Tag Archives: deejay kahwin murah

Meraikan Shamira Dan Fazree Di Dewan Komuniti Sri Petaling

Majlis Perkahwinan Nor Shamira Binti Ishak & Muhammad Fazree Bin Mahzan

Tarikh: 23/04/2017

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Dewan Komuniti, Sri Petaling

Bandar : Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo C (PA System – Deejay – Karaoke – Projektor)

Catatan:

  1. Setelah bertugas di Bangi semalam, hari ini kami akan bertugas di Sri Petaling bagi meraikan pasangan Nor Shamira dan Fazree.
  2. Tempahan telah dilakukan oleh Nor Shamira sendiri secara online dan beliau telah memilih Combo C yang lengkap dengan karaoke dan projector.
  3. Kami tiba ke lokasi sekitar jam 9:15AM dan telah melakukan pemerhatian dan merancang persiapan pihak kami.
  4. Sewaktu tiba ke dewan, belum ada sesiapa lagi di dewan ini. Kami dengan segera melakukan pemasangan sejurus selepas mendapat pengesahan dari Shamira yang dihubungi melalui Whatsapp.
  5. Terdapat pelamin dan meja makan beradab berada di dalam dewan, dan ianya dihias dengan cukup indah sekali dengan konsep berwarna ungu.
  6. Kemudian, kami segera melakukan pemasangan dan melakukan sessi pengujian mutu bunyi yang dihasilkan dari sistem audio kami.
  7. Selepas pamasangan siap dilakukan, kami terus menukar persalinan kami dan acara dimulakan dengan memperkenalkan diri kami dan kami memainkan lagu-lagu yang bersesuaian. Kami memainkan lagu-lagu instrumental joget dan asli bagi memulakan acara diselitkan juga lagu perkahwinan..
  8. Kami dimaklumkan bahawa pasangan mempelai akan tiba selepas Zuhur. Pada waktu ini kelihatan tetamu telah mula memenuhi ruangan di dalam dewan.
  9. Kami telah menerima video pernikahan pasangan mempelai dari juruvideo pengantin. Video ini akan kami mainkan sejurus pengantin menjamu selera di meja makan beradab.
  10. Tepat jam 2:00PM, kami dimaklumkan bahawa pasangan pengantin telah tiba. Mereka telah disambut dengan paluan kompang dari pasukan kompang.
  11. Pasangan mempelai terus menuju ke pentas pelamin dan acara bacaan doa diadakan dengan menjemput ahli keluarga pengantin perempuan.
  12. Majlis diteruskan dengan menjemput pasangan mempelai berjalan menuju ke meja makan beradab untuk menjayakan sessi santapan bersama dengan keluarga.
  13. Sewaktu menjamu selera, kami telah mengumumkan tayangan video sedang dipaparkan di layar putih yang diletakan bersebelahan pentas pelamin.
  14. Pengantin, ahli keluarga dan para tetamu menyaksikan video tersebut dengan penuh perhatian.
  15. Selepas menjamu selera, pasangan mempelai berkenan untuk menjayakan sessi memotong kek perkahwinan mereka.
  16. Acara meriah sehingga ke petang dengan kehadiran tetamu dan juga rakan-rakan kepada pasangan Shamira dan Fazree ke majlis mereka.
  17. Cuaca juga sangat baik sepanjang hari ini dan kami memainkan lagu-lagu yang ceria diselangi lagu-lagu lama bagi memenuhi permintaan tetamu.
  18. Majlis lebih gamat apabila sessi karaoke dibuka. Sambutan yang kami terima untuk sessi karaoke cukup hangat.
  19. Ternyata ahli keluarga pangantin dan pasangan mempelai cukup ceria sekali melihat tetamu yang hadir dikalangan ahli keluarga dan rakan-rakan.
  20. Sessi beramah mesra dilangsungkan dengan santai, sambil itu sessi fotografi bersama rakan-rakan juga dijalankan bersama.
  21. Acara berterusan dengan pelbagai aktiviti dan kecerian sambil kelihatan pasangan mempelai bersama-sama dengan rakan dan taulan.
  22. Apabila jam menunjukkan tepat 4:00PM, dan kami telah menamatkan tugasan kami sejurus selepas itu dengan memberikan ucapan penutup tugasan kami.
  23. Alhamdulillah, majlis ini berlangsung dengan cukup meriah dan lancar.
  24. Kami ucapan syabas dan tahniah kepada seluruh ahli keluarga yang turut sama membantu menjayakan majlis ini dan syabas diucapkan kepada Shamira dan Fazree di atas kejayaan majlis ini.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

 

Meraikan An Dan Ina Di Akademi Hevea Malaysia

Majlis Perkahwinan Nor Haslina Hassin &  Mohamad Farhan Ahmad

Tarikh: 22/03/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Dewan Perdana, Akademi Hevea Malaysia, Pusat Penyelidikan Getah Malaysia

Bandar : Sg Buloh, Selangor

Combo Pilihan : Combo B (Deejay + PA System)

Catatan:

  1. Kali ini kami bersiaran di salah sebuah kawasan yang permai dengan kehijauan iaitu di Pusat Penyelidikan Getah Malaysia, Sungai Buloh.
  2. Pasangan mempelai telah menempah Combo B pada bulan Januari yang lepas dan kami tiba ke dewan ini dengan perasaan teruja kerana ini adalah kali pertama kami bertugas di sini.
  3. Kami tiba ke lokasi sekitar jam 9:45AM dan telah bertemu dengan pengantin perempuan dan keluarga pengantin perempuan iaitu Tuan Hassin Osman dan Puan Sabariah Hamid.
  4. Dewan ini bersaiz sederhana dan boleh memuatkan kira-kira 600 orang pada satu masa dan mempunyai kemudahan asas seperti tandas, penghawa dingin dan tempat letak kereta yang selesa.
  5. Pasangan pengantin dijadualkan akan tiba pada jam 12:30PM dan kami diamanahkan untuk memainkan alunan kompang dan lagu selawat apabila An dan Ina tiba ke lokasi majlis.
  6. Apabila pasangan mempelai tiba, kami mengumumkan ketibaan mereka dan mengalu-alukan seluruh rombongan pengantin lelaki untuk masuk ke dewan dan mengambil tempat yang disediakan khas untuk mereka.
  7. Pasangan mempelai yang cantik dan segak dengan busana berwarna peach terus menuju ke pentas pelamin.
  8. Bacaan doa disampaikan sejurus pasangan mempelai duduk dan seterusnya majlis diteruskan dengan upacara salam restu. Kami menjemput seluruh anggota keluarga sama-sama menjayakan acara ini.
  9. Selepas selesai sessi bersalam restu, pasangan mempelai dijemput oleh kami untuk menjamu selera di meja makan beradab.
  10. Selepas selesai menjamu selera, majlis diteruskan dengan acara memotong kek perkahwinan. Lagu Penghujung Cintaku menjadi pilihan sebagai latar belakang upacara romantis ini.
  11. Selepas selesai memotong kek perkahwinan, pasangan mempelai sekali lagi dijemput untuk ke pentas pelamin bagi menjayakan sessi fotografi.
  12. Kami menjemput seluruh ahli keluarga dan rakan-rakan pengantin untuk menjayakan sessi ini. Sessi fotografi ini berlangsung meriah.
  13. Selepas selesai sessi fotografi, pasangan mempelai turun dari pentas pelamin dan menjayakan sessi meramah mesra bersama tetamu.
  14. An dan Ina menggunakan kesempatan yang ada ini untuk bersalam-salaman dengan ahli keluarga, tetamu dan sahabat-sahabat yang hadir meraikan mereka.
  15. Sepanjang majlis ini, kami memainkan pelbagai jenis lagu yang bersesuaian dengan tema dan beberapa lagu yang romantis agar menepati mood majlis perkahwinan ini.
  16. Kami menamatkan tugasan kami sekitar jam 4:00PM dan kami juga telah dijemput oleh An dan Ina untuk bergambar dengan mereka di pentas pelamin.
  17. Nyata sungguh gembira pasangan mempelai dengan kemeriahan yang tercipta dimajlis ini. Layanan yang baik diberikan oleh mereka sepanjang kami menjalankan tugas kami di sini.
  18. Buat pasangan An dan Ina, kami doakan agar anda berdua akan terus bahagia selamanya dan selamat menempuhi alam rumah tangga dengan penuh kesabaran dan ketakwaan.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

emcee-dj-kahwin-pa-system-getah-3 emcee-dj-kahwin-pa-system-getah-4 emcee-dj-kahwin-pa-system-getah-1 emcee-dj-kahwin-pa-system-getah-2 emcee-dj-kahwin-pa-system-getah-6 emcee-dj-kahwin-pa-system-getah-7 emcee-dj-kahwin-pa-system-getah-8 emcee-dj-kahwin-pa-system-getah-9 emcee-dj-kahwin-pa-system-getah-10 emcee-dj-kahwin-pa-system-getah-11 emcee-dj-kahwin-pa-system-getah-12 emcee-dj-kahwin-pa-system-getah-13 emcee-dj-kahwin-pa-system-getah-14 emcee-dj-kahwin-pa-system-getah-15 emcee-dj-kahwin-pa-system-getah-16 emcee-dj-kahwin-pa-system-getah-17 emcee-dj-kahwin-pa-system-getah-18