Tag Archives: pa sistem dan karaoke kahwin

Kami Ke Sentul Meraikan Ajoy Dan Ain

Majlis Perkahwinan Zulfakar Bin Ahmad Putra Rom & Nur’Ain Binti Mohamad

Tarikh: 31/12/2016

Majlis Sebelah Pengantin : Lelaki

Lokasi : Taman Pelangi, Sentul

Bandar : Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Hari ini adalah tugasan terakhir dan penutup untuk tahun 2016. Kami berasa bertuah kerana telah menerima tempahan dari Ajoy iaitu pengantin lelaki untuk memeriahkan majlis beliau.
  2. Tempahan telah dilakukan secara online beberapa bulan yang lalu dan Ajoy bersetuju untuk mendapatkan Combo A sebagai penyeri majlis beliau.
  3. Kami tiba ke lokasi majlis seawal jam 9:30AM dan telah bertemu keluarga pengantin yang sedang sibuk melakukan persiapan.
  4. Majlis ini dilangsungkan di kediaman pengantin lelaki dan kerja penyediaan makanan dilakukan secara gotong royong oleh penduduk di kawasan perumahan pengantin.
  5. Kami juga sempat bertemu dengan Ajoy sendiri yang singgah ke rumah untuk bertemu dengan kami.
  6. Kami dinasihatkan untuk memasang lagu-lagu yang bersesuaian dengan majlis dan memperbanyakkan lagu-lagu berbentuk kerohanian.
  7. Beberapa buah kanopi didirikan dihadapan kediaman pengantin. Pelamin juga disediakan di dalam ruang tamu rumah.
  8. Selesai melakukan pemasangan dan menukar persalinan, kami terus memulakan majlis dengan ucapan pembuka dan memainkan beberapa buah lagu alunan selawat.
  9. Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil dan doa selamat yang dilangsungkan di dalam kediaman rumah pengantin.
  10. Tepat jam 12:00PM, selesai bacaan tahlil dan hidangan mula di hidangkan untuk dijamu kepada tetamu yang telah mula hadir.
  11. Kami dimaklumkan bahawa pasangan pengantin Ajoy dan Ain bersama rombongan pengantin perempuan akan tiba sekitar jam 1:00PM. Kami bersiap-siap untuk memainkan paluan kompang dan alunan selawat untuk menyambut kehadiran mereka.
  12. Apabila mereka tiba, kami telah memberikan kata-kata aluan sambil berpantun serta mempersilakan pasangan mempelai untuk duduk di meja makan beradab.
  13. Seluruh rombongan pengantin perempuan juga telah dipersilakan untuk mengambil tempat yang telah dikhaskan untuk mereka.
  14. Bagi memberkati majlis pada hari ini, kami telah mempersilakan Al-Fadhil Ustaz Haji Syofian Souri untuk memimpin bacaan doa.
  15. Setelah bacaan doa disampaikan, majlis diteruskan dengan acara makan beradab.
  16. Kami mainkan beberapa buah lagu perkahwinan dan lagu-lagu romantis sepanjang sessi makan beradab dan diselang-selikan dengan lagu perkahwinan.
  17. Selepas selesai menjamu selera, pengantin berkenan untuk menjayakan sessi memotong kek perkahwinan dan seterusnya mereka menjayakan sessi fotografi bersama teman-teman di pelamin.
  18. Acara berlangsung cukup meriah. Tetamu sangat gembira bertemu dengan pasangan mempelai dan rakan-rakan mereka di majlis ini.
  19. Tepat jam 4:00PM, kami telah memohon diri untuk mengakhiri tugasan kami. Pada ketika ini, tetamu juga telah mula meninggalkan majlis selepas bergembira bersama meraikan pengantin
  20. Alhamdulillah, tugasan yang telah diamanahkan berjaya digalas dengan jayanya. Kami sempat bertemu dengan Hilmi dan mendapatkan maklum balas dari beliau terhadap tugasan kami.
  21. Kami berharap agar Ajoy dan Ain akan terus bahagia dan dikurniakan rahmat sepanjang hubungan mereka dan dikurniakan dengan cahaya mata yang soleh dan solehah. Amin.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: