Tag Archives: pa system di klang

Menjayakan Majlis Sambutan Hari Lahir Di Aliya Klang

Majlis Sambutan Hari Lahir Puan Noorzuraniza Binti Zamberi

Tarikh: 03/02/2018

Lokasi : Hotel Aliya, Jalan Meru

Bandar : Klang

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Selepas bertugas di Intekma siang tadi, kami terus bergegas ke Klang bagi memberikan perkhidmatan terbaik kami kepada Tuan Rahmat Ariffin.
  2. Tuan Rahmat Ariffin menganjurkan majlis sambutan hari lahir untuk isteri beliau yang turut dihadiri oleh seluruh ahli keluarga beliau.
  3. Kami tiba ke lokasi sekitar jam 5:30PM dan kami terus melakukan pemasangan sejurus selepas tiba.
  4. Ruangan dewan untuk majlis ini bersaiz sederhana besar dan dapat memuatkan kira-kira 50 tetamu dalam satu-satu masa.
  5. Selepas pemasangan siap dilakukan, kami telah melakukan sessi pengujian bunyi audio kami.
  6. Selepas itu, kami terus menukar persalinan dan menjamu selera di restoran berhampiran sebelum kami bertugas secara rasminya tepat jam 8:00PM.
  7. Tepat kira-kira jam 8:30PM, kelihatan tetamu telah mula tiba di perkarangan majlis. Kami juga telah bertemu dengan Tuan Rahmat dan berbincang secara ringkas berkenaan dengan perjalanan majlis.
  8. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan ringkas yang disampaikan oleh Tuan Rahman untuk mengalu-alukan kehadiran tetamu.
  9. Kemudian, acara diteruskan dengan ucapan ringkas dari puan Zura sendiri iaitu individu yang diraikan pada majlsi ini.
  10. Selepas selesai ucapan, majlis diteruskan dengan menjemput tetamu menjamu selera dengan hidangan yang disediakan.
  11. Majlis juga dimeriahkan dengan sessi karaoke yang dijalankan secara meriah dan santai.
  12. Sambutan yang diterima untuk sessi ini sangat mengalakkan dan sungguh berbakat sekali tetamu kita pada malam ini.
  13. Sessi karaoke juga diselangi dengan acara cabutan bertuah. Pemenang cabutan bertuan membawa pulang hamper yang disediakan oleh penganjur.
  14. Sekitar jam 11:00PM, acara diakhiri dengan sessi memotong kek hari lahir dan ianya dimeriahkan dengan nyanyian lagu “Allah Selamatkan Kamu” dan “Happy Birthday To You” oleh keluarga dan tetamu.
  15. Majlis berakhir sekitar jam 11:45PM dan kami telah melakukan pengemasan peralatan kami dan memberikan ucapkan penutup kami sebelum kami mengakhiri tugasan kami.
  16. Alhamdulillah, majlis ini berlangsung dengan cukup meriah dan lancar.
  17. Kami ucapkan syabas kepada seluruh ahli keluarga yang turut sama membantu menjayakan tugasan kami dan tahniah diucapkan kepada Tuan Rahmat dan Puan Zura sekeluarga di atas kejayaan majlis ini.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis:

 

Berkunjung Ke Klang Meraikan Ain & Iwin

Majlis Pernikahan Nur Ain Bte Ahmad & Irwindri Bin Md Isa

Tarikh: 31/01/2016

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi :  Dewan Serbaguna Taman Klang Jaya

Bandar : Klang, Selangor

Combo Pilihan : Combo B (PA System – Deejay)

Catatan:

  1. Tugasan kali ini, kami telah diamanahkan oleh Nur Ain untuk menjayakan majlis beliau di Klang.
  2. Ain telah melakukan tempahan melalui borang tempangan online di laman web kami dan beliau telah memilih combo B sebagai pelengkap majlis beliau.
  3. Kami tiba ke dewan ini sekitar jam 9:45AM dan telah bertemu dengan abang ipar Ain yang telah berada di dewan ini bagi memantau persiapan di dewan.
  4. Semasa kami tiba, kelihatan pasukan katering dari KHK Maju juga telah mula melakukan persiapan.
  5. Dewan untuk majlis ini sederhana besar dan lengkap dengan keperluan asas. Beberapa kanopi didirikan di luar dewan bagi menampung tetamu yang ingin menikmati makanan di luar dewan.
  6. Setelah pemasangan siap dilakukan, kami telah melakukan pengujian mutu bunyi dan memainkan beberapa buah lagu yang berunsurkan kerohanian dan beberapa buah lagu kahwin.
  7. Kami menukar persalinan kami dan terus memulakan tugas dengan memberikan kata-kata aluan.
  8. Kami dimaklumkan pasangan mempelai dan rombongan pengantin lelaki akan tiba sekitar jam 1:00PM.
  9. Setelah mereka tiba, kami telah memainkan paluan kompang dari sistem audio kami dan mengalu-alukan kehadiran pengantin dan rombongannya.
  10. Kami memberikan ucapan selamat datang kepada rombongan pengantin dan telah mempersilakan seluruh ahli rombongan untuk duduk di tempat yang telah dikhaskan.
  11. Bagi memberkati majlis, kami telah menjemput abang ipar kepada Nur Ain iaitu Al-Fadhil Tuan Mohd Asri Bin Rodzy untuk memimpin bacaan doa.
  12. Majlis pada hari ini agak ringkas kerana ianya diteruskan dengan sessi makan beradab tanda ada sessi bersanding.
  13. Kami terus menjemput pasangan pengantin dan seluruh rombongan pengantin lelaki untuk menjamu selera dengan hidangan yang telah disajikan.
  14. Setelah menjamu selera, pasangan pengantin kelihatan terus turun dari pentas utama dewan dan bertemu dengan tetamu yang hadir meraikan mereka.
  15. Kehadiran tetamu cukup memberansangkan dan kelihatan Ain dan Iwin cukup terharu dengan sambutan meriah yang diberikan di majlis mereka.
  16. Sessi fotografi juga diadakan bersama rakan-rakan. Ada yang ber-selfie dan ber-wefie dengan pengantin.
  17. Majlis berlangsung meriah sehingga ke petang. Tepat jam 4:00PM kami telah memohon keizinan untuk mengundur diri dan menamatkan tugasan kami.
  18. Kami cukup bertuah sekali dapat menjayakan majlis Ain dan Iwin ini dan syukur kerana tugasan kami sepanjang hari ini berjalan dengan cukup baik.
  19. Kepada Ain dan Iwin, tahniah! Semoga hubungan yang terbina ini akan terus berkekalan sehingga selamanya.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

thumb_IMG_2657_1024 thumb_IMG_2659_1024 thumb_IMG_2660_1024 thumb_IMG_2661_1024 thumb_IMG_2663_1024 thumb_IMG_2664_1024 thumb_IMG_2665_1024 thumb_IMG_2666_1024  thumb_IMG_2668_1024

Dahulu Raikan Abang, Kini Raikan Adik

Majlis Perkahwinan Nabil Fikri & Nadhirah

Tarikh: 20/09/2014

Majlis Sebelah Pengantin: Lelaki

Lokasi : Dewan Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS)

Bandar: Klang, Selangor

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Hari ini kami kembali semula ke Klang Bandar Diraja setelah lama juga tidak bertugas di bandar ini untuk meraikan pasangan Nabil dan Nadhirah.
  2. Kami tiba ke dewan KISAS seawal jam 9:30AM dan melakukan proses pemasangan sejurus tiba. Dewan ini sangat selesa dengan penghawa dingin di setiap penjuru dewan.
  3. Hiasan dewan dengan warna tema hijau lembut sangat indah dan padan dengan suasana pada pagi itu yang nyaman kerana hujan renyai-renyai.
  4. Tidak berapa lama selepas kami tiba, kami sempat bersalam-salaman dengan ayahanda dan bonda pengantin lelaki iaitu Tuan Zainal Ariffin dan Puan Faridah Hanum. Ini adalah kali ketiga kami bersama keluarga Tuan Zainal Ariffin dan Puan Faridah Hanum untuk meraikan perkahwinan putera dan puteri mereka.
  5. Untuk majlis ini, ahli keluarga pengantin telah menyediakan pengacara majlis iaitu kakak sepupu kepada Nabil iaitu Ziti Akhtar.
  6. Perjalanan majlis sangat lancar dan tetamu mula hadir memenuhkan dewan sekitar jam 12.00 tengahari.
  7. Pengantin dan rombongan pengantin perempuan mula melangkah masuk ke dewan pada jam 12:10 tengahari dan perarakan masuk diiringi dengan bacaan selawat oleh tetamu yang dipimpim oleh abang Nabil iaitu Hazim.
  8. Majlis diteruskan dengan bacaan doa dan sessi bersalam restu. Kemudian pengantin dibawa ke meja makan beradab.
  9. Hidangan makan disajikan oleh Asyura Catering yang sangat enak dan mereka juga menyediakan kambing bakar untuk majlis ini.
  10. Selepas selesai menjamu selera, pengantin dijemput ke meja memotong kek perkahwinan dan disusuli pula dengan sessi fotografi.
  11. Pada sekitar jam 2:45PM, kami telah membuka sessi karaoke untuk tetamu menyampaikan lagu. Di antara yang hebat menyampaikan lagu pada sessi ini adalah Cik Nana dan saudara Anuar.
  12. Di akhir majlis, Nabil dan Nadhirah sempat menjemput kami bergambar bersama dan Tuan Zainal Ariffin juga meminta kami memainkan lagu My Way dan Feeling sebagai lagu penutup.
  13. Ternyata majlis pada hari ini cukup meriah dan diingati oleh kami dan layanan baik tuan rumah seisi keluarga tidak akan kami lupakan.
  14. Kepada Nabil dan Nadhirah, selamat menempuhi cabaran dalam rumah tangga dan kami doakan anda berbahagia buat selamanya. Amin

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis:

kolej islam sultan alam shah klang kahwin-1 kolej islam sultan alam shah klang kahwin-2 kolej islam sultan alam shah klang kahwin-3 kolej islam sultan alam shah klang kahwin-4 kolej islam sultan alam shah klang kahwin-5 kolej islam sultan alam shah klang kahwin-6 kolej islam sultan alam shah klang kahwin-7 kolej islam sultan alam shah klang kahwin-8 kolej islam sultan alam shah klang kahwin-9