Tag Archives: pa system di cheras

Bertugas Di Cheras Meraikan Suhaila & Aiman

Majlis Perkahwinan Nur Suhaila Binti Anas & Muhammad Aiman Bin Zainal

Tarikh: 06/08/2017

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Taman Sri Bahtera, Cheras

Bandar : Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Setelah bertugas di Putrajaya semalam, hari ini kami bertolak menuju ke Cheras bagi memenuhi jemputan tugasan dari pengantin perempuan iaitu Nur Suhaila.
  2. Nur Suhaila telah menempah perkhidmatan kami seawal bulan Mac yang lepas dan beliau telah memilih Combo A.
  3. Kami tiba ke lokasi sekitar jam 9:15AM dan telah melakukan pemerhatian dan merancang persiapan pihak kami.
  4. Sewaktu tiba ke lokasi majlis, kelihatan pihak katering dan keluarga pengantin sedang melakukan persiapan. Kami dengan segera melakukan pemasangan sejurus selepas mendapat pengesahan dari keluarga pengantin.
  5. Terdapat pelamin yang berada di dalam kediaman rumah pengantin, dan ianya dihias dengan cukup indah sekali dengan konsep berwarna putih dan oren muda.
  6. Kemudian, kami segera melakukan pemasangan dan melakukan sessi pengujian mutu bunyi yang dihasilkan dari sistem audio kami.
  7. Selepas pamasangan siap dilakukan, kami terus menukar persalinan kami dan acara dimulakan dengan memperkenalkan diri kami dan kami memainkan lagu-lagu yang bersesuaian.
  8. Di sessi pagi, bacaan doa selamat dan tahlil dilangsungkan bagi memberkati majlis pada hari ini.
  9. Kami dimaklumkan bahawa pasangan mempelai akan tiba sekitar jam 01:30PM. Pada waktu ini kelihatan tetamu telah mula memenuhi ruangan kanopi.
  10. Apabila pengantin tiba, kami telah mengalu-alukan ketibaan mereka dan pengantin berarak dengan paluan kompang dari Wan Kompang.
  11. Pasangan Suhaila dan Aiman terus berjalan menuju ke meja makan beradab untuk menikmati juadah yang disajikan.
  12. Kemudian kami telah menjemput AL-Fadhil Ustaz Shafik Bin Ismail untuk memimpin bacaan doa.
  13. Selepas menjamu selera, pengantin berkenan untuk menjayakan sessi memotong kek perkahwinan dan selepas itu pengantin bersama dengan keluarga menjayakan sessi salam restu di dalam kediaman rumah pengantin
  14. Sejurus selepas itu, Suhaila dan Aiman bersessi fotografi bersama keluarga dan juga teman-teman.
  15. Majlis juga dimeriahkan dengan sessi karaoke yang mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan.
  16. Cuaca juga sangat baik sepanjang hari ini dan kami memainkan lagu-lagu yang ceria diselangi lagu-lagu lama bagi memenuhi permintaan tetamu.
  17. Ternyata ahli keluarga pangantin dan pasangan mempelai cukup ceria sekali melihat tetamu yang hadir dikalangan ahli keluarga dan rakan-rakan.
  18. Acara berterusan dengan pelbagai aktiviti dan kecerian sambil kelihatan pasangan mempelai bersama-sama dengan rakan dan taulan.
  19. Apabila jam menunjukkan tepat 4:00PM, dan kami telah menamatkan tugasan kami sejurus selepas itu dengan memberikan ucapan penutup tugasan kami.
  20. Alhamdulillah, majlis ini berlangsung dengan cukup meriah dan lancar.
  21. Kami ucapan syabas dan tahniah kepada seluruh ahli keluarga yang turut sama membantu menjayakan majlis ini dan syabas diucapkan kepada Suhaila dan Aiman di atas kejayaan majlis ini.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

Menjayakan Tugasan Di Pusat Komuniti Bukit Cheras Untuk Meraikan Kila & Amie

Majlis Perkahwinan Nur Shakilla Binti Hashim & Muhammad Azmi Bin Razali

Tarikh: 03/12/2016

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Pusat Komuniti Bukit Cheras

Bandar : Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo B (PA System – Deejay)

Catatan:

  1. Hari ini kami ditugaskan untuk memeriahkan majlis yang dilangsungkan di Pusat Komuniti Bukit Cheras.
  2. Telah beberapa kali kami bertugas di sini. Dewan yang cukup selesa, lengkap dengan penghawa dingin, tandas dan surau yang diselenggara dengan baik.
  3. Kami tiba ke dewan ini sekitar jam 9:35AM dan terus melakukan pemerhatian untuk menentukan lokasi stesyen tugasan kami.
  4. Kelihatan meja untuk kami disediakan oleh pangantin siap dengan dua buah kerusi.
  5. Sewaktu kami tiba, pihak katering dari Pak Alang Catering telah mula melakukan persiapan menghidangkan sajian makanan.
  6. Kami terus melakukan pemasangan dan melakukan sessi pengujian bunyi yang dihasilkan dari sistem siar raya kami.
  7. Tepat jam 11:00AM, kami terus memulakan tugasan kami secara rasmi dengan memberikan kata-kata aluan dan memainkan beberapa buah lagu.
  8. Apabila hidangan mula dihidang, kami telah menjemput tetamu untuk menjamu selera. Pada ketika ini, tetamu telah mula hadir memeriahkan majlis.
  9. Pelamin dan meja makan beradab dihias cukup kemas. Hanya menantikan kehadiran pasangan mempelai sahaja untuk menyerikan tempat tersebut.
  10. Tepat jam 12:30PM, rombongan pengantin lelaki yang dipimpin oleh Yg Bhg Tuan Razali dan Puan Siti Zaleha mula tiba.
  11. Kami memainkan paluan kompang dari sistem audio kami dan memainkan lagu iringan yang dipilih oleh pengantin untuk menyambut ketibaan mereka.
  12. Pengantin diarak terus menuju ke pentas pelamin dan kemudian kami memberikan kata-kata aluan dan selamat datang.
  13. Acara diberkati dengan bacaan doa yang disampaikan dan seluruh tetamu yang beragama Islam menadah tangan mengaminkan doa yang disampaikan.
  14. Selepas bacaan doa, pengantin berkenan untuk menjamu selera bersama dengan ahli keluarga dan tetamu di meja makan beradab.
  15. Pada waktu ini, kelihatan tetamu mula memenuhkan dewan. Rakan-rakan dan saudara mara hadir dengan senyuman bagi meraikan pasangan Kila dan Amie.
  16. Selesai sessi makan beradab, acara diteruskan dengan menyempurnakan sessi memotong kek perkahwinan.
  17. Selepas selesai memotong kek perkahwinan, pasangan pengantin berkenan untuk bersama-sama menjayakan sessi fotografi di pentas pelamin bersama ahli keluarga dan sahabat juga tetamu.
  18. Sesekali, Kila dan Amie turun dari pentas pelamin untuk beramah mesra dengan tetamu sambil bergambar di ruang utama dewan.
  19. Acara meriah sehingga ke petang dan tepat jam 4:00PM, kami telah memberikan ucapan penutup tugasan kami.
  20. Alhamdulillah, majlis berjalan cukup lancar sehingga ke petang. Kelihatan Kila dan Amie begitu gembira dengan kejayaan dan kelancara majlis pada hari ini.
  21. Terima kasih Kila dan Amie. Tahniah kami ucapkan, semoga hubungan kalian akan terus kekal selamanya.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

 

LIVE UPDATE: Majlis Perkahwinan Di Santai Cafe, Cheras

Majlis Perkahwinan Budi Kusuma Husmin & Nurul Masira

Tarikh: 22/06/2014

Majlis Sebelah Pengantin : Lelaki

Lokasi : Santai Cafe’, Bandar Tasik Permaisuri

Bandar: Cheras Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo B (PA System – Deejay)

Catatan:

  1. 09:30AM – Kami tiba ke lokasi majlis dan bertemu dengan pengusaha cafe dan beramah mesra dengan mereka. Lokasi cafe ini sangat strategik, berhampirang dengan jalan utama, bersebelahan dengan tasik, terdapat tandas dan surau berdekatan.
  2. 09:40AM – Merancang dan melakukan  pemasangan peralatan PA System kami.
  3. 10:00AM – Melakukan sound check dan melakukan kerja-kerja kemasan cable dan susun atur konti kami.
  4. 10:30AM – Kelihatan penyedia butik tiba ke lokasi bagi melakukan persiapan terakhir hiasan pelamin, terima kasih kepada Ery Elfie dari Adam & Hawa Bridal yang bertukar-tukar kad perniagaan.
  5. 10:50AM – Kami telah menukar persalinan kami iaitu uniform rasmi kami dan menyusun senarai lagu yang akan dimainkan sepanjang majlis hari ini.
  6. 11:00AM – Hidangan jamuan telah disajikan dan kami telah dijemput oleh pemilik cafe untuk menjamu selera terlebih dahulu.
  7. 11:30AM – Pasangan mempelai dikhabarkan telah selamat diijabkabulkan di majlis pernikahan yang dilangsungkan di Masjid Othman Ibnu Affan, Bandar Tasik Permaisuri.
  8. 12:00PM – Kami masih menantikan ketibaan rombongan pengantin dan tetamu.
  9. 01:00PM – Kelihatan tetamu telah mula datang dan dikhabarkan mereka hadir bersama ke majlis ijab kabul di masjid.
  10. 01:18PM – Siaran dihentikan untuk memberi laluan kepada azan fardu Zuhur.
  11. 01:30PM – Pengantin tiba dan paluan kompang dibunyikan dan pengantin terus menuju ke pintu masuk utama cafe dan terus bersanding.
  12. 01:45PM – Bacaan doa disampaikan dan kemudian pengantin terus menuju ke meja makan beradab.
  13. 02:15PM – Selesai upacara makan beradab, kami menjemput pengantin terus melangkah ke meja memotong kek untuk upacara memotong kek perkahwinan mereka.
  14. 03:00PM – Sessi fotografi bermula dan sessi beramah mesra dengan tetamu.
  15. 04:00PM – Majlis berakhir dan kami sempat bergambar dengan pasangan mempelai.

Alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik sekali, cuaca sangat menyebelahi majlis pada hari ini. Dapat dilihat wajah Budi dan Nurul sangat gembira sekali dengan kehadiran rakan-rakan dan tetamu-tetamu yang ramai. Kami juga diberikan cenderahati dari pasangan pengantin sebelum kami berundur diri.

Kepada Budi dan Nurul, kami ucapkan tahniah dan syabas di atas ikatan suami isteri yang telah terjalin. Mudah-mudahan hubungi ini akan kekal selamanya dan membawa rahmat ke atas kalian berdua.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis:

dj pa system santai cafe tasik permaisuri-1 dj pa system santai cafe tasik permaisuri-2 dj pa system santai cafe tasik permaisuri-3 dj pa system santai cafe tasik permaisuri-4 dj pa system santai cafe tasik permaisuri-5 dj pa system santai cafe tasik permaisuri-6 dj pa system santai cafe tasik permaisuri-7 dj pa system santai cafe tasik permaisuri-1-2 dj pa system santai cafe tasik permaisuri-7-2 dj pa system santai cafe tasik permaisuri-6-2 dj pa system santai cafe tasik permaisuri-5-2 dj pa system santai cafe tasik permaisuri-4-2 dj pa system santai cafe tasik permaisuri-2-2 dj pa system santai cafe tasik permaisuri-3-2 dj pa system santai cafe-1

 

PA System Di Kompleks Sukan Bandar Tun Razak

Majlis Perkahwinan Muhammad Shafiq & Farah Wahida

Tarikh: 31/05/2014 (AM)

Majlis Sebelah Pengantin : Bersama

Lokasi : Kompleks Sukan Bandar Tun Razak

Bandar: Cheras, Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo B (PA System – Deejay)

Catatan:

  1. Tempahan telah dilakukan oleh Farah Wahida melalui tempahan online di laman web kami.
  2. Majlis ini adalah majlis bersama keluarga pengantin lelaki dan pengantin perempuan.
  3. Dewan ini boleh memuatkan kira-kira 1000 tetamu pada satu masa dan keluasannya adalah kira-kira 4 gelanggang badminton.
  4. Dewan ini dihias indah oleh Dekorasi Inspirasi Hazza Caterer Kuala Lumpur.
  5. Hidangan makanan sangat menyelerakan dan sedap sekali. Paling istimewa sambal sotong yang sangat enak.
  6. Pengantin tiba ke majlis sekitar jam 2:00PM dan mereka duduk bersanding sambil majlis diteruskan dengan bacaan doa dan acara salam restu,
  7. Kemudian upacara makan beradab diadakan dan majlis diserikan pula dengan persembahan Qasidah dari kumpulan Soutol Israk dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak.
  8. Majlis sangat meriah dengan kehadiran ramai tetamu dan kelihatan mereka sangan gembira sekali bertemu dengan pasangan mempelai ini.
  9. Kami ingin mengambil kesempatan ini sekali lagi untuk mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pasangan mempelai dan seluruh ahli keluarga pengantin terhadap layanan dan kerjasama yang baik sepanjang kami mengendalikan majlis ini.
  10. Kepada Shafiq dan Farah, kami doakan hubungan anda akan kekal selamanya dan dikurniakan dengan keluarga yang bahagia serta anak yang soleh dan solehah.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis:

dj pa system bandar tun razak-1 dj pa system bandar tun razak-2 dj pa system bandar tun razak-3 dj pa system bandar tun razak-4 dj pa system bandar tun razak-5 dj pa system bandar tun razak-6 dj pa system bandar tun razak-7 dj pa system bandar tun razak-8 dj pa system bandar tun razak-9 dj pa system bandar tun razak-10