Tag Archives: pa system di hsbc

Menjayakan Sambutan Aidilfitri Di HSBC, Kuala Lumpur

Majlis Sambutan Aidilfitri HSBC

Tarikh: 05/07/2017

Lokasi : Menara HSBC Lebuh Ampang

Bandar : Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Hari ini kami akan menjayakan acara korporat yang dianjurkan oleh HSBC sempena sambutan aidilfitri.
  2. Tempahan telah dilakukan secara online oleh Encik Khairul yang menjadi salah seorang urus setia program majlis ini.
  3. Majlis ini akan berlangsung sekitar jam 6:00PM dan kami tiba ke lokasi majlis sekitar jam 3:30PM untuk melakukan pemasangan.
  4. Sewaktu tiba ke lokasi majlis, kami telah bertemu dengan Encik Khairul dan berbincang berkenaan perjalanan majlis.
  5. Majlis ini diadakan di tingkat 21 di atas menara HSBC dan kelihatan persiapan sedang rancak berlangsung.
  6. Kemudian, kami segera melakukan pemasangan dan melakukan sessi pengujian mutu bunyi yang dihasilkan dari sistem audio kami.
  7. Selepas pamasangan siap dilakukan, kami terus menukar persalinan kami dan acara dimulakan dengan memperkenalkan diri kami dan kami memainkan lagu-lagu yang bersesuaian.
  8. Tepat jam 6:00PM, kelihatan tetamu telah mula memenuhi ruang majlis dan juru acara memulakan majlis dengan mempersilakan tetamu untuk masuk ke dalam perkarangan majlis.
  9. Terdapat photobooth yang disediakan dan juga buku tamu untuk digunakan oleh tetamu.
  10. Terdapat ucapan ringkas yang disampaikan oleh pihak pengurusan HSBC dan bacaan doa telah disampaikan sebelum itu.
  11. Majlis diteruskan dengan menjemput tetamu untuk menjamu selera dengan hidangan yang disediakan.
  12. Kami dapat menyaksikan pemandangan indah kota raya Kuala Lumpur dari lokasi tugasan kami.
  13. Sepanjang majlis ini, kami telah memainkan lagu-lagu tradisional Melayu dan diselangi dengan lagu-lagu raya.
  14. Acara juga dimeriahkan dengan mengumumkan pemenang untuk tetamu yang berpakaian terbaik mengikut tema.
  15. Kemudian sessi karaoke dibuka untuk memeriahkan majlis dan sambutan yang kami terima sangat memberangsangkan.
  16. Acara terus meriah sehingga ke jam 9:30PM dan kelihatan tetamu mula meninggalkan majlis.
  17. Kami menamatkan tugasan kami sekitar jam 10:00PM dan ternyata seluruh tetamu sangat terhibur sepanjang kami bertugas pada malam ini.
  18. Alhamdulillah, majlis ini berlangsung dengan cukup meriah dan lancar dengan bantuan seluruh urusetia yang memberi kerjasama sepanjang kami bertugas.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: