Tag Archives: pa system di semenyih

Menjayakan Majlis Rozaini & Atikah Di Semenyih

Majlis Perkahwinan Rozaini & Atikah

Tarikh: 20/05/2017

Majlis Sebelah Pengantin : Lelaki

Lokasi : Taman Semenyih Indah

Bandar : Semenyih

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Pagi ini kami menuju ke Semenyih bagi menjayakan tugasan kami untuk majlis Tuan Rafizal Basir sempena majlis menyambut menantu.
  2. Tuan Rafizal ialah bapa kepada pengantin lelaki yang diraikan pada hari ini iaitu Rozaini, dan beliau telah memilih combo A yang mempunyai pakej karaoke.
  3. Kami tiba ke lokasi sekitar jam 9:15AM dan telah melakukan pemerhatian dan merancang persiapan pihak kami.
  4. Sewaktu tiba ke lokasi majlis, kami telah bertemu dengan Tuan Rafizal dan berbincang berkenaan perjalanan majlis.
  5. Majlis ini diadakan di kediaman pengantin dan terdapat 6 buah kanopi yang didirikan di hadapan rumah.
  6. Kemudian, kami segera melakukan pemasangan dan melakukan sessi pengujian mutu bunyi yang dihasilkan dari sistem audio kami.
  7. Selepas pamasangan siap dilakukan, kami terus menukar persalinan kami dan acara dimulakan dengan memperkenalkan diri kami dan kami memainkan lagu-lagu yang bersesuaian. Kami memainkan lagu-lagu instrumental joget dan asli bagi memulakan acara diselitkan juga lagu perkahwinan..
  8. Kami dimaklumkan bahawa pasangan mempelai akan tiba sekitar jam 2:00PM. Pada waktu ini kelihatan tetamu telah mula memenuhi ruangan kanpi.
  9. Terdapat photobooth yang disediakan dan juga buku tamu untuk digunakan oleh tetamu.
  10. Rombongan pengantin tiba ke lokasi majlis sekitar jam 2:30PM dan ketibaan mereka di sambut dengan paluan kompang.
  11. Paluan kompang dari pasukan kompang mengamatkan suasana ketika pasangan pengantin tiba.
  12. Pasangan mempelai terus menuju ke pentas pelamin yang terdapat di dalam rumah dan acara bersalam restu diadakan secara ringkas.
  13. Majlis diteruskan dengan menjemput pasangan mempelai menjamu selera di meja makan beradab untuk menjayakan sessi santapan bersama dengan keluarga.
  14. Selepas menjamu selera, pasangan mempelai berkenan untuk menjayakan sessi memotong kek perkahwinan mereka.
  15. Sejurus selepas itu, Rozaini dan Atikah dijemput untuk bersanding di pentas pelamin dan acara bersalam restu dan bersessi fotografi diadakan.
  16. Majlis juga dimeriahkan dengan sessi karaoke yang mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan.
  17. Cuaca juga sangat baik sepanjang hari ini dan kami memainkan lagu-lagu yang ceria diselangi lagu-lagu lama bagi memenuhi permintaan tetamu.
  18. Ternyata ahli keluarga pangantin dan pasangan mempelai cukup ceria sekali melihat tetamu yang hadir dikalangan ahli keluarga dan rakan-rakan.
  19. Sessi beramah mesra dilangsungkan dengan santai, sambil itu sessi fotografi bersama rakan-rakan juga dijalankan bersama.
  20. Acara berterusan dengan pelbagai aktiviti dan kecerian sambil kelihatan pasangan mempelai bersama-sama dengan rakan dan taulan.
  21. Apabila jam menunjukkan tepat 4:00PM, tibalah waktunya untuk kami menamatkan tugasan kami. Akan tetapi, sessi karaoke masih lagi hangat berlangsung, dan di atas persetujuan tuan rumah, kami telah melanjutkan sessi ini sehingga jam 5:00PM.
  22. Alhamdulillah, majlis ini berlangsung dengan cukup meriah dan lancar.
  23. Kami ucapan syabas dan tahniah kepada seluruh ahli keluarga yang turut sama membantu menjayakan majlis ini dan syabas diucapkan kepada Tuan Rafizal, isteri dan seluruh ahli keluarga atas kejayaan majlis ini.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

Memeriahkan Majlis Sambut Menantu Ikmal & Natasha

Majlis Perkahwinan Ikmal Hairulnizam Bin Yusof & Natasha Surida Binti Ahmad Nadzri

Tarikh: 18/02/2017

Majlis Sebelah Pengantin : Lelaki

Lokasi : Bandar Rinching

Bandar : Semenyih

Combo Pilihan : Combo B (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Untuk tugasan hari ini, kami akan menuju ke Semenyih bagi memenuhi jemputan Ikmal iaitu pengantin lelaki.
  2. Ikmal telah melakukan tempahan secara online dan beliau telah memilih Combo B untuk memeriahkan majlis beliau.
  3. Kami tiba ke lokasi sekitar jam 9:45AM dan terus bertemu dengan keluarga pengantin serta pengantin sendiri untuk melakukan pemasangan.
  4. Setelah berbincang pemasangan terus dilakukan. Kami juga sempat berbincang tentang perjalanan majlis dengan pengantin lelaki yang akan meninggalkan majlis untuk bersiap-siap.
  5. Kami ditempatkan di dalam kawasan rumah pengantin, dan terdapat lebih kurang 5 buah kanopi yang didirikan diluar kediaman untuk tetamu. Meja makan beradab juga terdapat di ruangan kanopi.
  6. Kelihatan pasukan katering dari Nor Katering & Kanopi juga sedang bersiap-siap untuk menyediakan makanan.
  7. Kami memulakan tugasan kami secara rasmi tepat jam 11:00AM selepas menukar persalinan rasmi kami.
  8. Kami memainkan lagu-lagu yang bersesuaian dan telah memperkenalkan diri kami kepada para tetamu dan ahli keluarga yang telah berada di majlis ini.
  9. Kami juga telah mempersilakan dan menjemput tetamu untuk menjamu selera dengan hidangan yang telah disediakan.
  10. Terdapat kambing golek yang dihidangkan bersama dengan menu-menu utama.
  11. Rombongan pengantin tiba ke majlis sekitar jam 12:45PM. Ikmal dan Natasha serta barisan rombongan pengantin perempuan diarak dengan paluan kompang dari sistem audio kami.
  12. Kami telah menyambut ketibaan mereka dengan beberapa rangkap pantun dan ucapan selamat datang dan menjemput mereka terus menuju ke meja makan beradab.
  13. Majlis diberkati dengan mempersilakan Al-Fadhil Tuan Imam Hishamuddin untuk memimpin bacaan doa.
  14. Selepas doa disampaikan, majlis diteruskan dengan menjemput pasangan mempelai memulakan istiadat menjamu selera.
  15. Selepas selesai sessi menjamu selera, majlis mempersilakan pasangan Ikmal dan Natasha untuk menjayakan sessi memotong kek perkahwinan.
  16. Selepas selesai sessi memotong kek, pasangan pengantin bersetuju untuk menjayakan sessi beramah mesra dan bergambar dengan teman-teman dan ahli keluarga pengantin.
  17. Acara meriah sehingga ke petang dengan kehadiran tetamu dan juga rakan-rakan kepada pasangan Ikmal dan Natasha ke majlis mereka.
  18. Cuaca juga sangat baik sepanjang hari ini dan kami memainkan lagu-lagu yang ceria diselangi lagu-lagu lama bagi memenuhi permintaan tetamu.
  19. Apabila jam menunjukkan tepat 4:00PM, dan kami telah menamatkan tugasan kami sejurus selepas itu dengan memberikan ucapan penutup tugasan kami.
  20. Alhamdulillah, majlis ini berlangsung dengan cukup meriah dan lancar.
  21. Kami ucapan syabas dan tahniah kepada seluruh ahli keluarga yang turut sama membantu menjayakan majlis ini dan syabas diucapkan kepada Ikmal dan Natasha di atas hubungan yang telah terbina ini.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

Kembali Bertugas Selepas Berehat Di Bulan Ramadan

Majlis Perkahwinan Suhaili dan Norazam

Tarikh: 26/07/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Dewan Batalion 4, Kem PGA

Bandar :  Semenyih

Combo Pilihan : Combo A (Deejay + PA System + Karaoke)

Catatan:

  1. Ini adalah tugasan pertama kami selepas berehat di bulan Ramadan. Kami meraikan pasangan Suhaili Binti Sumar (Elly) dan Norazam Bin Tukiman (Azam) pada 9 Syawal 1436H di Semenyih.
  2. Kami tiba ke dewan ini sekitar jam 9:30AM dan telah bertemu dengan ahli keluarga pengantin untuk memastikan lokasi tugasan kami.
  3. Kami telah ditempatkan di hadapan pentas dewan dan meja telah disediakan oleh pihak keluarga pengantin.
  4. Selepas pemasangan peralatan siap dilakukan, kami menukar persalinan kami dan memulakan tugasan rasmi kami dengan memberikan kata alu-aluan kepada ahli keluarga dan petugas-petugas yang telah berada di lokasi majlis.
  5. Selain dari nasi minyak, lauk pauk utama, majlis juga dihidangkan dengan kuih-muih, cendol, teh tarik dan teh o.
  6. Hiasan pelamin di majlis ini cukup indah sekali, dihiasi dengan bunga-bungaan, lampu-lampu yang bergemerlapan dan hiasan kerawang yang cukup indah.
  7. Rombongan pengantin lelaki dijadualkan akan tiba ke dewan sekitar jam 12:30PM. Mereka tiba tepat pada waktunya dan kehadiran mereka disambut dengan paluan kompang dari Kumpulan Kompang Sri Minang yang dipimpim oleh saudara Firdaus.
  8. Pasangan pengantin dan ahli keluarga Azam berarak menuju ke dewan dan mereka telah berhenti seketika untuk dipertontonkan persembahan silat.
  9. Selepas selesai persembahan silat, Elly dan Azam terus melangkah masuk ke dalam dewan dan terus menuju ke pentas pelamin.
  10. Ahli keluarga pengantin lelaki yang diketuai oleh Tuan Tukiman dan Puan Norhana telah mengambil tempat di meja yang telah dikhaskan untuk mereka.
  11. Sessi bacaan doa dimulakan selepas pengantin duduk di pentas pelamin. Kami telah menjemput Al-Fadhil Tuan Ahmad Jais Bin Subarman untuk menyampaikan doa.
  12. Selepas bacaan doa, acara diteruskan dengan menjemput ahli keluarga pengantin untuk menjayakan sessi salam restu dan merenjis.
  13. Sewaktu acara salam restu ini berlangsung, pasukan kompang Kumpulan Sri Minang membuat beberapa buah persembahan.
  14. Selepas selesai sessi salam restu, majlis diteruskan dengan sessi makan beradab dan kami telah menjemput wakil kedua-dua belah keluarga untuk bersama-sama menyertai acara ini.
  15. Selepas selesai menjamu selera, pengantin telah dijemput untuk menjayakan acara memotong kek perkahwinan.
  16. Kami telah memainkan beberapa buah lagu kahwin dan lagu raya di majlis ini berserta lagu-lagu yang dipilih oleh pasangan pengantin.
  17. Selepas selesai menjamu selera, pasangan mempelai telah dijemput ke pentas pelamin bagi menjayakan sessi fotografi. Jurufoto untuk majlis ini telah disediakan oleh Bajonz Photographer.
  18. Majlis berlanjutan sehingga ke petang, ramai sungguh tetamu yang hadir bagi memeriahkan majlis ini. Kanopi yang disediakan diluar dewan juga dipenuhi oleh tetamu.
  19. Kami membuka sessi karaoke kami pada sebelah petang dan ahli keluarga Elly menggunakan kesempatan ini untuk mendedikasikan beberapa buah lagu untuk ditujukan kepada pasangan Azam dan Elly.
  20. Tepat jam 4:00PM, kami telah memohon untuk mengundur diri dan alhamdulillah selepas sebulan berehat, akhirnya kami berjaya memberikan yang terbaik untuk majlis pertama kami ini selepas Ramadan.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

photo17157570170038576 photo17157570170038589 photo17157570170038590 photo17157570170038591 photo17157570170038593 photo17157570170038595 photo17157570170038596 photo17157570170038600 photo17157570170038601

Bertugas di Semenyih

Majlis Perkahwinan Nurul Diyana Mokhtar & Afiq Khairuddin

Tarikh : 20/04/2014

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Taman Pelangi Semenyih,

Bandar: Semenyih, Selangor

Combo Pilihan : Combo A (PA System + Deejay + Karaoke)

Catatan:

  1. Tempahan telah diterima oleh kami pada 23 Januari 2014 yang telah dilakukan oleh Diyana.
  2. Majlis dilangsungkan di kediaman pengantin perempuan dengan dibantu oleh ahli keluarga dan sanak saudara.
  3. Kehadiran kami ke lokasi majlis disambut mesra oleh Diyana dan ahli keluarga yang lain.
  4. Keluarga pengantin telah menyediakan sebuah kanopi khas untuk kami meletakkan keperluan dan peralatan PA System kami.
  5. Rombongan pengantin lelaki tiba ke majlis tepat jam 1:30PM dan disambut dengan paluan kompang audio dari sistem kami diselangi dengan mp3 selawat.
  6. Acara diteruskan dengan istihadat makan beradab dan memotong kek dan sessi fotografi.
  7. Doa telah disampaikan oleh Ybhg Dato Hj. Abdul Rahim Bin Abu iaitu bapa saudara pengantin perempuan.
  8. Apabila acara kemuncak selesai, majlis diteruskan dengan sessi karaoke dan kami rasa bertuah kerana ramai ahli keluarga turut serta dalam sessi ini termasuk Shawal AF5 yang sempat mendendangkan 3 buah lagu dan berduet bersama tunang beliau.
  9. Kepada Diyana dan Afiq, kami doakan anda akan terus bahagia dan selamat mengharungi kehidupan berumah tangga 🙂

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 
pa-system-karaoke-kahwin 140420 pa-system-karaoke-kahwin 140420-4 pa-system-karaoke-kahwin 140420-3 pa-system-karaoke-kahwin 140420-5 pa-system-karaoke-kahwin 140420-2 pa-system-karaoke-kahwin 140420-6 pa-system-karaoke-kahwin 140420-7 pa-system-karaoke-kahwin 140420-8 pa-system-karaoke-kahwin 140420-9 pa-system-karaoke-kahwin 140420-10 pa-system-karaoke-kahwin 140420-12 pa-system-karaoke-kahwin 140420-13 pa-system-karaoke-kahwin 140420-14 pa-system-karaoke-kahwin 140420-11 pa-system-karaoke-kahwin 140420-15