Tag Archives: karaoke kahwin

Bertugas Di Cheras Meraikan Suhaila & Aiman

Majlis Perkahwinan Nur Suhaila Binti Anas & Muhammad Aiman Bin Zainal

Tarikh: 06/08/2017

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Taman Sri Bahtera, Cheras

Bandar : Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Setelah bertugas di Putrajaya semalam, hari ini kami bertolak menuju ke Cheras bagi memenuhi jemputan tugasan dari pengantin perempuan iaitu Nur Suhaila.
  2. Nur Suhaila telah menempah perkhidmatan kami seawal bulan Mac yang lepas dan beliau telah memilih Combo A.
  3. Kami tiba ke lokasi sekitar jam 9:15AM dan telah melakukan pemerhatian dan merancang persiapan pihak kami.
  4. Sewaktu tiba ke lokasi majlis, kelihatan pihak katering dan keluarga pengantin sedang melakukan persiapan. Kami dengan segera melakukan pemasangan sejurus selepas mendapat pengesahan dari keluarga pengantin.
  5. Terdapat pelamin yang berada di dalam kediaman rumah pengantin, dan ianya dihias dengan cukup indah sekali dengan konsep berwarna putih dan oren muda.
  6. Kemudian, kami segera melakukan pemasangan dan melakukan sessi pengujian mutu bunyi yang dihasilkan dari sistem audio kami.
  7. Selepas pamasangan siap dilakukan, kami terus menukar persalinan kami dan acara dimulakan dengan memperkenalkan diri kami dan kami memainkan lagu-lagu yang bersesuaian.
  8. Di sessi pagi, bacaan doa selamat dan tahlil dilangsungkan bagi memberkati majlis pada hari ini.
  9. Kami dimaklumkan bahawa pasangan mempelai akan tiba sekitar jam 01:30PM. Pada waktu ini kelihatan tetamu telah mula memenuhi ruangan kanopi.
  10. Apabila pengantin tiba, kami telah mengalu-alukan ketibaan mereka dan pengantin berarak dengan paluan kompang dari Wan Kompang.
  11. Pasangan Suhaila dan Aiman terus berjalan menuju ke meja makan beradab untuk menikmati juadah yang disajikan.
  12. Kemudian kami telah menjemput AL-Fadhil Ustaz Shafik Bin Ismail untuk memimpin bacaan doa.
  13. Selepas menjamu selera, pengantin berkenan untuk menjayakan sessi memotong kek perkahwinan dan selepas itu pengantin bersama dengan keluarga menjayakan sessi salam restu di dalam kediaman rumah pengantin
  14. Sejurus selepas itu, Suhaila dan Aiman bersessi fotografi bersama keluarga dan juga teman-teman.
  15. Majlis juga dimeriahkan dengan sessi karaoke yang mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan.
  16. Cuaca juga sangat baik sepanjang hari ini dan kami memainkan lagu-lagu yang ceria diselangi lagu-lagu lama bagi memenuhi permintaan tetamu.
  17. Ternyata ahli keluarga pangantin dan pasangan mempelai cukup ceria sekali melihat tetamu yang hadir dikalangan ahli keluarga dan rakan-rakan.
  18. Acara berterusan dengan pelbagai aktiviti dan kecerian sambil kelihatan pasangan mempelai bersama-sama dengan rakan dan taulan.
  19. Apabila jam menunjukkan tepat 4:00PM, dan kami telah menamatkan tugasan kami sejurus selepas itu dengan memberikan ucapan penutup tugasan kami.
  20. Alhamdulillah, majlis ini berlangsung dengan cukup meriah dan lancar.
  21. Kami ucapan syabas dan tahniah kepada seluruh ahli keluarga yang turut sama membantu menjayakan majlis ini dan syabas diucapkan kepada Suhaila dan Aiman di atas kejayaan majlis ini.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

Kembali Semula Ke Dewan Perkasa Masjid Al-Imam Ash Shafie

thumb_IMG_1092_1024

Majlis Perkahwinan Mohd Shahrul Azril Bin Habeebrahmatullahan & Rosmaliza Binti Abdul Razak

Tarikh:27/09/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Bersama

Lokasi : Dewan Perkasa, Masjid Al-Imam Ash Shafie

Bandar : Taman Maluri, Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo B (PA System – Deejay)

Catatan:

  1. Hari ini kami datang kembali ke lokasi yang pernah kami bertugas pada bulan Februari yang lepas iaitu Dewan Perkasa, Masjid Al-Imam Ash Shafie bagi meraikan Shahrul dan Liza. Pertama kali kami bertugas di sini adalah ketika meraikan pasangan Shahmil dan Amelia.
  2. Majlis yang dianjurkan secara bersama ini diadakan di dalam dewan di perkarangan masjid.
  3. Tempahan telah dilakukan oleh Liza dan beliau telah memilih Combo B bagi memeriahkan dan menceriakan majlis mereka.
  4. Kami tiba ke dewan sekitar jam 9:30AM dan melakukan sedikit pemantauan dan menentukan lokasi untuk kami membuat pemasangan peralatan utama kami.
  5. Setelah pemasangan siap dilakukan, kami telah bertemu dengan ibu saudara kepada Shahrul iaitu Puan Khatijah Bee untuk berbincang berkenaan dengan aturcara majlis.
  6. Ketika itu, pasukan katering dari Shanas Katering sedang bersiap-siap untuk melakukan persiapan.
  7. Ahli keluarga pengantin mula tiba ke dewan sekitar jam 11:20AM dan mereka telah dijemput untuk menjamu selera dengan hidangan yang telah disediakan.
  8. Ahli keluarga pengantin lelaki dan perempuan telah berada di dewan bagi menyambut ketibaan para tetamu yang hadir.
  9. Shahrul dan Liza mula bergerak masuk ke dalam dewan sekitar jam 1:00PM dan mereka diiring dengan paluan kompang dari pasukan kompang.
  10. Pasangan pengantin terus menuju ke pentas pelamin dan kami memberikan ucapan alu-aluan dan meminta pengantin untuk duduk di singgahsana pengantin.
  11. Upacara dihentikan seketika untuk memberi laluan kepada azan fardu Zuhur yang berkumandang. Setelah selesai, bacaan doa disampaikan dan majlis diteruskan dengan istiadat bersalaman dengan ahli keluarga pengantin sebagai simbolik restu.
  12. Selepas sessi salam restu selesai, majlis diteruskan dengan sessi makan beradab. Kami berjaya menjemput wakil keluarga kedua-dua belah pihak untuk bersama-sama menikmati hidangan di meja makan beradab.
  13. Selepas menjayakan sessi makan beradab, majlis diteruskan dengan sessi fotografi. Pengantin kembali semula ke pentas pelamin dan kami telah menjemput ahli keluarga, rakan-rakan dan tetamu yang ingin bersama menjayakan sessi fotografi ini.
  14. Untuk menjayakan sessi memotong kek, pengantin telah memohon untuk menukar persalinan mereka. Selepas selesai menukar persalinan, mereka kembali semula untuk mejayakan sessi romantis pada petang itu.
  15. Selepas selesai memotong kek, pengantin meluangkan masa beramah mesra dengan tetamu-tetamu di ruang utama dewan.
  16. Kehadiran tetamu sangat memberangsangkan dan cukup meriah sekali. Walaupun tetamu yang hadir memenuhkan setiap ruang dewan, tetapi majlis tetap berjalan lancar dan jayanya sehingga ke petang.
  17. Kami memohon untuk menamatkan tugasan kami sekitar jam 4:00PM dan kami telah melakukan ucapan penutup dengan mengucapkan rasa teruja dan penghargaan kami terhadap peluang yang diberikan oleh Shahrul dan Liza bagi menjayakan majlis mereka.
  18. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Shahrul dan Liza, majlis meriah anda pasti akan kami kenang selamanya. Semoga kalian akan terus bahagia disamping orang tersayang.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

thumb_IMG_1088_1024 thumb_IMG_1089_1024 thumb_IMG_1090_1024 thumb_IMG_1092_1024 thumb_IMG_1094_1024 thumb_IMG_1096_1024 thumb_IMG_1097_1024 thumb_IMG_1104_1024 thumb_IMG_1106_1024 thumb_IMG_1108_1024 thumb_IMG_1109_1024 thumb_IMG_1112_1024

Meraikan Eyja Dan Dir Di Hari Kebangsaan

 

IMG_0842

Majlis Perkahwinan Nor Faezah Binti Shaari dan Dir Kheizrullah Bin Kamaruddin

Tarikh: 31/08/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Villa Ukhwan, Persiaran Titiwangsa

Bandar :  Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo A (Deejay + PA System + Karaoke)

Catatan:

  1. Setelah dua hari berturut-turut bertugas, hari ini adalah hari yang ketiga untuk kami melengkapkan tugasan kami. Cuti di hari kebangsaan ini dijadikan sebagai hari besar untuk pasangan pengantin Eyja dan Dir.
  2. Pasangan pengantin telah mengambil combo A sebagai penyeri majlis mereka dan mereka telah menempah perkhidmatan kami melalui borang tempahan online di laman web kami.
  3. Kami tiba di lokasi majlis sekitar jam 9:30AM dan telah bertemu dengan Eyja dan Dir yang telah berada di Villa Ukhwah ini.
  4. Villa Ukhwah adalah venue perkahwinan yang menyediakan perkhidmatan untuk pasangan pengantin menjalankan upacara seperti majlis resepsi.
  5. Terdapat taman dan kolam renang yang disediakan di villa ini.
  6. Kami melakukan pemasangan peralatan kami selepas perbincangan dilakukan bersama dengan pasangan pengantin.
  7. Kelihatan majlis ini turut meraikan hari kebangsaan dengan terdapatnya bendera Jalur Gemilang yang dikibarkan di sekitar majlis.
  8. Kami memainkan beberapa buah lagu untuk menghangatkan suasana pagi di majlis ini. Kelihatan ahli keluarga telah mula bersiap-siap untuk menjalankan tugas. Begitu juga barisan petugas dari pihak katering yang giat membuat persiapa terakhir.
  9. Pasangan pengantin tiba ke lokasi majlis pada jam 1:40PM. Mereka disambut dan diarak masuk oleh Pasukan Kompang Sinar 30  dari Sentul.
  10. Setelah tiba di pintu gerbang, paluan kompang diberhentikan dan disambung dengan ucapan alu-aluan dari pihak kami dan kemudian kami telah memainkan lagu You’ll Never Walk Alone (pilihan Eyja dan Dir) sebagai lagu pengiring pasangan mempelai dan rombongan pengantin lelaki bergerak menuju ke ruang utama villa.
  11. Di dalam ruang utama, terdapat pelamin yang disediakan untuk upacara persandingan, Apabila pengantin duduk di singahsana pelaminan, majlis diberkati dengan bacaan doa yang disampaikan oleh Al-Fadhil Tuan Haji Baharuddin.
  12. Selepas bacaan doa, majlis menjemput ahli keluarga untuk menjayakan sessi salam restu. Selain dari ahli keluarga, turut menjayakan acara adalah rakan-rakan kepada pengantin.
  13. Pasangan mempelai menjayakan sessi makan beradab sejurus selepas itu. Dir dan Eyja menjamu selera bersama dengan ahli keluarga dan kemudian mereka beramah mesra dengan tetamu.
  14. Selesai beramah mesra, mereka kembali semula bersama kelaurga di meja makan beradab bagi menyempurnakan sessi memotong kek perkahwinan.
  15. Selepas selesai menjayakan sessi memotong kek perkahwinan, pasangan mempelai kembali semula ke ruang utama villa dan mereka kembali duduk di pelamin dan memulakan sessi fotografi.
  16. Kami memulakan sessi karaoke semasa pengantin menjalankan sessi fotografi. Beberapa tetamu mula memilih lagu untuk disampaikan. Sessi ini berlangsung meriah sehingga ke petang.
  17. Kami mengakhiri tugasan kami setelah waktu bertugas kami telah tamat. Kami telah memberikan ucapan penutup dan mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada seluruh ahli keluarga yang memberikan layanan yang terbaik sepanjang kami bertugas di majlis ini.
  18. Kepada Dir dan Eyja, terima kasih kerana memberi peluang kepada kami untuk beraksi di majlis anda. Kami doakan agar kalian berdua dikurniakan dengan kehidupan yang bahagia dan lebih baik serta dikurniakan dengan cahaya mata yang soleh dan solehah.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

IMG_0804 IMG_0807 IMG_0810 IMG_0821 IMG_0822 IMG_0824 IMG_0826 IMG_0831 IMG_0833 IMG_0835 IMG_0840 IMG_0842 IMG_0844 IMG_0847 IMG_0848

Perhimpunan Keluarga Besar Minah & Co. Meriah

Majlis Perkahwinan Wan Faznor & Nur Eliza

Tarikh: 02/08/2014

Majlis Sebelah Pengantin: Lelaki

Lokasi : Dewan Perbandaran MPAJ, Pandan Indah

Bandar: Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke )

Catatan:

  1. Ini adalah majlis pertama The Junx setelah sebulan berehat di bulan Ramadan.
  2. Tempahan telah dilakukan oleh kak long pengantin lelaki iaitu Puan Wan Faizah.
  3. Nama manja untuk pasangan pengantin ini adalah Eno (L) & Eli (P). Eno adalah anak bongsu dari 4 beradik, manakala Eli adalah anak sulong dari 3 beradik.
  4. Kami tiba ke lokasi pada jam 9:30AM dan bertemu dengan Puan Wan Faizah untuk perbincangan berkenaan aturcara majlis yang akan berlangsung.
  5. Ini adalah kali kedua kami bertugas di dewan ini. Dewan berhawa dingin berkeluasan 3 gelanggang badminton dan mempunyai dinding menyerap bunyi.
  6. Tepat jam 11:00AM kelihatan ahli keluarga telah mula memenuhkan dewan. Mereka terlebih dahulu menjamu selera dengan hidangan yang menyelerakan dari Nirwana Caterer & Deco.
  7. Rombongan pengantin dari Bagai Serai, Perak tiba ke lokasi majlis kira-kira jam 1:10PM dan mereka disambut meriah dengan paluan kompang.
  8. Pasangan mempelai didandankan dengan pakaian serba hijau terus melangkah ke pentas pelamin.
  9. Bacaan doa disampaikan oleh YBhg Imam Saddik sebaik sahaja pengantin duduk dipentas pelamin.
  10. Upacara merenjis dan sessi taaruf dijalankan dengan meriah sekali dengan didahului oleh ahli keluarga penganti perempuan dan disusuli oleh ahli keluarga pengantin lelaki.
  11. Selepas selesai upacara merenjis, majlis diteruskan dengan sessi makan beradab.
  12. Kami memainkan beberapa lagu raya bagi memeriahkan suasana syawal yang masih diraikan oleh tetamu.
  13. Kek 3 tingkat menjadi pilihan pengantin dan kek ini dirasmikan selepas mereka selesai menjami selera di meja makan beradab yang terhias cukup indah.
  14. Selepas itu, mereka kembali semula ke pentas pelamin bagi menjayakan sessi fotografi berama rakan-rakan dan ahli keluarga.
  15. Ahli keluarga besar Eno yang menggelarkan keluarga mereka sebagai Minah & Co berjumlah 100 orang yang hadir dari merata tempat sangat ‘sporting’ dan mereka turut serta dalam menjayakan sessi fotografi. Mereka juga telah memeriahkan sessi karaoke yang diadakan.
  16. Sungguh berbakat kesemuanya menyampaikan lagu-lagu pilihan mereka dan kami sangat gembira dengan sambutan yang telah diberikan.
  17. Kepada Eno & Eli serta seluruh ahli Minah & Co, kami ucapkan tahniah kepada anda dan terima kasih kerana mendapatkan perkhidmatan dari kami. Budi baik kalian dalam sama-sama menjayakan tugasan kami sangat-sangat kami hargai.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

Dewan Perbandaran MPAJ, Pandan Indah-4 Dewan Perbandaran MPAJ, Pandan Indah-1 Dewan Perbandaran MPAJ, Pandan Indah-2 Dewan Perbandaran MPAJ, Pandan Indah-3 Dewan Perbandaran MPAJ, Pandan Indah-5 Dewan Perbandaran MPAJ, Pandan Indah-6 Dewan Perbandaran MPAJ, Pandan Indah-7

Dua Sahabat Bersatu.. Seorang Pengacara.. Seorang Lagi Pengantinnya..

Majlis Persandingan Muhamad Hawari bin Kamarul Zaman & Suhaila binti Mohd Isa

Tarikh : 16/11/2013 bersamaan 12 Muharram 1435 H

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi :  Dewan Prima LJT, Aras 6, Wisma LJT, Lorong Perak

Bandar: Taman Melawati, Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Official MC/Pengacara Rasmi/Pembaca Doa Pengantin

Catatan:

  1. Setiap acara atau majlis yang dikendalikan oleh The Junx pasti ada kejutan yang terjadi.
  2. Kali ini ianya berlaku kepada Saudara DJ Lative kita di mana pengantin lelaki pada majlis ini adalah rakan seasrama beliau semasa di Sekolah Menengah Teknik Shah Alam.
  3. Kelihatan dari jauh mata DJ Lative dan juga Saudara Hawari seperti berkaca sewaktu berjabat tangan pada saat pasangan mempelai sedang beramah mesra dengan The Junx.
  4. Majlis dimulakan dengan perarakan pengantin diiringi paluan kompang audio dan juga  pancaran lampu limpah yang tepat ditujukan kepada pengantin. Perarakan pasangan mempelai juga diselangi dengan lantunan audio Selawat oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
  5. Peristiwa seterusnya ialah di mana adinda pengantin lelaki yang ditugaskan untuk membacakan doa tidak sempat hadir pada waktunya kerana kesesakan lalu lintas. Kami menawarkan diri kepada pihak keluarga pengantin untuk membacakan doa dan mereka bersetuju.
  6. DJ Junx dan DJ Lative bersama-sama mengacarakan majlis sehingga jam 4.00 petang. Kami dibantu oleh Unit PA System Dewan yang dipimpin oleh Saudara Fadzil dan anak saudaranya Saudara Aizad.
  7. Kesemua perkhidmatan perkahwinan seperti Catering, PA System, Hiasan Dewan, Live Video Feed, Pencahayaan Dewan dan lain-lain lagi kelengkapan majlis disediakan oleh  Pengendalikan Dewan Ini iaitu Permata Wajar Sdn. Bhd ( http://dewanprimaljt.com.my). Krew-krew syarikat ini memang profesional dan juga pro-aktif. Sentiasa menepati masa dan juga membantu bila diperlukan.

Ulasan Dewan :

  1. Dewan yang luas, pencahayaan menarik dan romantis.
  2. Ada penghawa dingin.
  3. Ada layar putih di kiri dan kanan dewan.
  4. Parking sedikit sukar bagi yang pertama kali tiba di dewan ini
  5. Surau ada di tingkat 2. Tandas yang bersih di setiap tingkat.
  6. Pengendali dewan ini iaitu Permata Wajar Sdn. Bhd. menyediakan pakej-pakej penuh untuk majlis anda termasuklah PA Sistem.
  7. Pengantin perlu menyediakan pengacara majlis sahaja.
  8. Tayangan live video feed pada projector kurang memberangsangkan kerana warna video yang dipaparkan agak pudar. Harap pengantin dapat menguji dahulu pancaran projektor dengan video yang ingin dimainkan atau sampel video sendiri.
  9. Ada pancaran spotlight dan bubble blower machine. Extra class! dan sangat menarik.

Foto Majlis:

Suhaila dan Hawari Suhaila dan Hawari Suhaila dan Hawari Suhaila dan Hawari Suhaila dan Hawari Suhaila dan Hawari Suhaila dan Hawari Suhaila dan Hawari Suhaila dan Hawari Letih tapi happy Suhaila dan Hawari