Tag Archives: pa system islamic

Menjayakan Majlis Doa Selamat Keberangkatan Haji

Majlis Doa Selamat

Tarikh: 29/07/2017

Lokasi : Bukit Segambut

Bandar : Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo B (PA System – Deejay)

Catatan:

  1. Hari ini kami akan bersiaran di Bukit Segambut bagi menjayakan majlis doa selamat dan tahlil.
  2. Ini adalah kali ke-3 kami menjayakan majlis yang dianjurkan oleh tuan Firdaus dan keluarga.
  3. Majlis ini diadakan bersempena keberangkatan ahli keluarga yang akan ke tanah suci Mekah bagi menunaikan ibadah haji.
  4. Kami tiba ke majlis ini sekitar jam 10:30AM bagi melakukan persiapan kerana majlis akan bermula sekitar jam 12:30PM.
  5. Kemudian, kami segera melakukan pemasangan dan melakukan sessi pengujian mutu bunyi yang dihasilkan dari sistem audio.
  6. Selepas pamasangan siap dilakukan, kami terus menukar persalinan kami dan acara dimulakan dengan memperkenalkan diri kami dan kami memainkan lagu-lagu kerohanian dan selawat.
  7. Kelihatan beberapa buah kanopi yang didirikan diluar kediaman rumah dan kelihatan juga pasukan katering sedang bersiap-siap menyediakan hidangan makanan.
  8. Tepat jam 12:30PM, majlis dimulakan dengan bacaan yasin, tahlil dan doa selamat. Sessi ini dijayakan oleh ahli kariah masjid berhampiran dan keluarga.
  9. Selepas tamat sessi tersebut, tetamu turut dijemput untuk menikmati hidangan di ruangan kanopi.
  10. Selepas zuhur, majlis terut dihadiri oleh tetamu-tetamu jemputan yang lain.
  11. Cukup meriah dan ramai sekali tetamu yang memenuhi jemputan tuan rumah dan kelihatan mereka beramah-mesra sambil menjamu selera.
  12. Kami memainkan lagu-lagu berunsur kerohanian, nasyid dan aluanan selawat mengikut permintaan tuan rumah.
  13. Majlis terus meriah sehingga ke petang dan alhamdulillah segalanya berjalan dengan cukup teratur dan lancar.
  14. Kami doakan keberangkatan keluarga yang akan menunaikan ibadah haji di Mekah akan selamat pergi dan tiba. Semoga mendapat keberkatan dan menerima haji yang mabrur.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

 

Berkunjung Ke Port Dickson Menjayakan Majlis Eija & Najib

thumb_IMG_2645_1024

Majlis Pernikahan Nurhaliza Binti Yahaya Mohd Najib Bin Hj Baharudin

Tarikh: 30/01/2016

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi :  Dewan Bagan Pinang, Jalan Pantai

Bandar : Port Dickson, Negeri Sembilan

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Selepas menjayakan sessi akustik di restoran QNA Republic malam tadi. Keesokkannya kami bertolak ke Port Dickson bagi menerima jemputan Eija dan Najib
  2. Pasangan ini telah memilih kami untuk memeriahkan majlis mereka dengan set karaoke dan lagu-lagu yang bersesuaian untuk majlis perkahwinan mereka.
  3. Kami tiba ke lokasi majlis sekitar jam 10:00AM dan telah bertemu dengan keluarga pengantin untuk melakukan pemasangan.
  4. Sewaktu kami tiba, kami juga telah beramah dengan penyedia katering dan kami sama-sama melakukan persiapan di dewan ini.
  5. Dewan Bagan Pinang ini agak selesa dan lokasinya sangat strategik bersebelahan pantai dan jalan utama. Ianya sangat mudah untuk ditemui.
  6. Setelah pemasangan siap dilakukan, kami telah melakukan pengujian mutu bunyi dan memainkan beberapa buah lagu yang berunsurkan kerohanian.
  7. Kami menukar persalinan kami dan terus memulakan tugas dengan memberikan kata-kata aluan.
  8. Kami dimaklumkan pasangan mempelai dan rombongan pengantin lelaki akan tiba sekitar jam 1:30PM.
  9. Setelah mereka tiba, kami telah memainkan paluan kompang dari sistem audio kami dan sejurus pengantin tiba ke pintu gerbang dewan, kami telah mengalukan alunan selawat.
  10. Kami memberikan ucapan selamat datang kepada rombongan pengantin dan telah mempersilakan seluruh ahli rombongan untuk duduk di tempat yang telah dikhaskan.
  11. Bacaan doa disampaikan sejurus selepas itu dan kami terus memulakan majlis dengan menjemput ahli keluarga untuk menjayakan upacara bersalam restu.
  12. Selepas selesai upacara salam restu, kami terus mempersilakan pasangan mempelai Najib dan Eija untuk bersama-sama ahli keluarga menjamu selera di meja makan beradab.
  13. Suasana meriah terus dirasakan di dewan ini. Ramai tetamu hadir di kalangan rakan dan ahli keluarga pengantin.
  14. Pengantin dan ahli keluarga Najib menjamu selera dengan hidangan enak yang disajikan kepada mereka.
  15. Selepas menjamu selera, mereka dijemput pula untuk menjayakan sessi memotong ke perkahwinan.
  16. Selepas menjayakan sessi memotong kek perkahwinan, majlis diteruskan dengan sessi fotografi.
  17. Semasa sessi fotografi sedang berlangsung, kami telah menjemput tetamu dan ahli keluarga untuk menyampaikan lagi melalui set karaoke kami.
  18. Sambutan yang diterima di sessi karaoke sangat luar biasa dan cukup meriah.
  19. Kami menamatkan tugasan kami setelah waktunya tiba, kami telah memberi ucapan penutup dan mengucapkan terima kasih kepada para petugas serta keluarga yang menjayakan majlis ini.
  20. Kepada Najib dan Eija, terima kasih kerana memberi peluang kepada kami untuk bersama-sama merasai kemeriahan majlis anda. Kami doakan agar hubungan yang telah terbina ini akan terus berkekalan selamanya. Amin

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

thumb_IMG_2634_1024 thumb_IMG_2638_1024 thumb_IMG_2639_1024 thumb_IMG_2640_1024 thumb_IMG_2641_1024 thumb_IMG_2642_1024 thumb_IMG_2643_1024 thumb_IMG_2644_1024 thumb_IMG_2645_1024

Meraikan Masturah & Hafizh Di Bukit Cheras

IMG_0480

Majlis Perkahwinan Nur Masturah Binti Kamarul Zaman dan Mohd Hafizh Bin Mohd Salleh

Tarikh: 16/08/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Dewan Pusat Komuniti Bukit Cheras

Bandar :  Taman Bukit Cheras, Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo B (Deejay + PA System)

Catatan:

  1. Hari ini kami bersiaran di Pusat Komuniti Taman Bukit Cheras Kuala Lumpur. Kami telah beberapa kali bertugas di sini.
  2. Kami tiba di dewan ini seawal jam 9:15AM dan apabila tiba, secara kebetulan Masturah adalah adik kepada kenalan kami.
  3. Setelah melakukan sedikit perbincangan bersama dengan ahli keluarga pengantin, kami terus melakukan pemasangan peralatan.
  4. Pemasangan siap dilakukan lebih kurang setengah jam selepas itu. Selepas melakukan sessi pengujian kualiti bunyi, kami terus menukar persalinan kami dan bersedia untuk melakukan tugas.
  5. Pada ketika ini pasukan katering sedang sibuk melakukan persiapan terakhir. Makanan dan minuman sedang dihidangkan di buffet table yang ditempatkan di kiri dan kanan dewan.
  6. Pelamin yang diletakkan di pentas utama dewan terhias dengan indah sekali. Ianya disediakan oleh Butik Pengantin Afeer, Kajang.
  7. Tepat jam 11:00AM kami memulakan tugasan kami dengan memberikan kata-kata aluan dengan mengucapkan selamat datang kepada seluruh ahli keluarga yang telah pun tiba ke dewan ini.
  8. Kami memainkan lagu-lagu yang berkonsepkan kerohanian pada pagi ini dan berceloteh sedikit dan berkongsikan aturcara majlis kepada ahli keluarga dan petugas di majlis ini
  9. Kami berhenti bersiaran sekitar jam 1:21PM bagi memberi laluan kepada azan fardhu Zuhur dan kemudian kami menantikan kehadiran rombongan pengantin lelaki yang datang dari Klang, Selangor.
  10. Kami memainkan alunan kompang dari sistem audio kami dan kelihatan Masturah, Hafizh dan seluruh keluarga rombongan berarak memasuki dewan.
  11. Pengantin berhenti seketika apabila tiba di pintu gerbang dan kami memainkan alunan selawat taslim dan kemudian menyambut mereka dengan ucapan selamat datang dan mempersilakan mereka untuk berarak menuju ke pentas pelamin.
  12. Dipelamin, mereka terus bersemayam dan kelihatan indah serta cantik sekali busana yang dikenakan oleh pasangan raja dan ratu sehari ini.
  13. Bacaan doa dibaca, pasangan mempelai tunduk menadah tangan. Tanda bersyukur dan mengaminkan keberkatan doa yang disampaikan.
  14. Selepas selesai bacaan doa, ahli keluarga kedua-dua belah pihak dijemput untuk meraikan pengantin dengan upacara salam restu.
  15. Selepas selesai sessi salam restu, kami mempersilakan pengantin untuk menjayakan sessi makan beradab.
  16. Juadah enak yang disajikan dijamu kepada pasangan Masturah dan Hafizh serta ahli keluarga rombongan pengantin. Kami telah bersama-sama menjemput ahli keluarga dan pengantin untuk menjamu selera dengan didahului dengan bacaan doa.
  17. Selepas selesai sessi menjamu selera, majlis diteruskan dengan sessi fotografi dan kami telah mempersilakan seluruh ahli keluarga, rakan-rakan dan tetamu untuk bersama-sama dengan pasangan mempelai untuk menjaya sessi istimewa ini.
  18. Sessi memotong kek berlangsung selepas selesainya sessi fotografi dan kami telah memainkan lagu Penghujung Cintaku yang dipopularkan oleh Pasha dan Adelia.
  19. Majlis berlarutan meriah sehingga ke petang. Kami telah memohon untuk menamatkan tugasan kami setelah jam menunjukan tepat pukul 4:00PM.
  20. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada Masturah dan Hafizh di atas peluang yang kalian berikan kepada kami untuk bertugas dimajlis anda pada kali ini.
  21. Jelas terpancar wajah kegembiraan pada pasangan ini dengan kejayaan menganjurkan majlis pada hari ini. Kami doakan agar Masturah dan Hafizh terus bahagia.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

IMG_0452 IMG_0454 IMG_0455 IMG_0459 IMG_0470 IMG_0473 IMG_0480 IMG_0448 IMG_0445

Bandung Menjadi Saksi, Dua Hati Cinta Terpatri

Majlis Perkahwinan Mohd Shahmil Bin Ahmad & Noor Amelia Bt Kamaruzzaman

Tarikh: 7/02/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Lelaki

Lokasi : Dewan Perkasa, Masjid Al-Imam Ash Shafie

Bandar : Taman Maluri, Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo B (PA System – Deejay)

Catatan:

  1. Tempahan telah dilakukan oleh Mohd Shahmil kurang sebulan sebelum majlis bermula. Beliau mendapat no telefon kami melalui sahabat beliau iaitu Siti Maryam Sakinah pelanggan yang pernah menggunakan perkhidmatan kami.
  2. Setelah beberapa kali bermesej bersama kami, Mohd Shahmil bersetuju untuk mendapatkan pakej Combo B kami.
  3. Majlis dilangsungkan di dalam dewan yang terdapat di bawah Masjid Al-Imam Ash Shafie iaitu Dewan Perkasa. Dewan yang boleh memuatkan kira-kira 800 orang dalam sesuatu masa.
  4. Dewan ini lengkap dengan penghawa dingin, pentas dan kemudahan-kemudahan asas yang lain iaitu tandas dan ruang untuk persiapan katering.
  5. Kami tiba ke dewan sekitar jam 9:30AM dan siap melakukan pemasangan peralatan sekitar jam 10:30AM. Setelah siap pemasangan, kami masih belum dapat memainkan muzik dari sistem audio kami kerana bersebelahan dewan ini sedang berlangsung kursus bimbangan haji.
  6. Walaubagaimanapun, kami memainkan muzik dari sistem kami dengan kadar suara yang perlahan dan memastikan ianya tidak mengganggu operasi kursus.
  7. Pasangan pengantin baru Shahmil dan Amy dijadualkan tiba tepat jam 12:30PM. Mereka akan diiringi dengan paluan kompang dari pasukan Qasidah Suara Al-Mutmainnah.
  8. Selepas paluan kompang menyambut pasangan pengantin dan ahli rombongan pengantin perempuan dimainkan, kumpulan qasidah Suara Al-Mutmainnah memimpin bacaan selewat sehingga pengantin duduk di meja makan beradab.
  9. Kemudian majlis menjemput Al-Fadhil Tuan Imam Atan Bin Bujal untuk memimpin bacaan doa. Jemputan disampaikan dengan serangkap pantun dan Tuan Imam terus mengendalikan bacaan doa.
  10. Selepas bacaan doa, pengantin dan ahli keluarga pengantin perempuan dijemput untuk menjamu selera.
  11. Hidangan makanan di majlis ini disediakan oleh UBE Global Sdn Bhd, juadah sangat enak sekali dengan petugas yang dedikasi disediakan.
  12. Selepas selesai menjamu selera, pengantin dijemput untuk menyempurnakan upacara memotong kek.
  13. Selepas itu kami menjemput Shahmil dan Amy ke pentas pelamin bagi menjayakan sessi fotografi bersama tetamu dan keluarga.
  14. Selepas selesai acara fotografi, Shahmil dan Amy turun dari pentas pelamin untuk beramah mesra dengan tetamu yang duduk di ruang makan utama dewan.
  15. Tetamu bersalaman, sambil bergurau senda dengan pasangan pengantin ini. Tidak ketinggalan, ada yang menggunakan peluang ini bergambar dengan pasangan pengantin.
  16. Sepanjang majlis ini, kami memainkan lagu-lagu berkonsepkan kerohanian, lagu dari Maher Zain dan beberapa lagu dari kumpulan nasyid popular tanahair iaitu kumpulan Hijjaz, Nowseeheart, Rabbani dan UNIC.
  17. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar dan kami telah mendapat maklum balas yang baik dari Shahmil sendiri.
  18. Shahmil sungguh mesra dan sering menitikberatkan keselesaan kami sepanjang kami menjalankan tugas di sini.
  19. Kami juga bersyukur kerana dapat memberikan perkhidmatan terbaik kami kepada beliau dan diharap kami dapat terus mengekalkan prestasi ini untuk menjayakan majlis-majlis yang akan datang.
  20. Kepada Shahmil dan Amy, kami ucapkan tahniah dan doa kami agar kebahagian yang diperolehi hari ini akan kekal selamanya.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

emcee-dj-kahwin-pa-system-taman-maluri-1 emcee-dj-kahwin-pa-system-taman-maluri-2 emcee-dj-kahwin-pa-system-taman-maluri-3 emcee-dj-kahwin-pa-system-taman-maluri-4 emcee-dj-kahwin-pa-system-taman-maluri-5 emcee-dj-kahwin-pa-system-taman-maluri-7 emcee-dj-kahwin-pa-system-taman-maluri-6 emcee-dj-kahwin-pa-system-taman-maluri-8 emcee-dj-kahwin-pa-system-taman-maluri-10 emcee-dj-kahwin-pa-system-taman-maluri-9 emcee-dj-kahwin-pa-system-taman-maluri-11 emcee-dj-kahwin-pa-system-taman-maluri-12 emcee-dj-kahwin-pa-system-taman-maluri-13 emcee-dj-kahwin-pa-system-taman-maluri-14 emcee-dj-kahwin-pa-system-taman-maluri-15