AM dan telah melakukan pemerhatian dan merancang persiapan pihak kami.
  5. Kami segera melakukan pemasangan dan melakukan sessi pengujian mutu bunyi yang dihasilkan dari sistem audio kami.
  6. Selepas pamasangan siap dilakukan, kami terus menukar persalinan kami dan acara dimulakan dengan memperkenalkan diri kami dan kami memainkan lagu-lagu yang bersesuaian.
  7. Pihak ketaring pada hari ini menyediakan sajian ala kampung dan masakan minang yang cukup menyelerakan.
  8. Kami memainkan lagu-lagu yang dipilih sendiri oleh pasangan pengantin. Kebanyakan lagu-lagu yang dipilih terdapat di dalam koleksi kami.
  9. Kami dimaklumkan bahawa pasangan mempelai akan tiba sekitar jam 1:00PM. Pada waktu ini kelihatan tetamu telah mula memenuhi ruangan di dalam dewan.
  10. Apabila pengantin tiba, kami telah mengalu-alukan ketibaan mereka dan pengantin berarak dengan paluan kompang dari sistem audio kami dan juga alunan selawat.
  11. Pengantin terus berjalan menuju ke pentas pelamin dan bersanding, seterusnya pihak kami telah memulakan majlis dengan kata-kata pembuka dan alu-aluan.
  12. Kemudian bacaan doa telah disampaikan oleh saudara Muhammad Kamil bagi memberkati majlis pada hari ini.
  13. Pengantin kemudiannya telah dijemput untuk menjayakan sessi makan beradab bersama dengan ahli keluarga.
  14. Sejurus selepas itu, Wazal dan Fareen berkenan untuk menjayakan sessi beramah mesra dengan tetamu jemputan.
  15. Ternyata ahli keluarga pangantin dan pasangan mempelai cukup ceria sekali melihat tetamu yang hadir dikalangan ahli keluarga dan rakan-rakan.
  16. Acara berterusan dengan pelbagai aktiviti dan kecerian sambil kelihatan pasangan mempelai bersama-sama dengan rakan dan taulan.
  17. Apabila jam menunjukkan tepat 4:00PM, dan kami telah menamatkan tugasan kami sejurus selepas itu dengan memberikan ucapan penutup tugasan kami.
  18. Alhamdulillah, majlis ini berlangsung dengan cukup meriah dan lancar.
  19. Kami ucapan syabas dan tahniah kepada seluruh ahli keluarga yang turut sama membantu menjayakan majlis ini dan syabas diucapkan kepada Wazal dan Fareen di atas kejayaan majlis ini.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *