Tag Archives: pa system di bangi

Mengacarakan Majlis Hafiz Dan Nabilla Di Bangi

Majlis Perkahwinan Hafiz Basri & Nabilla

Tarikh: 15/07/2017

Majlis Sebelah Pengantin : Lelaki

Lokasi : Bangi-Putrajaya Hotel

Bandar : Bangi

Combo Pilihan : Combo C (PA System – Deejay – Karaoke – Projector)

Catatan:

  1. Petang ini kami akan ke Bangi untuk memenuhi undangan tugasan dari Tuan Basri iaitu bapa kepada pengantin lelaki.
  2. Majlis ini diadakan di sebuah ballroom hotel di Bangi-Putrajaya Hotel yang dulunya dikenali sebagai Equatorial Hotel.
  3. Kami tiba ke lokasi sekitar jam 4:00PM dan telah melakukan pemerhatian dan merancang persiapan pihak kami. Majlis hari ini akan dilangsungkan di sebalah malam.
  4. Sewaktu tiba ke ballroom, kelihatan pelamin, meja dan kerusi telah siap tersusun dan ianya dihias dengan cukup indah sekali.
  5. Kemudian, kami segera melakukan pemasangan dan melakukan sessi pengujian mutu bunyi yang dihasilkan dari sistem audio.
  6. Selepas pamasangan siap dilakukan, kami terus menukar persalinan kami dan acara dimulakan dengan memperkenalkan diri kami dan kami memainkan lagu-lagu yang telah dipilih sendiri oleh pengantin.
  7. Kami dimaklumkan bahawa pasangan mempelai akan tiba sekitar jam 8:00PM. Pada waktu ini kelihatan tetamu telah mula memenuhi ruangan di dalam ballroom.
  8. Perarakan masuk pengantin dimulakan dengan alunan selawat taslim dan diiringi dengan lagu pilihan pengantin.
  9. Pasangan mempelai terus menuju ke pentas pelamin dan acara dimulakan dengan bacaan doa yang disampaikan oleh Saudara Mohammad Kamal Ngah Ibrahim.
  10. Seterusnya majlis diserikan dengan upacara salam restu dipentas pelamin dengan dimulakan oleh ayahanda dan bonda pengantin lelaki.
  11. Majlis diteruskan dengan menjemput pasangan mempelai menjamu selera di meja makan beradab untuk menjayakan sessi santapan bersama dengan keluarga.
  12. Ketika pengantin Hafiz dan Nabilla sedang bersantapan di meja makan beradab, kami telah menayangkan persembahan video montaj dan video di majlis pernikahan pengantin.
  13. Sebelum itu, majlis dimeriahkan dengan persembahan live dari Mr David Soh dengan persembahan beberapa buah lagu romantis.
  14. Selepas menjamu selera, pasangan mempelai berkenan untuk menjayakan sessi memotong kek perkahwinan mereka.
  15. Selepas itu, kami telah mempersilakan pengantin untuk bersama-sama dengan keluarga dan rakan-rakan untuk menjamu selera.
  16. Ternyata ahli keluarga pangantin dan pasangan mempelai cukup ceria sekali melihat tetamu yang hadir dikalangan ahli keluarga dan rakan-rakan.
  17. Sessi beramah mesra dilangsungkan dengan santai, sambil itu sessi fotografi bersama rakan-rakan juga dijalankan bersama.
  18. Acara berterusan dengan pelbagai aktiviti dan kecerian sambil kelihatan pasangan mempelai bersama-sama dengan rakan dan taulan.
  19. Tugasan kami berakhir sekitar jam 10:30PM dan kelihatan segalanya berjalan dengan lancar dan jayanya.
  20. Kami ucapan syabas dan tahniah kepada seluruh ahli keluarga yang turut sama membantu menjayakan majlis ini dan syabas diucapkan kepada Hafiz dan Nabilla serta keluarga di atas kejayaan majlis ini.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

Menjayakan Majlis Pernikahan Dan Resepsi Puteri Tuan Zamani Dan Puan Suria

Majlis Perkahwinan Nurul Zatul ‘Iffah Binti Zamani & Bazly Bin Ahmad Mustaffa Hadi

Tarikh: 22/04/2017

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Dewan Kenanga, Bangi Golf Resort

Bandar : Bangi

Combo Pilihan : Combo B (PA System – Deejay)

Catatan:

  1. Hari ini kami telah diamanahkan untuk menjayakan tugasan di majlis pernikahan dan majlis resepsi untuk Iffah dan Bazly di Bangi.
  2. Kedua-dua acara dilangsungkan di lokasi yang sama iaitu di Bangi Golf Resort di sebelah pagi untuk acara akad nikah dan sebelah malam untuk majlis resepsi.
  3. Puan Suria iaitu ibu kepada pengantin perempuan telah melakukan tempahan secara online dan beliau telah memilih combo B untuk kedua-dua majlis ini.
  4. Kami tiba ke lokasi sekitar jam 8:30AM dan telah melakukan pemerhatian dan merancang persiapan pihak kami.
  5. Kami telah bertemu dengan ibubapa pengantin Puan Suria dan Tuan Zamani bagi memaklumkan ketibaan kami dan kami terus melakukan pemasangan peralatan.
  6. Di dewan, terdapat pentas untuk upacara akad nikah dan juga pelamin yang didirikan.
  7. Kemudian, kami segera melakukan pemasangan dan melakukan sessi pengujian mutu bunyi yang dihasilkan dari sistem audio kami.
  8. Selepas pamasangan siap dilakukan, kami terus menukar persalinan kami dan acara dimulakan dengan memperkenalkan diri kami dan kami memainkan lagu-lagu yang bersesuaian. Kami memainkan lagu-lagu instrumental joget dan asli bagi memulakan acara.
  9. Sekitar jam 10:30AM, majlis akad nikah dimulakan setelah jurunikah dan pasangan pengantin tiba ke lokasi.
  10. Akad nikah ini telah dilakukan sendiri oleh ayahanda pengantin perempuan iaitu Tuan Zamani. Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, Bazly dan Iffah sah bergelar suami isteri.
  11. Selepas selesai acara akad nikah, acara diteruskan dengan upacara penyerahan mas kahwin dan sessi bergambar.
  12. Kami juga telah menjemput tetamu dan pengantin untuk menjamu selera di tempat yang telah dikhaskan untuk sessi ini.
  13. Tepat jam 12:00PM, majlis akad nikah telah berakhir dan kami melakukan persiapan dan persediaan untuk majlis di waktu petang pula.
  14. Kami kembali semula ke dewan ini sekitar jam 5:00PM dan melakukan sedikit ujian terhadap peralatan.
  15. Pada sebelah petang, kelihatan tetamu lebih ramai dari acara akad nikah yang dilangsungkan di sebelah pagi.
  16. Kami telah memainkan lagu-lagu yang bersesuaian untuk majlis ini. Lagu romantis dan lagu perkahwinan adalah lagu yang wajib dimainkan bersesuaian dengan majlis yang sedang disambut.
  17. Pasangan pengantin Iffah dan Bazly, serta rombongan pengantin lelaki tiba ke dewan sekitar jam 8:15PM. Pada ketika ini, tetamu telah memenuhi dewan bagi meraikan mereka.
  18. Pengantin terus berjalan menuju ke pentas pelamin dan acara bacaan doa diadakan. Acara juga diserikan dengan sessi merenjis dan salam restu.
  19. Seterusnya pengantin berkenan untuk menjayakan sessi makan beradab bersama dengan ahli keluarga.
  20. Selepas selesai menjamu selera Iffah dan Bazly berkenan untuk menjayakan sessi memotong kek perkahwinan.
  21. Acara berterusan dengan pelbagai aktiviti dan kecerian sambil kelihatan pasangan mempelai bersama-sama dengan rakan dan taulan. Sessi fotografi bersama keluarga dan rakan-rakan diadakan dengan cukup meriah.
  22. Juadah dan sajian yang dihidangkan sangat enak dan sangat teratur. Segalanya berjalan dengan baik sehingga ke penghujung majlis.
  23. Sekitar jam 11:00PM, kami telah menamatkan tugasan kami dan memberikan ucapan penutup kepada semua tetamu.
  24. Alhamdulillah, majlis ini berlangsung dengan cukup meriah dan lancar.
  25. Kami ucapan syabas dan tahniah kepada seluruh ahli keluarga yang turut sama membantu menjayakan majlis ini dan syabas diucapkan kepada Iffah dan Bazly di atas kejayaan majlis ini.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

Menyertai Majlis Tahlil Dan Makan Malam Eureka Efektif

Majlis Tahlil Dan Doa Selamat Eureka Efektif

Tarikh: 13/01/2017

Lokasi : Bandar Baru Bangi

Bandar : Bangi

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Hari ini kami bersiaran di Bangi bagi memenuhi jemputan syarikat Eureka Efektif untuk menyediakan keperluan untuk majlis makan malam syarikat dan majlis tahlil dan doa selama.
  2. Tempahan telah dilakukan oleh Cik Shuhada dan beliau telah memilih Combo A secara online.
  3. Majlis ini diadakan pada waktu malam selepas maghrib dan pihak kami telah tiba seawal jam 5:00PM untuk melakukan pemasangan.
  4. Sessi tahlil dan doa selamat dilakukan di dalam bangunan manakala acara makan malam dilakukan diruangan kanopi yang terletak di luar bangunan.
  5. Pelbagai juadah yang disajikan termasuk kambing panggang, nasi goreng, kuih-muih dan minuman diruangan kanopi.
  6. Melalui anggaran kami, kira-kira 20 orang kakitangan yang menyertai majlis ini.
  7. Selepas sessi tahlil dan doa selamat, kami memainkan pelbagai jenis lagu untuk majlis ini bagi memeriahkan acara.
  8. Kami juga membuka sessi karaoke santai untuk memberi peluang kepada kakitangan Eureka Efektif menyampaikan lagu sambil-sambil mereka berkerjasama menyediakan makanan.
  9. Majlis juga diserikan dengan sambutan ulangtahun kelahiran kepada mereka yang meraikannya untuk bulan Januari.
  10. Selain dari itu, acara penyampaian cenderahati juga dilakukan untuk kakitangan yang bakal meninggalkan syarikat.
  11. Selepas itu sessi makan dimulakan dengan cukup meriah.
  12. Selesai menjamu selera, acara seturusnya yang akan dilangsungkan adalah pertandingan karaoke.
  13. Setiap jabatan telah menghantar wakil-wakil mereka untuk menyanyikan lagu.
  14. Beberapa orang juru juga telah diamanahkan untuk memberikan markah kepada peserta yang bertanding.
  15. Pertandingan ini berlangsung dengan cukup meriah dengan gelak tawa dari peserta dan penyokong.
  16. Kira-kira 10 peserta yang menyertai acara ini termasuk peserta wanita yang hebat dalam menyampaikan lagu yang dipilih mereka.
  17. Selepas selesai pertanding, juru yang mengadili pertandingan ini telah memberikan keputusan beliau kepada kami dan kami terus mengumumkan senarai nama pemenang.
  18. Upacara penyampaian hadiah kepada pemenang juga berlangsung selepas nama-nama pemenang dipanggil.
  19. Ternyata, acara ini mencapai matlamatnya apabila keakraban mereka ketika memberikan sokongan sesama sendiri ketika pertandingan ini berlangsung.
  20. Acara diteruskan dengan karaoke santai dan ianya dijayakan oleh mereka yang masih ingin berhibur.
  21. Alhamdulillah, tugasan pada malam ini cukup bermakna buat kami kerana ianya berjalan dengan cukup berjaya dan mencapai kehendak yang diinginkan.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

Kami Ke Bangi Meraikan Syafiq Dan Nina Di Majlis Meriah Mereka

Majlis Perkahwinan Muhammad Syafiq Bin Zamani & Maizurina Binti Azmir

Tarikh: 28/11/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Lelaki

Lokasi : Seksyen 9, Bandar Baru Bangi,

Bandar : Bangi

Combo Pilihan : Combo B (PA System – Deejay)

Catatan:

  1. Hari ini kami bersiaran di Bandar Baru Bangi bagi meraikan adik lelaki Puan Syafini yang telah menempah perkhidmatan kami.
  2. Cuaca pada pagi ini cukup cerah dan sangat terang dan kami telah tiba ke lokasi majlis sekitar jam 9:45AM.
  3. Kami telah disambut oleh ahli keluarga pengantin dan sejurus selepas itu kami terus melakukan pemasangan peralatan kami.
  4. Sewaktu kami tiba, pasukan katering dari Noreen Katering juga sedang dalam persiapan untuk menyajikan hidangan.
  5. Majlis yang dilangsungkan di kediaman pengantin lelaki bertemakan warna biru. Sebanyak 9 buah kanopi telah didirikan di hadapan kediaman pengantin.
  6. Selepas pemasangan peralatan siap dilakukan, kami memainkan beberapa buah lagu dan memberikan ucapan bagi menguji mutu bunyi yang kami hasilkan dari sistem audio kami.
  7. Tepat jam 11:00AM, kami menukar persalinan kami dan kami telah dihidangkan dengan nasik lemak dan air kopi o oleh tuan rumah iaitu Tuan Zamani dan Puan Esah.
  8. Kami mula menjalankan tugasan rasmi kami dengan mengucapkan selamat datang kepada ahli keluarga dan jiran tetangga yang mula hadir.
  9. Kelihatan jurufoto dan penyedia aiskrim juga tiba untuk memberikan khidmat di majlis ini.
  10. Rombongan pengantin perempuan dijadualkan tiba sekitar jam 1:10PM dan mereka telah disambut dengan paluan kompang dari sistem audio kami dan kehadiran mereka juga diserikan dengan persembahan silat dari Perguruan Silat Nusantara dan persembahan tarian dari Kumpulan Tarian ISDA Creative.
  11. Pasangan pengantin dan ahli keluarga telah dijemput untuk menjamu selera di meja makan beradab dan majlis juga diberkati dengan bacaan doa.
  12. Kelihatan kehadiran pada majlis ini cukup memeransangkan. Tidak disangka, kami juga telah bertemu dengan Puan Maria iaitu pelanggan yang telah menggunakan perkhidmatan kami pada dua minggu lepas di Putrajaya.
  13. Selepas menjamu selera, pengantin telah dijemput untuk menjayakan acara memotong kek perkahwinan.
  14. Selesai acara memotong kek, mereka telah dijemput untuk memasuki kediaman untuk bersessi salam restu dan bergambar bersama keluarga. Terdapat pelamin yang telah disediakan bagi menyempurnakan acara ini.
  15. Acara terus meriah sehingga ke petang dan kami telah memutarkan beberapa lagu kerohanian, lagu-lagu kahwin dan juga lagu-lagu yang berbentuk islamik.
  16. Setelah selesai bersessi fotografi, pasangan mempelai kembali semula ke bahagian kanopi dan beramah mesra dengan sahabat-sahabat dan tetamu.
  17. Majlis berlangsung meriah sehingga ke petang dan kami sangat gembira melihat perjalanan majlis ini yang cukup teratur.
  18. Kami menamatkan tugasan kami tepat jam 4:00PM dan kami memohon untuk mengundurkan diri selepas memberikan ucapan penutup tugasan.
  19. Kelihatan Syafiq dan Nina cukup gembira sekali melihat tetamu yang hadir meraikan mereka pada hari ini.
  20. Buat pasangan Syafiq dan Nina, kami ucapkan syabas dan tahniah kepada anda di atas pertabalan sebagai suami dan isteri. Semoga kalian berdua hidup bahagia buat selamanya.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

thumb_IMG_1853_1024 thumb_IMG_1854_1024 thumb_IMG_1855_1024 thumb_IMG_1856_1024 thumb_IMG_1857_1024 thumb_IMG_1858_1024 thumb_IMG_1859_1024 thumb_IMG_1860_1024 thumb_IMG_1861_1024 thumb_IMG_1863_1024 thumb_IMG_1864_1024 thumb_IMG_1865_1024 thumb_IMG_1866_1024 thumb_IMG_1867_1024 thumb_IMG_1868_1024 thumb_IMG_1870_1024 thumb_IMG_1871_1024 thumb_IMG_1875_1024

Pertama Kali Di Dewan Ikram, IUKL Bangi

IMG_1024

Majlis Perkahwinan Alshaymaa Mohd Ghazali & Suhaimee Haron

Tarikh: 20/09/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Dewan Ikram, Infrastructure University Kuala Lumpur

Bandar :  Bangi

Combo Pilihan : Combo B (Deejay + PA System)

Catatan:

  1. Selepas bertugas di Jinjang semalam, hari ini kami menerima pelawaan Emma dan Amy untuk memeriahkan majlis mereka di Bangi.
  2. Emma telah memilih combo B dan telah melakukan tempahan secara online melalui laman web kami.
  3. Kami tiba ke dewan sekitar jam 9:30AM dan telah melakukan pemerhatian terhadap susun atur dewan sebelum melakukan pemasangan.
  4. Dewan di IUKL ini sangat selesa dengan kemudahan penghawa dingin, tandas dan lapangan tempat meletakkan kenderaan yang banyak.
  5. Kami melakukan pemasangan dan pengujian mutu bunyi peralatan kami setelah menentukan lokasi stesyen dan pamasangan siap dilakukan sekitar jam 10:30AM.
  6. Kami memainkan aluanan muzik instrumental dan memberikan sedikit ucapan selamat datang kepada ahli keluarga dan petugas yang telah hadir ke dewan.
  7. Pihak katering dari Tarbus Katering yang berpangkalan di Sg Tangkas, Kajang telah siap melakukan persiapan dan juadah telah tersiap sedia untuk dijamu.
  8. Terdapat photobooth, meja buku tamu, aiskrim dari Aiskrim Embum Pak Jamel dan warung laksa disediakan di majlis ini.
  9. Pasangan mempelai dan seluruh rombongan pengantin lelaki tiba ke dewan sekitar jam 12:45PM dan kami telah memainkan paluan kompang dan mengalu-alukan rombongan pengantin untuk memasuki dewan.
  10. Mereka terus menuju ke pentas pelamin dan ahli keluarga pengantin mengambil tempat di meja-meja VIP yang dikhaskan untuk mereka.
  11. Upacara dimulakan dengan bacaan doa dan seterusnya pengantin dijemput untuk menjayakan upacara makan beradab.
  12. Selepas sessi makan beradab, pengantin dijemput untuk menjayakan sessi memotong kek perkahwinan. Upacara ringkas tersebut mendapat sambutan dari rakan-rakan yang merakamkan foto dan video pada acara yang romantis pada petang itu.
  13. Kemudian, pasangan mempelai dijemput untuk kembali semula ke pentas pelamin bagi menyempurnakan sessi salam restu dan fotografi.
  14. Sessi salam restu ini dimulakan dengan menjemput rombongan pengantin lelaki dan dimulakan oleh Tuan Haron dan Puan Saayah iaitu ayahanda dan bonda kepada Amy.
  15. Selepas itu, kami menjemput ahli keluarga pengantin perempuan untuk meneruskan acara. Tuan Hj Ghazali dan Puan Radziah juga turut menjayakan acara ini walaupun mereka sibuk melayani tetamu yang hadir di majlis ini.
  16. Sessi fotografi dimulakan dengan menjemput ahli keluarga dan rakan-rakan untuk berada di pentas pelamin untuk bersama dengan Emma dan Amy. Sessi ini berlangsung sehingga ke penghujung majlis dan dikendalikan oleh En Khalid dari Jemari Infiniti yang ditugaskan sebagai jurugambar di majlis ini.
  17. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar dan kehadiran tetamu sangat memberansangkan sekali.
  18. Tahniah Emma dan Amy di atas kejayaan majlis ini dan kami doakan kalian akan mendapat keberkatan di dalam perhubungan yang telah terbina ini.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

IMG_1006 IMG_1007 IMG_1008 IMG_1009 IMG_1010 IMG_1011 IMG_1013 IMG_1014 IMG_1015 IMG_1018 IMG_1020 IMG_1024

Dari MRSM Muar Ke Jinjang Pelamin

Majlis Perkahwinan Sharifah Noha Ashikin & Hidzir Hamzah

Tarikh: 30/08/2014

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Dewan Cempaka, Kompleks PKNS

Bandar: Bangi, Selangor

Combo Pilihan : Combo C (PA System – Deejay – Karaoke – Projector)

Catatan:

  1. Tempahan telah dilakukan oleh pengantin perempuan Sharifah Noha kira-kira dua bulan sebelum majlis.
  2. Beliau telah memilih Combo C yang mempunyai pakej projektor untuk berkongsi gambar mereka kepada tetamu.
  3. Ini adalah kali kedua kami bertugas di Dewan Cempaka, Kompleks PKNS Bangi. Sebelum ini kami pernah ke sini bagi meraikan pasangan Nor Azean & Muhammad Taufik dan kami tiba ke lokasi majlis sekitar jam 9:30AM dan selesai pemasangan kira-kira 45 minit selepas itu.
  4. Setibanya kami ke sini, DJ Junx telah berjumpa dengan pasangan pengantin dan berbincang berkenaan aturcara majlis yang telah mereka rancang.
  5. Setelah melakukan sound check dan menguji projecktor kami, kami terus menukar persalinan kami dan memulakan acara.
  6. Rombongan pengantin telah tiba tepat jam 1:30PM dan kami menyembut mereka dengan kata-kata aluan dan kompang audio dari sistem kami. Kehadiran rombongan pengantin lelaki dari Pagoh Muar disambut dengan meriah oleh seluruh ahli keluarga pengantin perempuan.
  7. Bacaan doa telah disampaikan oleh Datuk kesayangan pengantin iaitu YBhg Tuan Syed Hamzah.
  8. Kemudian upacara merenjis dimulakan dan sambutan untuk acara ini sangat mengalakkan. Kami memasangkan lagu intrumental Melayu sepanjang upacara ini.
  9. Pasangan mempelai yang pernah bersama-sama menuntut di MRSM Muar ini sangat ceria melayani tetamu yang hadir sepanjang mereka berada di pentas pelamin.
  10. Selepas itu mereka dijemput untuk menjamu selera di meja makan beradab, dan ketika ini kami memainkan slideshow gambar-gambar kenangan mereka berdua. Terdapat dua slideshow yang mereka sediakan untuk kami paparkan pada white screen projektor. Ternyata pada waktu ini seluruh tetamu memberikan perhatian kepada gambar-gambar kenangan yang dikongsikan oleh pengantin.
  11. Selepas itu, upacara memotong kek perkahwinan mereka dilangsungkan. Pada masa yang sama kami juga menjemput tetamu yang ingin menyampaikan lagu untuk memilih lagu di konti kami.
  12. Pengantin lelaki Hidzir yang bertugas di Miti sebagai perangkawan sempat menyampaikan dua buah lagu untuk isteri tercinta iaitu lagu Sedetik Lebih (Anuar Zain) dan Lady (Kenny Roger).
  13. Juadah makanan yang disajikan sangat enak dan pengantin juga menyediakan pembasah tekak iaitu Cendol Pak Akob yang di bawa khas dari Shah Alam.
  14. Alhamdulillah, segalanya telah berjalan dengan lancar dan kami dari The Junx mengucapkan syabas dan tahniah di atas kejayaan majlis ini.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

dewan cempaka pkns bangi-1 dewan cempaka pkns bangi-2 dewan cempaka pkns bangi-3 dewan cempaka pkns bangi-4 dewan cempaka pkns bangi-5 dewan cempaka pkns bangi-6 dewan cempaka pkns bangi-7 dewan cempaka pkns bangi-8 dewan cempaka pkns bangi-9 dewan cempaka pkns bangi-10 dewan cempaka pkns bangi-11 dewan cempaka pkns bangi-12

Perkahwinan Peguam Muda Di Kompleks PKNS Bangi

Majlis Perkahwinan Nor Azean & Muhamad Taufik

Tarikh: 08/06/2014

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Dewan Cempaka, Kompleks PKNS

Bandar: Bangi, Selangor

Combo Pilihan : Combo B (PA System – Deejay – Doa)

Catatan:

  1. Tempahan telah dilakukan oleh Azean pada bulan Februari melalui borang tempahan online kami.
  2. Azean juga telah mengambil pakej doa dan selawat dari kami. Selain dari itu, Azean juga telah memberikan kepada kami lagu-lagu yang ingin dimainkan sepanjang majlis beliau.
  3. Kami tiba ke lokasi majlis sekitar jam 9:30AM dan selesai pemasangan kira-kira 30 minit selepas itu.
  4. Dewan Cempaka ini berkeluasan sederhana dan boleh memuatkan kira-kira 500-600 orang pada satu-satu masa.
  5. Penyedia katering untuk majlis ini disedikan oleh D’Slamedz Catering dan hidangan yang disajikan sangat-sangat sedap sekali terutama air lemon bali mereka.
  6. Rombongan pengantin telah tiba tepat jam 1:30PM dan kami menyembut mereka dengan kata-kata aluan dan kompang audio dari sistem kami.
  7. DJ Junx telah memimpin bacaan selawat dan doa sebagai pemula majlis mereka.
  8. Pasangan peguam muda ini juga telah meminta kami membacakan kronologi perhubungan mereka.
  9. Alhamdulillah majlis berlangsung dengan sangat teratur dan pujian diberikan kepada kaum keluarga pengantin yang membantu melancarkan perjalanan majlis ini.
  10. Sebelum kami berangkat pulang, kami sempat bertemu dengan bakat pelanggan kami yang bakal melangsungkan perkahwinan mereka tidak berapa lama lagi. Insya Allah kami akan memberikan yang terbaik dalam setiap tugasan yang telah diamanahkan.
  11. Kepada Azean dan Taufik, kami ucapkan terima kasih dan tahniah kepada anda berdoa, semoga hubungan perkahwinan ini akan berkekalan selama-lamanya, Amin.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis:

dj pa system dewan cempaka pkns bangi-1 dj pa system dewan cempaka pkns bangi-2 dj pa system dewan cempaka pkns bangi-3 dj pa system dewan cempaka pkns bangi-4 dj pa system dewan cempaka pkns bangi-5 dj pa system dewan cempaka pkns bangi-6 dj pa system dewan cempaka pkns bangi-7 dj pa system dewan cempaka pkns bangi-8 dj pa system dewan cempaka pkns bangi-9