Tag Archives: pa system hebat di ampang

Menjayakan Tugasan Yang Diamanahkan Oleh Deenaz Catering

Majlis Perkahwinan Wan Nurulhafiza Binti Wan Awang & Aizuddin Bin Aziz

Tarikh: 08/07/2017

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Dewan Serbaguna Taman Cempaka

Bandar : Ampang

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Hari ini kami akan menjayakan tugasan kami yang telah diberikan oleh pihak katering iaitu Deenaz catering.
  2. Ini adalah kali kedua kami memberikan perkhidmatan kami untuk Deenaz Catering dan pihak katering telah memilih combo A kami.
  3. Kami tiba ke lokasi sekitar jam 9:15AM dan telah melakukan pemerhatian dan merancang persiapan pihak kami.
  4. Sewaktu tiba ke dewan, kelihatan pihak katering dan keluarga pengantin telah tiba. Kami dengan segera melakukan pemasangan sejurus selepas mendapat pengesahan dari keluarga pengantin.
  5. Terdapat pelamin dan meja makan beradab berada di dalam dewan, dan ianya dihias dengan cukup indah sekali dengan konsep berwarna putih dan ungu.
  6. Kemudian, kami segera melakukan pemasangan dan melakukan sessi pengujian mutu bunyi yang dihasilkan dari sistem audio kami.
  7. Selepas pamasangan siap dilakukan, kami terus menukar persalinan kami dan acara dimulakan dengan memperkenalkan diri kami dan kami memainkan lagu-lagu yang bersesuaian. Kami memainkan lagu-lagu instrumental joget dan asli bagi memulakan acara diselitkan juga lagu perkahwinan..
  8. Kami dimaklumkan bahawa pasangan mempelai akan tiba sekitar jam 1:30PM. Pada waktu ini kelihatan tetamu telah mula memenuhi ruangan di dalam dewan.
  9. Paluan kompang dari pasukan kompang Ezhar menggamatkan suasana ketika pasangan pengantin tiba.
  10. Pasangan mempelai terus menuju ke meja makan beradab dan acara bacaan doa diadakan dan disampaikan oleh saudara pengantin sendiri.
  11. Majlis diteruskan dengan menjemput pasangan mempelai menjamu selera di meja makan beradab untuk menjayakan sessi santapan bersama dengan keluarga.
  12. Selepas menjamu selera, pasangan mempelai berkenan untuk menjayakan sessi memotong kek perkahwinan mereka.
  13. Sejurus selepas itu, Fiza dan Udin dijemput untuk bersanding di pentas pelamin dan acara bersalam restu dan bersessi fotografi diadakan.
  14. Majlis juga dimeriahkan dengan sessi karaoke yang mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan.
  15. Cuaca juga sangat baik sepanjang hari ini dan kami memainkan lagu-lagu yang ceria diselangi lagu-lagu lama bagi memenuhi permintaan tetamu.
  16. Ternyata ahli keluarga pangantin dan pasangan mempelai cukup ceria sekali melihat tetamu yang hadir dikalangan ahli keluarga dan rakan-rakan.
  17. Sessi beramah mesra dilangsungkan dengan santai, sambil itu sessi fotografi bersama rakan-rakan juga dijalankan bersama.
  18. Acara berterusan dengan pelbagai aktiviti dan kecerian sambil kelihatan pasangan mempelai bersama-sama dengan rakan dan taulan.
  19. Apabila jam menunjukkan tepat 4:00PM, dan kami telah menamatkan tugasan kami sejurus selepas itu dengan memberikan ucapan penutup tugasan kami.
  20. Alhamdulillah, majlis ini berlangsung dengan cukup meriah dan lancar.
  21. Kami ucapan syabas dan tahniah kepada seluruh ahli keluarga yang turut sama membantu menjayakan majlis ini dan syabas diucapkan kepada Fiza dan Udin di atas kejayaan majlis ini.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: