Loading...
The Junx In Action..

Persembahan Nyanyian Live Di Majlis Addi Eikhwan & Syazana

Majlis Perkahwinan Addi Iekhwan Bin Raden & Nur Syazana

Tarikh: 24/02/2018

Majlis Sebelah Pengantin : Bersama

Lokasi : Dewan Residensi UTM

Bandar : Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Hari ini kami menuju ke Kuala Lumpur bagi menjayakan tugasan kami di Dewan Residensi UTM, Jalan Semarak Kuala Lumpur.
  2. Pengantin lelaki iaitu Addi telah memilih pakej Combo A kami bagi memeriahkan majlis dengan lagu-lagu dan pengaturcaraan majlis.
  3. Kami tiba ke lokasi sekitar jam 9:45AM dan telah melakukan pemerhatian dan merancang persiapan pemasangan peralatan kami.
  4. Sewaktu kami tiba, majlis akad nikah sedang berlangsung di dalam dewan. Jadi kami mengambil sedikit masa untuk melakukan pemasangan agar tidak mengganggu majlis.
  5. Selepas itu, kami segera melakukan pemasangan dan melakukan sessi pengujian mutu bunyi yang dihasilkan dari sistem audio di dewan ini.
  6. Selepas itu, kami terus menukar persalinan dan acara dimulakan dengan memperkenalkan diri kami dan kami memainkan lagu-lagu yang bersesuaian untuk majlis ini.
  7. Juadah dan masakan disediakan oleh pihak Felda D’Saji Katering dan pelbagai lauk-pauk serta kudap-kudapan yang disediakan untuk tetamu.
  8. Majlis ini turut diserikan dengan penampilan penyanyi jemputan iaitu Cik Wani yang akan menghiburkan tetamu secara live.
  9. Kami dimaklumkan bahawa pasangan mempelai akan tiba sekitar jam 12:30PM. Pada waktu ini kelihatan tetamu telah mula memenuhi ruangan dewan.
  10. Pengantin tiba dengan diiringi paluan kompang dan selawat dari sistem audio kami.
  11. Majlis juga turut dihadiri oleh beberapa orang kenamaan termasuk Datuk Seri Johari, Menteri Kewangan Kedua.
  12. Pengantin terus berjalan menuju ke meja makan beradab dan kemudian kami telah menjemput Al-Fadhil Tuan Haji Hairul Anuar untuk memimpin bacaan doa.
  13. Selepas itu, upacara makan beradab dimulakan dan ianya disertai oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak.
  14. Seterusnya sessi memotong kek perkahwinan telah diadakan di sebelah pentas pelamin berlatarbelakangkan lagu Surat Cinta Untuk Starla yang dipopularkan oleh Virgoun.
  15. Selepas itu, acara diteruskan dengan sessi beramah mesra dan sessi fotografi yang dijayakan oleh keluarga dan rakan-rakan.
  16. Acara berterusan dengan pelbagai aktiviti dan keceriaan sambil kelihatan pasangan mempelai bersama-sama dengan rakan dan taulan.
  17. Kelihatan pengantin iaitu Addi dan Zana cukup ceria sekali melihat tetamu yang hadir yang terdiri dari rakan-rakan dan saudara-mara mereka.
  18. Apabila jam menunjukkan tepat 4:00PM, dan kami telah menamatkan tugasan kami sejurus selepas itu dengan memberikan ucapan penutup tugasan kami.
  19. Alhamdulillah, majlis ini berlangsung dengan cukup meriah dan lancar.
  20. Kami ucapkan syabas kepada seluruh ahli keluarga yang turut sama membantu menjayakan majlis ini dan tahniah diucapkan kepada Addi dan Zana di atas kejayaan majlis ini.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis:

     

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *