Tag Archives: pa sistem hebat

Menuju Ke Putrajaya Meraikan Zulfadly Dan Farhana

Majlis Perkahwinan Mohd Zulfadly Bin Mohd Zamri & Fatimah Farhana Binti Muhammad

Tarikh: 17/12/2016

Majlis Sebelah Pengantin : Bersama

Lokasi : Dewan KPDNKK

Bandar : Putrajaya

Combo Pilihan : Combo B (PA System – Deejay)

Catatan:

  1. Hari ini kami cukup bersemangat menuju ke Putrajaya bagi menjayakan tugasan seterusnya di Dewan Serbaguna KPDNKK.
  2. Pengantin pada hari ini adalah Zulfadly dan Fatimah Farhana yang menjayakan majlis ini secara bersama.
  3. Setibanya kami di sini, kami terus memastikan lokasi untuk kami mendirikan stesyen tugasan kami.
  4. Kira-kira jam 9:30AM, kami terus melakukan persiapan dengan memasang peralatan kami di sudut hadapan dewan.
  5. Hiasan dewan sangat indah dan cantik sekali. Pasukan katering juga telah hadir melakukan persiapan mereka.
  6. Pelamin dan pentas utama dewan dihias dengan cukup indah bagi meraikan pasangan pengantin.
  7. Kami memulakan tugasan kami secara rasmi tepat jam 11:00AM dengan memainkan lagu-lagu yang bersesuaian dengan majlis pada hari ini.
  8. Kami dimaklumkan pasangan pengantin akan tiba ke dewan sekitar jam 12:30PM. Mereka tiba dengan kereta pengantin dan diarak dengan paluan kompang dari Pasukan Kompang Sungai Ramal.
  9. Kehadiran pengantin disambut oleh ayahanda dan bonda kedua-dua pengantin di pintu gerbang dan kemudian pengantin meneruskan langkah menuju ke pentas pelamin.
  10. Kami memberikan ucapan selamat datang dan diselangi dengan beberapa pantun yang indah.
  11. Kemudian bacaan doa dimulakan bagi memberkati majlis pada hari ini.
  12. Selepas doa dibaca, acara diteruskan dengan persembahan sebuah lagu dari pasukan kompang.
  13. Selepas itu, istiadat salam restu dan merenjis dimulakan dengan menjemput wakil-wakil keluarga untuk ke pentas pelamin.
  14. Acara kemudian diteruskan dengan menjemput pasangan mempelai untuk menjamu selera dengan hidangan yang enak di meja makan beradab.
  15. Selepas menjamu selera, pasangan mempelai berkenan untuk menjayakan sessi memotong kek perkahwinan. Acara yang romantis ini diiringi dengan lagu Jodoh Berdua dari Hafiz Hamidun sebagai lagu latar.
  16. Selepas selesai sessi memotong kek perkahwinan, pasangan pengantin dijemput untuk menjayakan sessi fotografi yang dilangsungkan pelamin.
  17. Sessi fotografi dijayakan dengan menjemput ahli keluarga, rakan-rakan dan tetamu.
  18. Fadly dan Fatimah Farhana kelihatan cukup gembira melihat teman-teman dan saudara mara yang hadir meraikan majlis mereka.
  19. Tepat jam 4:00PM, kami telah memohon diri untuk mengakhiri tugasan kami. Pada ketika ini, tetamu juga telah mula meninggalkan majlis selepas bergembira bersama meraikan pengantin
  20. Alhamdulillah, majlis cukup lancar sekali dan kami cukup gembira melihat pasangan mempelai dan keluarga cukup ceria meraikan majlis pada hari ini. Tahniah dan terima kasih Fadly dan Farhana sekeluarga kerana telah memilih kami sebagai penyedia perkhidmatan PA system anda.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: