Tag Archives: dejay di taman maluri

Meraikan Nurul Hidayah & Mohamad Sadiq Di Taman Maluri

Majlis Perkahwinan Nurul Hidayah Binti Hj Ahmad & Mohamad Sadiq Shah Bin Hj Shah Kamarrudin

Tarikh: 26/08/2017

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Masjid Al Imam Ash Shafie, Jalan Perkasa, Taman Maluri

Bandar : Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo B (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Hari ini kami menuju ke Taman Maluri bagi menjalankan tugas kami untuk majlis Nurul dan Mohd Sadiq.
  2. Perkhidmatan kami telah di tempah oleh abang pengantin peremuan sendiri iaitu Encik Shahmil yang pernah menggunakan perkhidmatan kami pada tahun 2015 yang lalu.
  3. Encik Shahmil telah memilih pakej Combo B kami bagi menceriakan lagi suasana majlis Nurul dan Sadiq.
  4. Kami tiba ke lokasi sekitar jam 9:30AM dan telah melakukan pemerhatian dan merancang persiapan pihak kami.
  5. Sewaktu tiba ke lokasi majlis, kelihatan pihak katering dan keluarga pengantin sedang melakukan persiapan. Kami dengan segera melakukan pemasangan sejurus selepas mendapat pengesahan dari keluarga pengantin.
  6. Terdapat pelamin yang didirikan di pentas utama dewan, dan ianya dihias dengan cukup indah sekali.
  7. Kemudian, kami segera melakukan pemasangan dan melakukan sessi pengujian mutu bunyi yang dihasilkan dari sistem audio kami.
  8. Selepas pamasangan siap dilakukan, kami terus menukar persalinan kami dan acara dimulakan dengan memperkenalkan diri kami dan kami memainkan lagu-lagu yang bersesuaian.
  9. Majlis juga diserikan dengan persembahan nasyid dan selawat dari kumpulan jemputan.
  10. Kami dimaklumkan bahawa pasangan mempelai akan tiba sekitar jam 12:30PM. Pada waktu ini kelihatan tetamu telah mula memenuhi ruangan di dewan.
  11. Apabila pengantin tiba, kami telah mengalu-alukan ketibaan mereka dan pengantin berarak dengan paluan kompang dan selawat.
  12. Pasangan Nurul dan Sadiq terus berjalan menuju ke pentas pelamin untuk dipersandingkan.
  13. Kemudian bacaan doa telah disampaikan bagi memberkati majlis pada hari ini.
  14. Pengantin kemudiannya telah dijemput untuk menjayakan sessi makan beradab bersama dengan ahli keluarga.
  15. Selepas menjamu selera, pengantin berkenan untuk menjayakan sessi memotong kek perkahwinan.
  16. Sejurus selepas itu, Nurul dan Sadiq berkenan untuk bersessi fotografi bersama keluarga dan juga teman-teman.
  17. Ternyata ahli keluarga pangantin dan pasangan mempelai cukup ceria sekali melihat tetamu yang hadir dikalangan ahli keluarga dan rakan-rakan.
  18. Acara berterusan dengan pelbagai aktiviti dan kecerian sambil kelihatan pasangan mempelai bersama-sama dengan rakan dan taulan.
  19. Apabila jam menunjukkan tepat 4:00PM, dan kami telah menamatkan tugasan kami sejurus selepas itu dengan memberikan ucapan penutup tugasan kami.
  20. Alhamdulillah, majlis ini berlangsung dengan cukup meriah dan lancar.
  21. Kami ucapan syabas dan tahniah kepada seluruh ahli keluarga yang turut sama membantu menjayakan majlis ini dan syabas diucapkan kepada Nurul dan Sadiq di atas kejayaan majlis ini.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: