Tag Archives: pa sistem di kajang

Kembali Semula Bertugas Di Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh UKM Bangi

Majlis Perkahwinan Muhammad Khalilullah Edelfitri & Nazirah Ngadiman

Tarikh: 30/04/2017

Majlis Sebelah Pengantin : Lelaki

Lokasi : Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh UKM

Bandar : Bangi

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Hari ini kami telah diamanahkan untuk bertugas di majlis pekahwinan Khalil dan Nazirah di Bangi.
  2. Ini adalah kali ke dua kami menjayakan majlis Tuan Edelfitri dan isteri Puan Simasidah setelah kali pertama kami bertugas pada tahun 2016 yang lalu sempena perkahwinan Azim dan Shahida.
  3. Tempahan telah dilakukan oleh tuan Edelfitri sendiri melalui laman web kami.
  4. Kami tiba ke lokasi sekitar jam 9:15AM dan telah melakukan pemerhatian dan merancang persiapan pihak kami.
  5. Sewaktu tiba ke dewan, belum ada sesiapa lagi di dewan ini. Kami dengan segera melakukan pemasangan sejurus selepas mendapat pengesahan dari keluarga pengantin.
  6. Terdapat pelamin dan meja makan beradab berada di dalam dewan, dan ianya dihias dengan cukup indah sekali dengan konsep berwarna putih dan biru.
  7. Kemudian, kami segera melakukan pemasangan dan melakukan sessi pengujian mutu bunyi yang dihasilkan dari sistem audio kami.
  8. Selepas pamasangan siap dilakukan, kami terus menukar persalinan kami dan acara dimulakan dengan memperkenalkan diri kami dan kami memainkan lagu-lagu yang bersesuaian. Kami memainkan lagu-lagu instrumental joget dan asli bagi memulakan acara diselitkan juga lagu perkahwinan..
  9. Kami dimaklumkan bahawa pasangan mempelai akan tiba sekitar jam 12:30PM. Pada waktu ini kelihatan tetamu telah mula memenuhi ruangan di dalam dewan.
  10. Paluan kompang dari pasukan kompang Taman Desa Surada mengamatkan suasana ketika pasangan pengantin tiba.
  11. Pasangan mempelai terus menuju ke meja makan berada dan acara bacaan doa diadakan dan disampaikan oleh Tuan Haji Rahmat Bin Jamhari.
  12. Majlis diteruskan dengan menjemput pasangan mempelai menjamu selera di meja makan beradab untuk menjayakan sessi santapan bersama dengan keluarga.
  13. Selepas menjamu selera, pasangan mempelai berkenan untuk menjayakan sessi memotong kek perkahwinan mereka.
  14. Sejurus selepas itu, Khalil dan Nazirah dijemput untuk bersanding di pentas pelamin dan acara bersalam restu dan bersessi fotografi diadakan.
  15. Majlis juga dimeriahkan dengan sessi karaoke yang mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan.
  16. Cuaca juga sangat baik sepanjang hari ini dan kami memainkan lagu-lagu yang ceria diselangi lagu-lagu lama bagi memenuhi permintaan tetamu.
  17. Ternyata ahli keluarga pangantin dan pasangan mempelai cukup ceria sekali melihat tetamu yang hadir dikalangan ahli keluarga dan rakan-rakan.
  18. Sessi beramah mesra dilangsungkan dengan santai, sambil itu sessi fotografi bersama rakan-rakan juga dijalankan bersama.
  19. Acara berterusan dengan pelbagai aktiviti dan kecerian sambil kelihatan pasangan mempelai bersama-sama dengan rakan dan taulan.
  20. Apabila jam menunjukkan tepat 4:00PM, dan kami telah menamatkan tugasan kami sejurus selepas itu dengan memberikan ucapan penutup tugasan kami.
  21. Alhamdulillah, majlis ini berlangsung dengan cukup meriah dan lancar.
  22. Kami ucapan syabas dan tahniah kepada seluruh ahli keluarga yang turut sama membantu menjayakan majlis ini dan syabas diucapkan kepada Khalil dan Nazirah di atas kejayaan majlis ini.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

Menjayakan Majlis Resepsi Azwinaa Dan Iqhwan Di Kajang

Majlis Perkahwinan Azwinaa Binti Kamis & Muhammad Iqhwan Hirzi Bin Ibrahim

Tarikh: 04/02/2017

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Taman Kantan Permai

Bandar : Kajang

Combo Pilihan : Combo B (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Hari ini kami menuju ke Kajang bagi memenuhi jemputan pengantin iaitu Azwinaa dan Iqhwan yang akan melangsungkan majlis resepsi sebelah pihak pengantin perempuan.
  2. Tempahan telah dilakukan oleh pengantin perempuan sendiri iaitu Azwinaa dan beliau telah memilih Combo B sebagai menceria majlis beliau.
  3. Kami tiba ke lokasi sekitar jam 9:40AM dan mendapati majlis dilangsungkan di lokasi perniagaan keluarga pengantin perempuan yang mengusahakan perniagaan katering.
  4. Kelihatan setup untuk majlis ini sungguh cantik dan besar. Pasti ramai tetamu yang akan hadir untuk memeriahkan majlis ini.
  5. Kami segera melakukan pemasangan peralatan dan pada masa yang sama kelihatan pasukan rewang juga sedang bertungkus lumus menyiapkan persediaan makanan.
  6. Pelamin dan meja makan beradab berada di dalam kawasan kanopi, dan ianya dihias dengan cukup indah sekali.
  7. Selepas pamasangan siap dilakukan, kami terus menukar persalinan kami dan acara dimulakan dengan menjemput pembaca doa di kalangan ahli rewang untuk membacakan doa selamat.
  8. Kemudian kami telah dimaklumkan untuk mengumumkan dan menjemput para petugas dan ahli keluarga untuk menjamu selera.
  9. Tepat jam 1:00PM, kami dimaklumkan bahawa pasangan pengantin telah tiba. Mereka telah disambut dengan paluan kompang.
  10. Azwinaa dan Iqhwan serta rombongan pengantin lelaki diarak masuk ke majlis dan pasangan pengantin terus menuju ke pentas pelami.
  11. Majlis dimulakan dengan ucapan selamat datang dari pihak kami sambil diselangi dengan beberapa rangkap pantun.
  12. Kamudian kami telah menjemput adinda kepada pengantin perempuan iaitu saudara Al-Junaidi untuk memimpin bacaan doa.
  13. Selepas doa disampaikan, majlis diteruskan dengan menjemput pasangan mempelai berjalan menuju ke meja makan beradab untuk menjayakan sessi santapan bersama dengan keluarga.
  14. Majlis juga diserikan dengan kehadiran YB Datuk Sri Dr Wan Azizah Wan Ismail ADUN Kajang yang sudi hadir memenuhi jemputan keluarga pengantin.
  15. Selepas selesai sessi menjamu selera, acara diteruskan dengan mempersilakan pengantin kembali bersanding di pelamin bagi menjayakan sessi salam restu bersama keluarga.
  16. Kami telah menjemput ayahanda bonda kedua-dua mempelai bagi menjayakan sessi bersalam restu dengan pasangan pengantin baru sekaligus sessi fotografi dijayakan bersama.
  17. Acara meriah sehingga ke petang dengan kehadiran tetamu dan juga rakan-rakan kepada pasangan Azwinaa dan Iqhwan ke majlis mereka.
  18. Cuaca juga sangat baik sepanjang hari ini dan kami memainkan lagu-lagu yang ceria diselangi lagu-lagu lama bagi memenuhi permintaan tetamu.
  19. Apabila jam menunjukkan tepat 4:00PM, dan kami telah menamatkan tugasan kami sejurus selepas itu dengan memberikan ucapan penutup tugasan kami.
  20. Alhamdulillah, majlis ini berlangsung dengan cukup meriah dan lancar.
  21. Kami ucapan syabas dan tahniah kepada seluruh ahli keluarga yang turut sama membantu menjayakan majlis ini dan syabas diucapkan kepada Azwinaa dan Iqhwan di atas hubungan yang telah terbina ini.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: