Tag Archives: pa system kahwin di puri buana

Majlis Ijab Kabul Dan Resepsi Puteri Sulung Tuan Azmi & Che Noor Rahidah

Majlis Perkahwinan Nur Aqilah Binti Mohd Azmi & Danial Bin Djohan

Tarikh: 19/08/2017

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Puri Buana, Garden Wedding

Bandar : Bangi

Combo Pilihan : Combo B (PA System – Deejay)

Catatan:

  1. Hari ini kami menuju ke Bangi bagi menjalankan tugas yang diamanahkan oleh Tuan Azmi dan Puan Che Noor Rahidah.
  2. Majlis yang diadakan di sebuah lokasi di Bangi iaitu Puri Buana ini akan menyaksikan majlis akad nikah dan sekali gus majlis resepsi yang akan diadakan secara serentak.
  3. Kami tiba ke lokasi sekitar jam 8:30AM dan telah melakukan pemerhatian dan merancang persiapan pihak kami.
  4. Sewaktu tiba ke lokasi majlis, kelihatan pihak katering dan keluarga pengantin sedang melakukan persiapan. Kami dengan segera melakukan pemasangan sejurus selepas mendapat pengesahan dari keluarga pengantin.
  5. Terdapat pelamin yang didirikan di pentas utama dewan, dan ianya dihias dengan cukup indah sekali.
  6. Kemudian, kami segera melakukan pemasangan dan melakukan sessi pengujian mutu bunyi yang dihasilkan dari sistem audio kami.
  7. Majlis bermula seawal jam 10:00AM dengan menyaksikan ketibaan rombongan pengantin lelaki dan jurunikah masuk ke dalam majlis.
  8. Acara terus dimulakan dengan khutbah nikah dan seterusnya upacara ijab dan kabul.
  9. Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, Nur Aqilah sah menjadi suri kepada Danial.
  10. Selepas selesai upacara akad dan nikah, majlis diteruskan dengan mempersilakan keluarga untuk menjamu selera dengan hidangan yang telah disediakan.
  11. Jam 11:30AM, ahli keluarga pengantin lelaki dan pengantin telah meninggalkan majlis bagi persiapan untuk hadir sekali lagi untuk menjayakan majlis resepsi.
  12. Pengantin dan ahli keluarga pengantin lelaki kembali semula ke majlis pada jam 1:30PM. Kehadiran mereka telah disambut dengan paluan kompang dan selawat dari sistem audio kami.
  13. Pengantin terus berarak menuju ke pentas pelamin sambil dihiburkan dengan persembahan live sexophone dari rakan pengantin iaitu Daniel Farish.
  14. Kemudian, kami telah menjemput Al-Fadhil Ustaz untuk memimpin bacaan doa.
  15. Kemudian, majlis diteruskan dengan sessi bersalam restu yang diadakan di pentas pelamin.
  16. Selepas selesai bersalam restu dan merenjis, majlis diteruskan dengan menjemput pasangan mempelai untuk berarak di meja makan beradab untuk menjamu selera.
  17. Selepas menjamu selera, pengantin berkenan untuk menjayakan sessi memotong kek perkahwinan.
  18. Sejurus selepas itu, Aqilah dan Danial bersessi fotografi bersama keluarga dan juga teman-teman.
  19. Ternyata ahli keluarga pangantin dan pasangan mempelai cukup ceria sekali melihat tetamu yang hadir dikalangan ahli keluarga dan rakan-rakan.
  20. Acara berterusan dengan pelbagai aktiviti dan kecerian sambil kelihatan pasangan mempelai bersama-sama dengan rakan dan taulan.
  21. Apabila jam menunjukkan tepat 4:00PM, dan kami telah menamatkan tugasan kami sejurus selepas itu dengan memberikan ucapan penutup tugasan kami.
  22. Alhamdulillah, majlis ini berlangsung dengan cukup meriah dan lancar.
  23. Kami ucapan syabas dan tahniah kepada seluruh ahli keluarga yang turut sama membantu menjayakan majlis ini dan syabas diucapkan kepada Aqilah dan Danial di atas kejayaan majlis ini.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: