Tag Archives: karaoke perkahwinan di banting

Memeriahkan Majlis Resepsi Shira & Mie Di Banting Selangor

Majlis Perkahwinan Nurshahirah Binti Shahran & Mohamad Najmi Bin Che Isa

Tarikh: 27/08/2017

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Kampung Bukit Changgang

Bandar : Banting

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Hari ini kami menuju ke Banting bagi menjalankan tugas kami untuk memeriahkan majlis Shira dan Mie.
  2. Perkhidmatan kami telah di tempah oleh pengantin peremuan sendiri pada bulan Jun yang lepas.
  3. Shira telah memilih pakej Combo A kami bagi menceriakan lagi suasana majlis dengan dilengkapi sessi karaoke.
  4. Kami tiba ke lokasi sekitar jam 9:30AM dan telah melakukan pemerhatian dan merancang persiapan pihak kami.
  5. Sewaktu tiba ke lokasi majlis, kelihatan pasukan rewang dan keluarga pengantin sedang melakukan persiapan. Kami dengan segera melakukan pemasangan sejurus selepas mendapat pengesahan dari keluarga pengantin.
  6. Terdapat pelamin yang didirikan di dalam rumah, dan ianya dihias dengan cukup indah sekali.
  7. Kemudian, kami segera melakukan pemasangan dan melakukan sessi pengujian mutu bunyi yang dihasilkan dari sistem audio kami.
  8. Selepas pamasangan siap dilakukan, kami terus menukar persalinan kami dan acara dimulakan dengan memperkenalkan diri kami dan kami memainkan lagu-lagu yang bersesuaian.
  9. Majlis juga diserikan dengan persembahan marhaban dan berzanji dari kumpulan jemputan.
  10. Kelihatan pelbagai juadah enak yang disajikan dimajlis ini. Aiskrim, pisang dan keledek goreng juga turut dihidangkan kepada tetamu.
  11. Kami dimaklumkan bahawa pasangan mempelai akan tiba sekitar jam 1:00PM. Pada waktu ini kelihatan tetamu telah mula memenuhi ruangan di dewan.
  12. Apabila pengantin tiba, kami telah mengalu-alukan ketibaan mereka dan pengantin berarak dengan paluan kompang dari pasukan kompang jemputan.
  13. Persembahan silat juga dipersembahkan dihadapan pengantin sebelum pengantin dibawa menuju ke meja makan beradab.
  14. Kemudian bacaan doa telah disampaikan bagi memberkati majlis pada hari ini.
  15. Pengantin kemudiannya telah dijemput untuk menjayakan sessi makan beradab bersama dengan ahli keluarga.
  16. Selepas menjamu selera, pengantin berkenan untuk menjayakan sessi memotong kek perkahwinan.
  17. Sejurus selepas itu, Shira dan Mie berkenan untuk bersessi fotografi bersama keluarga dan juga teman-teman.
  18. Ternyata ahli keluarga pangantin dan pasangan mempelai cukup ceria sekali melihat tetamu yang hadir dikalangan ahli keluarga dan rakan-rakan.
  19. Majlis bertambah meriah dengan sessi karaoke yang digamatkan dengan nyanyian dari tetamu dan pasukan penangah.
  20. Acara berterusan dengan pelbagai aktiviti dan kecerian sambil kelihatan pasangan mempelai bersama-sama dengan rakan dan taulan.
  21. Apabila jam menunjukkan tepat 4:00PM, dan kami telah menamatkan tugasan kami sejurus selepas itu dengan memberikan ucapan penutup tugasan kami.
  22. Alhamdulillah, majlis ini berlangsung dengan cukup meriah dan lancar.
  23. Kami ucapan syabas dan tahniah kepada seluruh ahli keluarga yang turut sama membantu menjayakan majlis ini dan syabas diucapkan kepada Shira dan Mie di atas kejayaan majlis ini.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: