Tag Archives: pa system hebat di segambut

Menjayakan Majlis Makan Berdamai Nurul Naeim & Syafiq

Majlis Perkahwinan Nurul Naeim Binti  Mohd Adam Dan Mohd Norsyafiq Bin Subri

Tarikh: 01/07/2017

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Bukit Segambut

Bandar : Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo B (PA System – Deejay)

Catatan:

  1. Setelah berehat sebulan di bulan Ramadan hari ini kami kembali bertugas untuk menjayakan majlis makan berdamai Nurul Naeim dan Syafiq.
  2. Tempahan telah dilakukan oleh keluarga pengantin perempuan dan ini adalah kali kedua kami menjayakan majlis untuk keluarga pengantin.
  3. Kami tiba ke lokasi majlis sekitar jam 3:00PM dan majlis secara rasminya akan bermula pada jam 4:30PM.
  4. Terdapat beberapa buah kanopi yang didirikan di dalam halaman rumah pengantin yang dikhaskan untuk tetamu.
  5. Kemudian, kami segera melakukan pemasangan dan melakukan sessi pengujian mutu bunyi yang dihasilkan dari sistem audio kami.
  6. Selepas pamasangan siap dilakukan, kami terus menukar persalinan kami dan acara dimulakan dengan memperkenalkan diri kami dan kami memainkan lagu-lagu yang bersesuaian. Kami memainkan lagu-lagu instrumental joget dan asli bagi memulakan acara diselitkan juga lagu perkahwinan.
  7. Pada waktu ini, upacara akad nikah sedang dilangsungkan di masjid berdekatan. Tepat jam 4:30PM kelihatan ahli keluarga mula tiba ke majlis.
  8. Kami mengalu-alukan kehadiran tetamu dan mengumumkan ketibaan pengantin.
  9. Naeim dan Syafiq bersalam-salaman dengan tetamu dan mempelawa keluarga dan rakan-rakan menjamu selera.
  10. Terdapat pelamin yang didirikan di dalam kediaman pengantin dan pengantin menggunakan pelamin tersebut untuk bergambar bersama keluarga dan sahabat handai.
  11. Cuaca juga sangat baik sepanjang hari ini dan kami memainkan lagu-lagu yang ceria diselangi lagu-lagu lama bagi memenuhi permintaan tetamu.
  12. Ternyata ahli keluarga pangantin dan pasangan mempelai cukup ceria sekali melihat tetamu yang hadir dikalangan ahli keluarga dan rakan-rakan.
  13. Apabila jam menunjukkan tepat 9:00PM, tibalah waktunya untuk kami menamatkan tugasan kami.
  14. Alhamdulillah, majlis ini berlangsung dengan cukup meriah dan lancar.
  15. Kami ucapan syabas dan tahniah kepada seluruh ahli keluarga yang turut sama membantu menjayakan majlis ini dan syabas diucapkan kepada eluruh ahli keluarga pengantin atas kejayaan majlis ini.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: