Tag Archives: pa system di shah alam

Bertugas Di Intekma Shah Alam Meraikan Izzati & Ikhwan

Majlis Perkahwinan Izzati Syafiqah binti Ismail & Muhammad Ikhwan Bin Ibrahim

Tarikh: 03/02/2018

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Ruang Sari, Intekma Resort

Bandar : Shah Alam

Combo Pilihan : Combo C (PA System – Deejay – Projector)

Catatan:

  1. Hari ini kami bertugas di Intekma Shah Alam bagi memenuhi jemputan Tuan Ismail, ayahanda kepada pengantin perempuan iaitu Izzati.
  2. Setelah beberapa kali berhubung melalui telefon dan email, Tuan Ismail telah bersetuju untuk mendapatkan perkhidmatan terbaik kami untuk meraikan majlis puteri kesayangan beliau.
  3. Kami tiba ke lokasi sekitar jam 9:45AM dan telah melakukan pemerhatian dan merancang persiapan pemasangan peralatan kami.
  4. Kami juga telah bertemu dengan puan Nieda iaitu pengurus venue untuk berbincang berkenaan dengan perjalanan majlis.
  5. Kami segera melakukan pemasangan dan melakukan sessi pengujian mutu bunyi yang dihasilkan dari sistem audio di dewan ini.
  6. Selepas itu, kami terus menukar persalinan dan acara dimulakan dengan memperkenalkan diri kami dan kami memainkan lagu-lagu yang bersesuaian untuk majlis ini.
  7. Juadah dan masakan disedikan oleh pihak Intekma sendiri dan pelbagai lauk-pauk serta kudap-kudapan yang disediakan untuk tetamu.
  8. Kami dimaklumkan bahawa pasangan mempelai akan tiba sekitar jam 12:45PM. Pada waktu ini kelihatan tetamu telah mula memenuhi ruangan dewan.
  9. Pengantin tiba dengan diiringi oleh rombongan keluarga pengantin lelaki, dan mereka telah disambut dengan paluan kompang dari Intekma.
  10. Apabila pengantin tiba, kami telah mengalu-alukan ketibaan mereka dan pengantin berarak dengan aluanan selawat taslim yang disampaikan oleh Al-Fadhil Bilal Hj Abu Bakar.
  11. Pengantin terus berjalan menuju ke pentas pelamin dan kemudian kami telah menjemput pembaca doa untuk memimpin bacaan doa.
  12. Selepas bacaan doa, majlis diserikan dengan acara salam restu bersama dengan ayahanda serta bonda kedua-dua mempelai.
  13. Pengantin kemudiannya telah dijemput untuk menjayakan sessi makan beradab bersama dengan ahli keluarga.
  14. Ketika pasangan mempelai menjamu selera di meja makan beradab, kami telah mempersembahkan tayangan multimedia yang memaparkan koleksi gambar kenang-kenangan pengantin.
  15. Selepas sessi makan beradat selesai, pengantin bersetuju untuk menjayakan acara seterusnya.
  16. Seterusnya sessi memotong kek perkahwinan telah diadakan di pentas pelamin berlatarbelakangkan lagu Perfect dari Ed Sheeran.
  17. Selepas itu, acara diteruskan dengan sessi beramah mesra dan sessi fotografi yang dijayakan oleh keluarga dan rakan-rakan.
  18. Acara berterusan dengan pelbagai aktiviti dan keceriaan sambil kelihatan pasangan mempelai bersama-sama dengan rakan dan taulan.
  19. Apabila jam menunjukkan tepat 4:00PM, dan kami telah menamatkan tugasan kami sejurus selepas itu dengan memberikan ucapan penutup tugasan kami.
  20. Alhamdulillah, majlis ini berlangsung dengan cukup meriah dan lancar.
  21. Kami ucapkan syabas kepada seluruh ahli keluarga yang turut sama membantu menjayakan majlis ini dan tahniah diucapkan kepada Izzati dan Ikhwan di atas kejayaan majlis ini.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis:

Menjayakan Majlis Menyambut Menantu Nain & Eira

Majlis Perkahwinan Muhammad Zulkarnain Bin Abd Kadir & Nur Syahirah Binti Rashdi 

Tarikh: 27/03/2016

Majlis Sebelah Pengantin : Lelaki

Lokasi : Masjid Al-Hidayah, Seksyen 18

Bandar : Shah Alam, Selangor

Combo Pilihan : Combo B (PA System – Deejay)

Catatan:

  1. Hari ini kami bersiaran di perkarangan Masjid Al-Hidayah Seksyen 18 Shah Alam sempena memenuhi tempahan dari Deena’s Catering & Wedding Planner.
  2. Tempahan pada hari ini adalah bagi menjayakan majlis perkahwinan Nain dan Eira.
  3. Kami tiba ke lokasi majlis dan telah bertemu dengan Nain sendiri bagi menentukan lokasi tugasan kami.
  4. Kami telah ditempatkan di sebelah meja makan beradab dan terus melakukan pemasangan setelah perbincangan dengan Nain selesai.
  5. Kelihatan majlis yang dianjurkan pada hari ini cukup besar. Sebanyak kira-kira 10 buah kanopi didirikan dengan warna tema merah dan kuning.
  6. Setelah pemasangan siap dilakukan, kami segera melakukan sessi pengujian mutu bunyi yang dihasilkan dari sistem kami.
  7. Kami juga sempat bertemu dengan ayahanda dan bonda kepada Nain iaitu YBhg Tuan Haji Abdul Kadir dan Puan Hajjah Intan Fatimah.
  8. Kami memainkan lagu-lagu yang berunsurkan kerohanian dan nasyeed bersesuaian dengan lokasi majlis ini diadakan.
  9. Kelihatan pasukan katering telahpun siap melakukan persiapan terakhir mereka. Selain dari menu utama, majlis juga dihidangkan dengan char kuey teow, putu mayam, kambing golek dan soft ice-cream.
  10. Pasangan pengantin dan rombongan pengantin perempuan dijadualkan tiba pada jam 12:30PM. Sejurus mereka tiba, kami terus menyambut mereka dengan paluan kompang dan kata-kata aluan dan ucapan selamat datang.
  11. Pasangan mempelai Nain dan Eira terus menuju ke meja makan beradab dan kami telah menjemput seluruh rombongan pengantin perempuan untuk memenuhkan ruangan dan meja yang dikhaskan untuk mereka.
  12. Sebelum sessi menjamu selera dimulakan, kami telah memberikan kata-kata aluan dan mempersilakan abang sulung Nain iaitu Tuan Mohd Firdaus Afdzal Bin Abd Kadir untuk memimpin bacaan doa.
  13. Selepas bacaan doa disampaikan, majlis diteruskan dengan sessi menjamu selera dan kami memainkan beberapa buah lagu perkahwinan.
  14. Tugasan kami dihentikan seketika untuk memberi laluan kepada azan fardu Zuhur yang berkumandang di masjid ini dan kami turut serta mendirikan solat secara berjemaah di dewan solat.
  15. Selepas tugasan kami bersambung semula, pasangan mempelai Nain dan Eira menjayakan sessi fotografi bersama rakan-rakan dan tetamu di sudut photo booth.
  16. Tetamu yang hadir di majlis ini cukup ramai dan menyebabkan majlis ini berlangsung cukup meriah.
  17. Selepas sessi fotografi dan sessi beramah mesra bersama rakan-rakan selesai dijalankan, majlis diteruskan dengan menjemput Nain dan Eira menjayakan sessi memotong kek perkahwinan.
  18. Kemudian majlis diteruskan dengan menjemput ahli keluarga pengantin bergambar bersama dengan pasangan pengantin baru di sudut photo booth.
  19. Majlis berlangsung meriah sehingga ke petang dan kelihatan wajah gembira terpancang di wajah Nain dan Eira sepanjang majlis sehingga ke penghujung majlis.
  20. Kami telah memberikan ucapan penutup sebelum menamatkan tugasan kami dan memohon mengundur diri dari pihak keluarga pengantin.
  21. Tahniah kami ucapkan kepada Nain dan Eira di atas kejayaan majlis ini dan kami doakan agar hubungan kalian akan sentiasa diberkati dan bahagian selamanya.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

thumb_IMG_3088_1024 thumb_IMG_3087_1024 thumb_IMG_3086_1024 thumb_IMG_3085_1024 thumb_IMG_3084_1024 thumb_IMG_3083_1024 thumb_IMG_3082_1024 thumb_IMG_3081_1024 thumb_IMG_3080_1024 thumb_IMG_3079_1024 thumb_IMG_3078_1024 thumb_IMG_3077_1024

Sekali Lagi Di Shah Alam Meraikan Ika Dan Riz

thumb_IMG_2264_1024

Majlis Perkahwinan Mohamed Rizal Bin Jaafar & Nor Atikah Binti Ismail Marjan

Tarikh: 20/12/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Bersama

Lokasi :  Dewan Warisan Warga Emas, Seksyen 24

Bandar : Shah Alam

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Setelah meraikan Azwan Dan Artina di Seksyen 18, hari ini kami bertugas pula di Seksyen 24 Shah Alam bagi meraikan Ika dan Riz.
  2. Combo A menjadi pilihan Ika dan Riz dan mereka telah menempah kami melalui borang tempahan online kami.
  3. Menurut rekod, ini adalah kali ketiga kami bertugas di dewan ini. Dewan yang cukup baik lengkap dengan penghawa dingin, kipas dan keperluan asas yang lain.
  4. Kami tiba ke dewan ini sekitar jam 9:40AM dan terus memasuki dewan bagi melihat dan meninjau layout dan susun atur di dalamnya.
  5. Rakan-rakan Riz yang akan membuat persembahan secara live band telah mula tiba untuk tujuan pemasangan peralatan.
  6. Kami juga terus membawa peralatan kami ke dalam dewan untuk pamasangan. Setelah pemasangan siap dilakukan kami terus melakukan pengujian suara dan bunyi.
  7. Kami dimaklumkan bahawa majlis akad nikah sedang dilangsungkan pada pagi ini dan pengantin akan tiba ke dewan bagi menjayakan upacara persandingan sekitar jam 1:30PM.
  8. Kami telah melakukan perbincangan dengan anggota kumpulan band untuk memastikan kami berada dalam keadaan selari dengan aturcara yang telah diberikan oleh pengantin.
  9. Band yang digelar Mawar And The Gentlemen memainkan beberapa buah lagu pada pagi tersebut dan kami juga telah mendapat isyarat bahawa makanan telah dihidangkan dan tersedia untuk dijamu.
  10. Pelbagai juadah yang disajikan termasuk aiskrim goyang dan juga kehadiran badut dan mascot mickey mouse cukup menggembirakan tetamu kecil di majlis ini.
  11. Bacaan doa selamat disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Abu Hassan Bin Ismail bagi memberkati majlis pada hari ini.
  12. Pengantin tiba tepat jam 1:30PM dan kami telah memainkan paluan kompang dari sistem audio kami dan diselangi dengan aluanan selawat.
  13. Riz dan Ika terus berjalan menuju ke pentas pelamin dan apabila mereka duduk di pelaminan, kami telah memberikan kata-kata aluan.
  14. Kami telah menjemput keluarga kedua-dua belah pihak untuk menjayakan sessi bersalam restu dan merenjis.
  15. Selesai sessi bersalam restu, majlis diteruskan dengan sessi makan beradab dan seterusnya pengantin berkenana untuk menjayakan sessi memotong kek.
  16. Semasa sessi memotong kek, kami telah memainkan lagu dari MLTR iaitu You Took My Heart Away di atas permintaan Riz.
  17. Selesai sessi memotong, majlis diteruskan dengan sessi fotografi yang turut dijayakan oleh rakan-rakan dan ahli keluarga.
  18. Majlis meriah sehingga ke petang dan kerancakan persembahan dari Mawar And The Gentlemen cukup memeriahkan majlis.
  19. Kehadiran tetamu yang memeransangkan juga membuatkan Ika dan Riz gembira.
  20. Setelah jam menunjukkan 4:00PM, kami telah memohon untuk mengundur diri dan memberikan ucapan penutup bagi mengakhiri tugasan kami.
  21. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan cukup meriah. Tahniah kami ucapakan kepada Riz dan Ika di atas kejayaan majlis ini. Semoga hubungan kalian akan bahagia selamanya dan dikurniakan kehidupan yang lebih baik dan penuh diberkati.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

thumb_IMG_2255_1024 thumb_IMG_2259_1024 thumb_IMG_2260_1024 thumb_IMG_2261_1024 thumb_IMG_2262_1024 thumb_IMG_2263_1024 thumb_IMG_2264_1024 thumb_IMG_2266_1024 thumb_IMG_2269_1024 thumb_IMG_2270_1024

 

Menjayakan Majlis Noor Azwan Dan Nur Artina Di Bandar Anggerik, Shah Alam

Majlis Perkahwinan Noor Azwan Bin Dollah & Nur Artina Binti Abdul Rahman

Tarikh: 19/12/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Lelaki

Lokasi :  Seksyen 18

Bandar : Shah Alam

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Hari ini kami bersiaran di Shah Alam, sebuah bandaraya yang permai dan aman bagi menerima jemputan Noor Azwan iaitu pengantin lelaki.
  2. Azwan telah memilih Combo A kami sebagai penyeri majlis perkahwinan beliau dan telah melakukan tempahan secara online.
  3. Kami tiba ke kediaman beliau sekitar jam 9:35AM dan telah disambut mesra oleh keluarga Azwan.
  4. Setelah menentukan tempat untuk kami bertugas, kami terus melakukan pemasangan dan melakukan pengujian terhadap mutu dan kualiti bunyi yang dihasilkan.
  5. Melalui pemerhatian kami, terdapat 7 buah kanopi didirikan dihadapan kediaman pengantin.
  6. Pada ketika itu, pasukan katering dari Mirazy Catering juga telah mula melakukan kerja-kerja persiapan.
  7. Tepat jam 11:00AM kami telah memberikan kata-kata aluan dan memperkenalkan diri kami kepada tetamu-tetamu yang telah hadir ke majlis ini.
  8. Kami telah menjemput tetamu dan ahli keluarga untuk menjamu selera dengan hidangan yang telah disediakan.
  9. Rombongan pengantin dimaklumkan akan tiba sekitar jam 12:30PM. Ketibaan mereka telah disambut dengan paluan kompang dari Kumpulan Kompang Melayu Shah Alam.
  10. Pengantin berarak terus menuju ke pentas pelamin yang terletak di dalam kediaman sejurus mereka tiba ke rumah.
  11. Acara persandingan diadakan dan bacaan doa telah disampaikan oleh Al-Fadhil Imam Zainuddin.
  12. Setelah bacaan doa selesai dibaca, majlis diteruskan dengan sessi salam restu dan merenjis.
  13. Selepas selesai acara merenjis di pentas pelamin, Azwan dan Artina telah dijemput untuk menjayakan sessi makan beradab.
  14. Pasangan mempelai menjamu selera bersama dengan ahli keluarga dan sejurus selepas itu mereka menukar persalinan mereka untuk menjayakan sessi memotong kek perkahwinan.
  15. Sessi karaoke juga diadakan tatkala menantikan Azwan dan Artina bersiap.  Bapa iaitu Tuan Haji Dollah dan ibu Puan Hajjah Siti Salwiah juga menjemput beberapa rakan-rakan mereka untuk menyampaikan lagu. Ternyata gembira sekali mereka berdua melihat rakan-rakan lama hadir meraikan majlis ini.
  16. Setelah Azwan dan Artina selesai bersiap, mereka telah menjayakan sessi memotong kek perkahwinan.
  17. Azwan dan Artina juga berkenan untuk menjayakan sessi beramah mesra dengan tetamu-tetamu yang hadir dan mereka juga turut menjayakan sessi fotografi.
  18. Cuaca cukup baik sekali sehingga ke petang dan majlis berjaya dijalankan dengan jayanya.
  19. Kami mengakhiri tugasan kami sekitar jam 4:00PM dan telah memberikan ucapan penutup kepada seluruh tetamu dan ahli keluarga yang masih bersama sehingga ke petang.
  20. Kepada Azwan dan Artina serta sessi keluarga, tahniah kami ucapkan diatas kejayaan majlis ini. Kami doakan agar Azwan dan Artina diberi keberkatan di dalam hubungan yang telah terjalin ini dan dilimpahi rahmat.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

thumb_IMG_2122_1024 thumb_IMG_2124_1024 thumb_IMG_2140_1024 thumb_IMG_2137_1024 thumb_IMG_2133_1024 thumb_IMG_2132_1024 thumb_IMG_2131_1024 thumb_IMG_2130_1024 thumb_IMG_2127_1024 thumb_IMG_2126_1024 thumb_IMG_2125_1024

Meraikan Wan Fadhlan dan Nurul Izzah di Dewan Dahlia Seksyen 24, Shah Alam

 

emcee-dj-kahwin-dewan-dahlia-seksyen-24-shah-alam-12

Majlis Perkahwinan Wan Fadhlan & Nurul Izzah

Tarikh: 28/12/2014

Majlis Sebelah Pengantin : Bersama

Lokasi : Dewan Dahlia, Seksyen 24,

Bandar : Shah Alam, Selangor

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Tempahan untuk majlis kali ini dilakukan oleh Nurul Izzah pada bulan Oktober yang lepas.
  2. Ini adalah kali kedua kami menjalankan tugas di sini. Pertama kali kami di sini adalah sewaktu kami menjayakan majlis Nur Farahin dan Hazury pada bulan Mei 2014 yang lalu.
  3. Kami tiba ke lokasi majlis sekitar jam 9:40AM dan melakukan proses pemasangan peralatan kami sejurus kami tiba.
  4. Kami telah bertemu dengan beberapa ahli keluarga pengantin perempuan dan bertemu dengan bapa Nurul Izzah iaitu Abu Hassan untuk berbincang berkenaan dengan beberapa perkara.
  5. Di majlis ini, katering telah disediakan oleh Delirasa Catering & Event Management dan keluarga pengantin juga telah menempah ayam golek yang didatangkan khas dari Taman Sri Andalas Klang.
  6. Pengantin tiba ke dewan sekitar jam 1:45PM dan mereka telah disambut dengan paluan kompang oleh Pasukan Kompang Warisan Budi yang dipangkalan di Seksyen 16 Shah Alam.
  7. Pengantin di arak terus ke pentas pelamin dan mereka diiringi oleh bacaan selawat yang disampaikan oleh Tuan Ahmad bin Lebai Dollah. Tuan Ahmad juga telah membacakan bacaan doa untuk majlis ini.
  8. Setelah selesai bacaan doa dibaca, persembahan kompang diteruskan dengan penampilan 3 buah lagu.
  9. Pada waktu yang sama, kami telah menjemput ahli keluarga untuk naik ke pentas pelamin bagi menjayakan sessi salam restu.
  10. Pada majlis ini, keluarga pengantin telah memilih untuk melakukan sessi fotografi terlebih dahulu sebelum mereka makan beradab.
  11. Setelah sessi fotografi pertama ini selesai, kami telah menjemput pasangan mempelai untuk turun menjamu selera dengan hidangan yang disajikan di meja makan beradab.
  12. Ahli keluarga juga dijemput untuk bersama-sama memenuhkan meja makan beradab bagi menemani pasangan pengantin menjamu selera.
  13. Selepas selesai menjamu selera, Nurul Izzah dan Wan Fadhlan dijemput untuk menjayakan sessi memotong kek perkahwinan. Pada ketika ini, teman-teman dan tetamu berkumpul di hadapan meja memotong kek bagi mendapatkan shot menarik gambar pengantin yang dirai.
  14. Majlis kemudian diteruskan dengan sessi fotografi kedua, di mana kami telah menjemput pengantin untuk bersama-sama bergambar dengan opah mereka dan seterusnya bersama-sama keluarga dan tetamu yang lain.
  15. Kelihatan terpancar wajah kegembiraan pada pasangan pengantin tatkala melihat kehadiran rakan-rakan dan ahli keluarga.
  16. Kami seluruh krew The Junx Audio Visual ingin merakamkan ucapan tahniah kepada seluruh keluarga pengantin dan tahniah kepada Wan Fadhlan dan Nurul Izzah di atas kejayaan majlis anda.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

emcee-dj-kahwin-dewan-dahlia-seksyen-24-shah-alam-1 emcee-dj-kahwin-dewan-dahlia-seksyen-24-shah-alam-2 emcee-dj-kahwin-dewan-dahlia-seksyen-24-shah-alam-3 emcee-dj-kahwin-dewan-dahlia-seksyen-24-shah-alam-4 emcee-dj-kahwin-dewan-dahlia-seksyen-24-shah-alam-5 emcee-dj-kahwin-dewan-dahlia-seksyen-24-shah-alam-6 emcee-dj-kahwin-dewan-dahlia-seksyen-24-shah-alam-7 emcee-dj-kahwin-dewan-dahlia-seksyen-24-shah-alam-8 emcee-dj-kahwin-dewan-dahlia-seksyen-24-shah-alam-9 emcee-dj-kahwin-dewan-dahlia-seksyen-24-shah-alam-10 emcee-dj-kahwin-dewan-dahlia-seksyen-24-shah-alam-11 emcee-dj-kahwin-dewan-dahlia-seksyen-24-shah-alam-12