Tag Archives: Pa system di kajang

Mengacarakan Majlis Hafiz Dan Nabilla Di Bangi

Majlis Perkahwinan Hafiz Basri & Nabilla

Tarikh: 15/07/2017

Majlis Sebelah Pengantin : Lelaki

Lokasi : Bangi-Putrajaya Hotel

Bandar : Bangi

Combo Pilihan : Combo C (PA System – Deejay – Karaoke – Projector)

Catatan:

  1. Petang ini kami akan ke Bangi untuk memenuhi undangan tugasan dari Tuan Basri iaitu bapa kepada pengantin lelaki.
  2. Majlis ini diadakan di sebuah ballroom hotel di Bangi-Putrajaya Hotel yang dulunya dikenali sebagai Equatorial Hotel.
  3. Kami tiba ke lokasi sekitar jam 4:00PM dan telah melakukan pemerhatian dan merancang persiapan pihak kami. Majlis hari ini akan dilangsungkan di sebalah malam.
  4. Sewaktu tiba ke ballroom, kelihatan pelamin, meja dan kerusi telah siap tersusun dan ianya dihias dengan cukup indah sekali.
  5. Kemudian, kami segera melakukan pemasangan dan melakukan sessi pengujian mutu bunyi yang dihasilkan dari sistem audio.
  6. Selepas pamasangan siap dilakukan, kami terus menukar persalinan kami dan acara dimulakan dengan memperkenalkan diri kami dan kami memainkan lagu-lagu yang telah dipilih sendiri oleh pengantin.
  7. Kami dimaklumkan bahawa pasangan mempelai akan tiba sekitar jam 8:00PM. Pada waktu ini kelihatan tetamu telah mula memenuhi ruangan di dalam ballroom.
  8. Perarakan masuk pengantin dimulakan dengan alunan selawat taslim dan diiringi dengan lagu pilihan pengantin.
  9. Pasangan mempelai terus menuju ke pentas pelamin dan acara dimulakan dengan bacaan doa yang disampaikan oleh Saudara Mohammad Kamal Ngah Ibrahim.
  10. Seterusnya majlis diserikan dengan upacara salam restu dipentas pelamin dengan dimulakan oleh ayahanda dan bonda pengantin lelaki.
  11. Majlis diteruskan dengan menjemput pasangan mempelai menjamu selera di meja makan beradab untuk menjayakan sessi santapan bersama dengan keluarga.
  12. Ketika pengantin Hafiz dan Nabilla sedang bersantapan di meja makan beradab, kami telah menayangkan persembahan video montaj dan video di majlis pernikahan pengantin.
  13. Sebelum itu, majlis dimeriahkan dengan persembahan live dari Mr David Soh dengan persembahan beberapa buah lagu romantis.
  14. Selepas menjamu selera, pasangan mempelai berkenan untuk menjayakan sessi memotong kek perkahwinan mereka.
  15. Selepas itu, kami telah mempersilakan pengantin untuk bersama-sama dengan keluarga dan rakan-rakan untuk menjamu selera.
  16. Ternyata ahli keluarga pangantin dan pasangan mempelai cukup ceria sekali melihat tetamu yang hadir dikalangan ahli keluarga dan rakan-rakan.
  17. Sessi beramah mesra dilangsungkan dengan santai, sambil itu sessi fotografi bersama rakan-rakan juga dijalankan bersama.
  18. Acara berterusan dengan pelbagai aktiviti dan kecerian sambil kelihatan pasangan mempelai bersama-sama dengan rakan dan taulan.
  19. Tugasan kami berakhir sekitar jam 10:30PM dan kelihatan segalanya berjalan dengan lancar dan jayanya.
  20. Kami ucapan syabas dan tahniah kepada seluruh ahli keluarga yang turut sama membantu menjayakan majlis ini dan syabas diucapkan kepada Hafiz dan Nabilla serta keluarga di atas kejayaan majlis ini.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

Meraikan Perkahwinan Puteri Pengusaha Katering

Majlis Perkahwinan Hairen Adila & Nazran Hafizi

Tarikh: 07/06/2014

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Taman Sri Jelok

Bandar: Kajang, Selangor

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Tempahan telah dilakukan oleh Hairen pada awal bulan Mac melalui borang tempahan online kami.
  2. Majlis telah dirancang rapi dan pengantin telah memberikan serba sedikit maklumat berkenaan dengan majlis mereka.
  3. Mereka akan melangsungkan majlis pernikahan berserta dengan majlis resepsi pada hari yang sama.
  4. Kami siap memasang peralatan kami pada jam 10:20AM dan rombongan pengantin lelaki tiba ke kediaman pengantin pada jam 10: 40AM.
  5. Setelah ketibaan jurunikah, majlis diteruskan dengan bacaan khutbah nikah dan bapa kepada Hairen menjadi wali untuk pernikahan ini.
  6. Alhamdulillah dengan sekali lafaz, Nazran berjaya memiliki Hairen sebagai isterinya yang sah.
  7. Kemudian, majlis diteruskan dengan majlis makan beradab.
  8. Suasana menjadi semakin meriah apabila kami memulakan acara cabutan bertuah dengan memberikan soalan-soalan pengetahuan am kepada tetamu. Hadiah telah disediakan oleh ahli keluarga pengantin telah menjadi idaman tetamu-tetamu.
  9. Hidangan makanan telah disediakan sendiri oleh ahli keluarga pengantin yang juga pengusaha perniagaan katering. Pelbagai juadah yang disajikan termasuk sate, cendol, candy buffet, laksa dan macam-macam lagi. Semuanya enak-enak sekali.
  10. Sambutan untuk sessi karaoke juga sangat meriah dengan disertai oleh petugas-petugas dan ahli keluarga Hairen.
  11. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Hairen di atas kejayaan majlis anda.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis:

dj pa system sri jelok kajang-1 dj pa system sri jelok kajang-2 dj pa system sri jelok kajang-3 dj pa system sri jelok kajang-4 dj pa system sri jelok kajang-5 dj pa system sri jelok kajang-6

Kami Bersiaran Di Kajang

Majlis Perkahwinan Hartini & Shazlyzam

Tarikh: 10/05/2014

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Taman Kantan Permai

Bandar: Kajang, Selangor

Combo Pilihan : Combo B (PA System – Deejay)

Catatan:

  1. Tempahan telah dilakukan oleh pengantin perempuan iaitu Hartini kira-kira 3 bulan sebelum majlis.
  2. Majlis dilangsungkan di kediaman pengantin perempuan dengan setting kanopi sebanyak  6 buah khemah.
  3. Pengantin telah meminta pihak kami memainkan lagu berunsurkan kerohanian dan nasyid. Kami telah ditempatkan di rumah jiran pengantin iaitu kediaman rumah Encik Razak.
  4. Ketibaan rombongan pengantin lelaki telah disambut dengan paluan kompang oleh pasukan kompang Ar-Rahmaniah yang berpangkalan di Kajang.
  5. Cuaca sedikit mendung dan hujan ketika acara perarakan masuk pengantin, jadi kami bertanggungjawab untuk memastikan suasana majlis terus meriah walaupun hujan lebat pada ketika itu.
  6. Pengantin cukup segak dan cantik mengenakan busana songket berwarna maroon yang didandan oleh Butik Planet Pengantin.
  7. Katering telah disediakan oleh Sri Angsana Caterer & Canopy dan hidangannya sangat enak sekali.
  8. Pada majlis kali ini, pengantin tidak bersanding, majlis ini ringkas dengan upacara makan beradap dan sessi fotografi sahaja.
  9. Alhamdulillah, walaupun cuaca agak mencabar tetapi majlis sangan meriah dengan kehadiran rakan dan taulan pengantin.
  10. Kepada Hartini dan Shazlyzam, kami ucapkan tahniah dan layanan baik anda sekeluarga tidak akan kami lupa.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis:

pa-system-taman-kantan-permai-kajangpa-system-taman-kantan-permai-kajangpa-system-taman-kantan-permai-kajang pa-system-taman-kantan-permai-kajangpa-system-taman-kantan-permai-kajangpa-system-taman-kantan-permai-kajangpa-system-taman-kantan-permai-kajangpa-system-taman-kantan-permai-kajang
pa-system-taman-kantan-permai-kajangpa-system-taman-kantan-permai-kajang pa-system-taman-kantan-permai-kajangpa-system-taman-kantan-permai-kajangpa-system-taman-kantan-permai-kajang