Tag Archives: pa system di ampang

Menjayakan Majlis Sambutan Aidilfitri Perbadanan Pengurusan Sri Ampang Mas

Majlis Korporat Perbadanan Pengurusan Sri Ampang Mas

Tarikh: 22/07/2017

Lokasi : Kondominium Sri Ampang

Bandar : Ampang

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Kali ini kami bersiaran di Ampang bagi memenuhi jemputan Perbadanan Pengurusan Sri Ampang Mas untuk memeriahkan majlis jamuan Aidilfitri.
  2. Tempahan telah dilakukan sendiri oleh wakil pengurusan perbadanan iaitu Puan Hani dan beliau telah memilih Combo A berserta sistem karaoke.
  3. Kami tiba ke lokasi sekitar jam 4:00PM dan telah melakukan pemerhatian dan merancang persiapan pihak kami. Majlis hari ini akan dilangsungkan di sebalah malam.
  4. Sewaktu tiba, kelihatan kakitangan dari pihak perbadanan juga sedang bersiap menyediakan juadah dan hiasan ruangan majlis.
  5. Kemudian, kami segera melakukan pemasangan dan melakukan sessi pengujian mutu bunyi yang dihasilkan dari sistem audio.
  6. Selepas pamasangan siap dilakukan, kami terus menukar persalinan kami dan acara dimulakan dengan memperkenalkan diri kami dan kami memainkan lagu-lagu.
  7. Acara secara rasminya bermula tepat jam 8:00PM. Kelihatan tetamu yang terdiri dari kalangan penduduk hadir untuk bersama-sama memeriahkan majlis.
  8. Wakil pihak pengurusan juga memulakan majlis dengan bacaan doa dan ucapan.
  9. Pelbagai hidangan enak yang disediakan termasuk sate, nasi berlauk dan bermacam-macam lagi.
  10. Acara dimeriahkan dengan cabutan nombor bertuah dan juga karaoke.
  11. Cukup meriah sekali malam itu, dengan pelbagai lapisan masyarakat turut hadir meraikan sambutan ini.
  12. Majlis tamat sekitar jam 10:30PM dan kami memberikan kata-kata akhir sebelum majlis ini berakhit.
  13. Alhamdulillah, tugas pada malam ini cukup lancar dan berjalan dengan cukup meriah sekali. Terima kasih kepada puan Hani dan kepada pihak pengurusan amnya kerana memberi peluang kepada kami untuk bersama-sama memeriahkan majlis ini

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

Meraikan Pasangan Fairuz & Izzati Di Dewan Dato’ Ahmad Razali

Majlis Perkahwinan Mohamed Fairuz bin Hj. Mohamed Yusop & Nur Izzati Bin Haji Marlis

Tarikh: 07/05/2016

Majlis Sebelah Pengantin : Lelaki

Lokasi : Dewan Dato’ Ahmad Razali

Bandar : Ampang

Combo Pilihan : Combo B (PA System – Deejay)

Catatan:

  1. Hari ini kami bersiaran di Ampang bagi meraikan Mohammed Fairuz dan Izzati.
  2. Ini adalah kali kedua kami menjayakan majlis yang dianjurkan oleh keluarga tuan Haji Mohamed Yusof. Sebelum ini kami pernah menjayakan majlis kakanda kepada Fairuz iaitu Puan Azira di Keramat tahun lepas.
  3. Tempahan telah dilakukan oleh puan Azira sendiri melalui laman web kami.
  4. Beliau telah memilih pakej combo B kami sebagai penyeria majlis pada hari ini.
  5. Ketibaan kami telah disambut mesra oleh ahli keluarga pengantin yang telah berada di dewan ini. Kami tiba seawal jam 9:30AM.
  6. Dewan yang bersaiz besar, lengkap dengan penghawa dingin dan kemudahan asas yang baik ini cukup memberikan keselesaan kepada kami untuk menjalankan tugas.
  7. Setelah melakukan pemasangan peralatan kami telah melakukan sessi pengujian mutu suara kami.
  8. Kami memainkan beberapa buah lagu sebagai permulaan sambil-sambil kami melakukan persiapan akhir sebelum menjalankan tugas secara rasminya pada jam 11:00AM.
  9. Pihak katering, juga telah siap melakukan persiapan terakhir mereka dengan menghidangkan lauk pauk untuk dijamu oleh para jemputan.
  10. Pengantin tiba ke dewan dengan diarak oleh pasukan kompang sekitar jam 1:30PM. Pengantin terus diarak ke pentas pelamin untuk sessi persandingan.
  11. Kemudian bacaan doa telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Syafiq bagi memberkati majlis pada hari ini.
  12. Selepas bacaan doa selesai dibaca, majlis diteruskan dengan mempersilakan ahli keluarga pengantin untuk menjayakan sessi salam restu sebagai sessi taaruf bagi memperkenalkan ahli keluarga kepada pengantin.
  13. Selesai sessi bersalam restu, acara diteruskan dengan menjemput pasangan mempelai dan wakil-wakil keluarga untuk menjamu selera di meja makan beradab.
  14. Pada masa yang sama, kelihatan tetamu-tetamu yang hadir di majlis ini cukup memberangsangkan.
  15. Selepas sessi menjamu selera selesai, majlis diteruskan dengan menjemput pasangan mempelai untuk menjayakan sessi memotong kek perkahwinan.
  16. Lagu Jodoh Berdua dendangan Hafiz Hamidun menjadi lagu latar acara memotong kek perkahwinan ini.
  17. Selepas selesai sessi memotong kek, majlis diteruskan dengan sessi fotografi yang dijayakan bersama ahli keluarga pengantin.
  18. Rakan-rakan juga tidak ketinggalan untuk bersama-sama menjayakan sessi fotografi yang diadakan di pentas pelamin.
  19. Sejurus selepas sessi fotografi selesai dijalankan. Majlis diteruskan dengan menjemput pasangan pengantin baru Fairuz dan Adira untuk beramah mesra dengan tetamu.
  20. Tepat jam 4:00PM, tetamu yang hadir mula berangkat pulang dan kami telah memohon untuk menamatkan tugasan kami pada hari ini.
  21. Alhamdulillah segalanya telah berjalan dengan cukup lancar dan berjaya. Tahniah kami ucapkan kepada Fairuz dan Adira di atas kejayaan majlis pada hari ini. Semoga kalian terus berbahagia sehingga selamanya.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

thumb_IMG_3305_1024 thumb_IMG_3309_1024 thumb_IMG_3308_1024 thumb_IMG_3307_1024 thumb_IMG_3306_1024 thumb_IMG_3310_1024 thumb_IMG_3317_1024 thumb_IMG_3316_1024 thumb_IMG_3315_1024 thumb_IMG_3314_1024 thumb_IMG_3311_1024

Majlis Besar Bersama Pasangan Dari Sarawak

Majlis Perkahwinan Suhairil & Khairun Nisa Lily

Tarikh : 27/04/2014

Majlis Sebelah Pengantin : Lelaki

Lokasi : Dataran Sering, Ukay Perdana

Bandar: Ampang, Selangor

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Tempahan telah dilakukan oleh Suhairil atau Aril pada bulan Mac.
  2. Kami telah tiba ke lokasi majlis seawal jam 9:45 pagi untuk tujuan pemasangan peralatan kami.
  3. Melalui pengamatan kami, majlis ini cukup meriah kerana ianya dijayakan bersama oleh jiran tetangga yang bergotong-royong bagi menyiapkan hidangan untuk tetamu.
  4. Juadah tambahan yang ditempah oleh keluarga pengantin adalah Hot Cakoi, Yong Tau Foo, Bubur Kacang dan Ayam Golek. Semuanya enak-enak!
  5. Sebanyak 12 buah kanopi telah digunakan dan dipasang di hadapan kediaman tuan rumah Tuan Suhaimi dan Puan Hamidah.
  6. Pasangan pengantin mengenakan pakaian yang indah berwarna ungu dan mereka telah diarak oleh pasukan kompang.
  7. Majlis dimulakan dengan sessi salam restu dan kemudian makan beradab. Sessi memotong kek perkahwinan dan sessi fotografi bersama keluarga juga meriah sekali.
  8. Tetamu-tetamu kemudiannya disajikan dengan sessi karaoke dan acara ini mendapat sambutan yang mengalakan dari pelbagai peringkat umur, dewasa dan kanak-kanak.
  9. Cuaca sepanjang majlis ini, sedikit hujan (hujan rahmat) dan redup sepanjang hari. 🙂
  10. Pasukan Rela yang hadir membantu juga memainkan peranan yang besar bagi memastikan lalu lintas di kawasan perumahan pengantin berada dalam keadaan terkawal.
  11. Kepada pasangan Aril dan Lily, kami ucapkan tahniah dan selamat pengantin baru. Semoga dikurniakan cahaya mata yang soleh dan solehah.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

pa-system-aril-lily-ukay-perdana-sering 140427 pa-system-aril-lily-ukay-perdana-sering 140427-13 pa-system-aril-lily-ukay-perdana-sering 140427 pa-system-aril-lily-ukay-perdana-sering 140427 pa-system-aril-lily-ukay-perdana-sering 140427 pa-system-aril-lily-ukay-perdana-sering 140427 pa-system-aril-lily-ukay-perdana-sering 140427 pa-system-aril-lily-ukay-perdana-sering 140427 pa-system-aril-lily-ukay-perdana-sering 140427 pa-system-aril-lily-ukay-perdana-sering 140427 pa-system-aril-lily-ukay-perdana-sering 140427 pa-system-aril-lily-ukay-perdana-sering 140427 pa-system-aril-lily-ukay-perdana-sering 140427