Tag Archives: pa system islamik

Meraikan Nurul Hidayah & Mohamad Sadiq Di Taman Maluri

Majlis Perkahwinan Nurul Hidayah Binti Hj Ahmad & Mohamad Sadiq Shah Bin Hj Shah Kamarrudin

Tarikh: 26/08/2017

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Masjid Al Imam Ash Shafie, Jalan Perkasa, Taman Maluri

Bandar : Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo B (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Hari ini kami menuju ke Taman Maluri bagi menjalankan tugas kami untuk majlis Nurul dan Mohd Sadiq.
  2. Perkhidmatan kami telah di tempah oleh abang pengantin peremuan sendiri iaitu Encik Shahmil yang pernah menggunakan perkhidmatan kami pada tahun 2015 yang lalu.
  3. Encik Shahmil telah memilih pakej Combo B kami bagi menceriakan lagi suasana majlis Nurul dan Sadiq.
  4. Kami tiba ke lokasi sekitar jam 9:30AM dan telah melakukan pemerhatian dan merancang persiapan pihak kami.
  5. Sewaktu tiba ke lokasi majlis, kelihatan pihak katering dan keluarga pengantin sedang melakukan persiapan. Kami dengan segera melakukan pemasangan sejurus selepas mendapat pengesahan dari keluarga pengantin.
  6. Terdapat pelamin yang didirikan di pentas utama dewan, dan ianya dihias dengan cukup indah sekali.
  7. Kemudian, kami segera melakukan pemasangan dan melakukan sessi pengujian mutu bunyi yang dihasilkan dari sistem audio kami.
  8. Selepas pamasangan siap dilakukan, kami terus menukar persalinan kami dan acara dimulakan dengan memperkenalkan diri kami dan kami memainkan lagu-lagu yang bersesuaian.
  9. Majlis juga diserikan dengan persembahan nasyid dan selawat dari kumpulan jemputan.
  10. Kami dimaklumkan bahawa pasangan mempelai akan tiba sekitar jam 12:30PM. Pada waktu ini kelihatan tetamu telah mula memenuhi ruangan di dewan.
  11. Apabila pengantin tiba, kami telah mengalu-alukan ketibaan mereka dan pengantin berarak dengan paluan kompang dan selawat.
  12. Pasangan Nurul dan Sadiq terus berjalan menuju ke pentas pelamin untuk dipersandingkan.
  13. Kemudian bacaan doa telah disampaikan bagi memberkati majlis pada hari ini.
  14. Pengantin kemudiannya telah dijemput untuk menjayakan sessi makan beradab bersama dengan ahli keluarga.
  15. Selepas menjamu selera, pengantin berkenan untuk menjayakan sessi memotong kek perkahwinan.
  16. Sejurus selepas itu, Nurul dan Sadiq berkenan untuk bersessi fotografi bersama keluarga dan juga teman-teman.
  17. Ternyata ahli keluarga pangantin dan pasangan mempelai cukup ceria sekali melihat tetamu yang hadir dikalangan ahli keluarga dan rakan-rakan.
  18. Acara berterusan dengan pelbagai aktiviti dan kecerian sambil kelihatan pasangan mempelai bersama-sama dengan rakan dan taulan.
  19. Apabila jam menunjukkan tepat 4:00PM, dan kami telah menamatkan tugasan kami sejurus selepas itu dengan memberikan ucapan penutup tugasan kami.
  20. Alhamdulillah, majlis ini berlangsung dengan cukup meriah dan lancar.
  21. Kami ucapan syabas dan tahniah kepada seluruh ahli keluarga yang turut sama membantu menjayakan majlis ini dan syabas diucapkan kepada Nurul dan Sadiq di atas kejayaan majlis ini.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

Menjayakan Majlis Noor Azwan Dan Nur Artina Di Bandar Anggerik, Shah Alam

Majlis Perkahwinan Noor Azwan Bin Dollah & Nur Artina Binti Abdul Rahman

Tarikh: 19/12/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Lelaki

Lokasi :  Seksyen 18

Bandar : Shah Alam

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Hari ini kami bersiaran di Shah Alam, sebuah bandaraya yang permai dan aman bagi menerima jemputan Noor Azwan iaitu pengantin lelaki.
  2. Azwan telah memilih Combo A kami sebagai penyeri majlis perkahwinan beliau dan telah melakukan tempahan secara online.
  3. Kami tiba ke kediaman beliau sekitar jam 9:35AM dan telah disambut mesra oleh keluarga Azwan.
  4. Setelah menentukan tempat untuk kami bertugas, kami terus melakukan pemasangan dan melakukan pengujian terhadap mutu dan kualiti bunyi yang dihasilkan.
  5. Melalui pemerhatian kami, terdapat 7 buah kanopi didirikan dihadapan kediaman pengantin.
  6. Pada ketika itu, pasukan katering dari Mirazy Catering juga telah mula melakukan kerja-kerja persiapan.
  7. Tepat jam 11:00AM kami telah memberikan kata-kata aluan dan memperkenalkan diri kami kepada tetamu-tetamu yang telah hadir ke majlis ini.
  8. Kami telah menjemput tetamu dan ahli keluarga untuk menjamu selera dengan hidangan yang telah disediakan.
  9. Rombongan pengantin dimaklumkan akan tiba sekitar jam 12:30PM. Ketibaan mereka telah disambut dengan paluan kompang dari Kumpulan Kompang Melayu Shah Alam.
  10. Pengantin berarak terus menuju ke pentas pelamin yang terletak di dalam kediaman sejurus mereka tiba ke rumah.
  11. Acara persandingan diadakan dan bacaan doa telah disampaikan oleh Al-Fadhil Imam Zainuddin.
  12. Setelah bacaan doa selesai dibaca, majlis diteruskan dengan sessi salam restu dan merenjis.
  13. Selepas selesai acara merenjis di pentas pelamin, Azwan dan Artina telah dijemput untuk menjayakan sessi makan beradab.
  14. Pasangan mempelai menjamu selera bersama dengan ahli keluarga dan sejurus selepas itu mereka menukar persalinan mereka untuk menjayakan sessi memotong kek perkahwinan.
  15. Sessi karaoke juga diadakan tatkala menantikan Azwan dan Artina bersiap.  Bapa iaitu Tuan Haji Dollah dan ibu Puan Hajjah Siti Salwiah juga menjemput beberapa rakan-rakan mereka untuk menyampaikan lagu. Ternyata gembira sekali mereka berdua melihat rakan-rakan lama hadir meraikan majlis ini.
  16. Setelah Azwan dan Artina selesai bersiap, mereka telah menjayakan sessi memotong kek perkahwinan.
  17. Azwan dan Artina juga berkenan untuk menjayakan sessi beramah mesra dengan tetamu-tetamu yang hadir dan mereka juga turut menjayakan sessi fotografi.
  18. Cuaca cukup baik sekali sehingga ke petang dan majlis berjaya dijalankan dengan jayanya.
  19. Kami mengakhiri tugasan kami sekitar jam 4:00PM dan telah memberikan ucapan penutup kepada seluruh tetamu dan ahli keluarga yang masih bersama sehingga ke petang.
  20. Kepada Azwan dan Artina serta sessi keluarga, tahniah kami ucapkan diatas kejayaan majlis ini. Kami doakan agar Azwan dan Artina diberi keberkatan di dalam hubungan yang telah terjalin ini dan dilimpahi rahmat.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

thumb_IMG_2122_1024 thumb_IMG_2124_1024 thumb_IMG_2140_1024 thumb_IMG_2137_1024 thumb_IMG_2133_1024 thumb_IMG_2132_1024 thumb_IMG_2131_1024 thumb_IMG_2130_1024 thumb_IMG_2127_1024 thumb_IMG_2126_1024 thumb_IMG_2125_1024