Tag Archives: pa system murah di ampang

Menjayakan Majlis Sambutan Aidilfitri Perbadanan Pengurusan Sri Ampang Mas

Majlis Korporat Perbadanan Pengurusan Sri Ampang Mas

Tarikh: 22/07/2017

Lokasi : Kondominium Sri Ampang

Bandar : Ampang

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Kali ini kami bersiaran di Ampang bagi memenuhi jemputan Perbadanan Pengurusan Sri Ampang Mas untuk memeriahkan majlis jamuan Aidilfitri.
  2. Tempahan telah dilakukan sendiri oleh wakil pengurusan perbadanan iaitu Puan Hani dan beliau telah memilih Combo A berserta sistem karaoke.
  3. Kami tiba ke lokasi sekitar jam 4:00PM dan telah melakukan pemerhatian dan merancang persiapan pihak kami. Majlis hari ini akan dilangsungkan di sebalah malam.
  4. Sewaktu tiba, kelihatan kakitangan dari pihak perbadanan juga sedang bersiap menyediakan juadah dan hiasan ruangan majlis.
  5. Kemudian, kami segera melakukan pemasangan dan melakukan sessi pengujian mutu bunyi yang dihasilkan dari sistem audio.
  6. Selepas pamasangan siap dilakukan, kami terus menukar persalinan kami dan acara dimulakan dengan memperkenalkan diri kami dan kami memainkan lagu-lagu.
  7. Acara secara rasminya bermula tepat jam 8:00PM. Kelihatan tetamu yang terdiri dari kalangan penduduk hadir untuk bersama-sama memeriahkan majlis.
  8. Wakil pihak pengurusan juga memulakan majlis dengan bacaan doa dan ucapan.
  9. Pelbagai hidangan enak yang disediakan termasuk sate, nasi berlauk dan bermacam-macam lagi.
  10. Acara dimeriahkan dengan cabutan nombor bertuah dan juga karaoke.
  11. Cukup meriah sekali malam itu, dengan pelbagai lapisan masyarakat turut hadir meraikan sambutan ini.
  12. Majlis tamat sekitar jam 10:30PM dan kami memberikan kata-kata akhir sebelum majlis ini berakhit.
  13. Alhamdulillah, tugas pada malam ini cukup lancar dan berjalan dengan cukup meriah sekali. Terima kasih kepada puan Hani dan kepada pihak pengurusan amnya kerana memberi peluang kepada kami untuk bersama-sama memeriahkan majlis ini

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

Menjayakan Majlis Ijab Qabul Muhammad Hariri & Ayang Atiqah Di Ampang

Majlis Pernikahan Muhammad Hariri Bin Zulkifli & Ayang Atiqah Binti Ahmad

Tarikh: 24/03/2017

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Tasik Tambahan, Ampang

Bandar : Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Untuk tugasan kali ini, kami telah ditugaskan untuk memberi perkhidmatan terbaik kami di waktu malam.
  2. Majlis untuk tugasan ini adalah majlis akad nikah pasangan Ayang Atikah dan Hariri yang diadakah di rumah pengantin perempuan.
  3. Kami tiba ke lokasi majlis sekitar jam 5:00PM dan bertemu dengan ahli keluarga pengantin.
  4. Majlis ini disambut secara sederhana dikalangan keluarga dan terdapat 2 buah kanopi didiri di luar kediaman rumah pengantin.
  5. Selepas mengenal pasti lokasi tugasan kami, kami terus melakukan pemasangan. Kami telah memasang wireless mircofon di dalam kediaman rumah pengantin untuk digunakan sewaktu upacara akad nikah.
  6. Setelah selesai melakukan pemasangan dan melakukan sessi pengujian mutu bunyi, kami terus menukar persalinan kami.
  7. Rombongan pengantin lelaki tiba ke lokasi majlis selepas Isya’ dan kami mengalu-alukan kehadiran mereka dengan beberapa rangkap pantun dan kata-kata aluan.
  8. Jurunikah telah tiba terlebih dahulu dan acara terus dimulakan dengan ucapan dan khutbah nikah dari tuan imam jurunikah.
  9. Kami memasang 2 buah speaker diluar rumah, dan khutbah turut didengari oleh tetamu yang duduk di bahagian kanopi.
  10. Dengan sekali lafaz, Atikah sah menjadi suri kepada Hariri pada malam tersebut. Alhamdulillah.
  11. Selepas acara akad nikah yang selesai dijayakan di dalam kediaman rumah pengantin, majlis menjamu selera diadakan.
  12. Kami telah memainkan pelbagai koleksi lagi-lagu terbaik kami sambil menjemput para tetamu untuk menikmati hidangan.
  13. Acara dimeriahkan dengan sessi karaoke yang disertai oleh keluarga dan teman-teman pengantin.
  14. Sessi karaoke ini berlangsung dengan cukup meriah sekali sambil diserikan dengan nyanyian dari pengantin baru sendiri.
  15. Majlis terus meriah sehingga tamat majlis dan kami cukup gembira melihat semua tetamu gembira dan ceria sepanjang malam tersebut.
  16. Sebelum majlis tamat, acara diteruskan dengan sessi memotong kek perkahwinan. Hariri dan Ayang Atikah turut serta menjayakan acara tersebut.
  17. Alhamdulillah, kepada Hariri dan Atikah, terima kasih kerana memberikan kepercayaan kepada kami dalam mengendalikan perjalanan majlis kalian. Diharap hubungan yang telah tebina ini akan terus berkekalan selamanya. Amin.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

Meraikan Pasangan Fairuz & Izzati Di Dewan Dato’ Ahmad Razali

Majlis Perkahwinan Mohamed Fairuz bin Hj. Mohamed Yusop & Nur Izzati Bin Haji Marlis

Tarikh: 07/05/2016

Majlis Sebelah Pengantin : Lelaki

Lokasi : Dewan Dato’ Ahmad Razali

Bandar : Ampang

Combo Pilihan : Combo B (PA System – Deejay)

Catatan:

  1. Hari ini kami bersiaran di Ampang bagi meraikan Mohammed Fairuz dan Izzati.
  2. Ini adalah kali kedua kami menjayakan majlis yang dianjurkan oleh keluarga tuan Haji Mohamed Yusof. Sebelum ini kami pernah menjayakan majlis kakanda kepada Fairuz iaitu Puan Azira di Keramat tahun lepas.
  3. Tempahan telah dilakukan oleh puan Azira sendiri melalui laman web kami.
  4. Beliau telah memilih pakej combo B kami sebagai penyeria majlis pada hari ini.
  5. Ketibaan kami telah disambut mesra oleh ahli keluarga pengantin yang telah berada di dewan ini. Kami tiba seawal jam 9:30AM.
  6. Dewan yang bersaiz besar, lengkap dengan penghawa dingin dan kemudahan asas yang baik ini cukup memberikan keselesaan kepada kami untuk menjalankan tugas.
  7. Setelah melakukan pemasangan peralatan kami telah melakukan sessi pengujian mutu suara kami.
  8. Kami memainkan beberapa buah lagu sebagai permulaan sambil-sambil kami melakukan persiapan akhir sebelum menjalankan tugas secara rasminya pada jam 11:00AM.
  9. Pihak katering, juga telah siap melakukan persiapan terakhir mereka dengan menghidangkan lauk pauk untuk dijamu oleh para jemputan.
  10. Pengantin tiba ke dewan dengan diarak oleh pasukan kompang sekitar jam 1:30PM. Pengantin terus diarak ke pentas pelamin untuk sessi persandingan.
  11. Kemudian bacaan doa telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Syafiq bagi memberkati majlis pada hari ini.
  12. Selepas bacaan doa selesai dibaca, majlis diteruskan dengan mempersilakan ahli keluarga pengantin untuk menjayakan sessi salam restu sebagai sessi taaruf bagi memperkenalkan ahli keluarga kepada pengantin.
  13. Selesai sessi bersalam restu, acara diteruskan dengan menjemput pasangan mempelai dan wakil-wakil keluarga untuk menjamu selera di meja makan beradab.
  14. Pada masa yang sama, kelihatan tetamu-tetamu yang hadir di majlis ini cukup memberangsangkan.
  15. Selepas sessi menjamu selera selesai, majlis diteruskan dengan menjemput pasangan mempelai untuk menjayakan sessi memotong kek perkahwinan.
  16. Lagu Jodoh Berdua dendangan Hafiz Hamidun menjadi lagu latar acara memotong kek perkahwinan ini.
  17. Selepas selesai sessi memotong kek, majlis diteruskan dengan sessi fotografi yang dijayakan bersama ahli keluarga pengantin.
  18. Rakan-rakan juga tidak ketinggalan untuk bersama-sama menjayakan sessi fotografi yang diadakan di pentas pelamin.
  19. Sejurus selepas sessi fotografi selesai dijalankan. Majlis diteruskan dengan menjemput pasangan pengantin baru Fairuz dan Adira untuk beramah mesra dengan tetamu.
  20. Tepat jam 4:00PM, tetamu yang hadir mula berangkat pulang dan kami telah memohon untuk menamatkan tugasan kami pada hari ini.
  21. Alhamdulillah segalanya telah berjalan dengan cukup lancar dan berjaya. Tahniah kami ucapkan kepada Fairuz dan Adira di atas kejayaan majlis pada hari ini. Semoga kalian terus berbahagia sehingga selamanya.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

thumb_IMG_3305_1024 thumb_IMG_3309_1024 thumb_IMG_3308_1024 thumb_IMG_3307_1024 thumb_IMG_3306_1024 thumb_IMG_3310_1024 thumb_IMG_3317_1024 thumb_IMG_3316_1024 thumb_IMG_3315_1024 thumb_IMG_3314_1024 thumb_IMG_3311_1024

Meraikan Khairul Anuar & Norezaty Di Dataran Sungai Sering

Majlis Perkahwinan Khairul Anuar Bin Haji Kosrin & Norezaty Syuhada Binti Haji Jamil

Tarikh: 20/03/2016

Majlis Sebelah Pengantin : Lelaki

Lokasi :  Dataran Sg Sering

Bandar : Ampang, Selangor

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Kali ini kami bersiaran di Dataran Sungai Sering bagi memenuhi tempahan yang telah dilakukan oleh Puan Noridayu iaitu kakak kepada Khairul Anuar, pengantin lelaki.
  2. Kami tiba ke lokasi majlis sekitar jam 9:30AM dan telah bertemu ahli keluarga pengantin lelaki untuk berbincang berkenaan dengan pemasangan dan lokasi tugasan kami.
  3. Setelah pemasangan siap dilakukan, kami terus melakukan sessi pengujian mutu suara yang dihasilkan.
  4. Melalui pemerhatian kami, sebanyak 7 buah kanopi didirikan dan terdapat pelamin yang ditempatkan di dalam kediaman rumah keluarga pengantin lelaki.
  5. Kakak ipar kepada Khairul Anuar iaitu Puan Linda telah bertemu dengan kami dan beliau akan memainkan peranan sebagai perantara dan pengacara majlis.
  6. Khairul Anuar dan Ezaty telah berada di lokasi majlis dan mereka menantikan kehadiran rombongan pengantin perempuan yang akan tiba pada jam 12:45PM.
  7. Ketibaan rombongan pengantin perempuan telah disambut oleh letupan mercun dan paluan kompang.
  8. Rombongan pengantin perempuan telah disambut juga dengan ucapan kata-kata aluan dan pantun-pantun indah.
  9. Pengantin telah dijemput masuk ke kediaman dan bagi memberkati majlis, kami telah mempersilakan yang berbahagian Tuan Haji Sulaiman untuk memimpin bacaan doa.
  10. Khairul Anuar dan Ezaty telah dijemput untuk bersanding dan sessi bersalaman serta sessi fotografi juga diadakan sejurus selepas itu.
  11. Majlis juga diserikan dengan kehadiran Dato’ Bandar Kuala Lumpur iaitu Dato Seri Hj Amin Nordin Abdul Aziz sekeluarga.
  12. Selepas bersanding, majlis diteruskan dengan sessi makan beradab dan kami telah menjemput wakil keluarga dari rombongan pengantin perempuan untuk bersama-sama memenuhkan meja-meja VIP dan meja makan beradab.
  13. Selepas menjamu selera, pengantin telah dijemput untuk menyempurnakan acara memotong kek perkahwinan.
  14. Selepas selesai sessi memotong kek perkahwinan, pengantin telah dijemput untuk beramah mesra dengan tetamu, rakan-rakan dan saudara mara yang hadir ke majlis mereka.
  15. Kami juga telah menjemput tetamu untuk memeriahkan majlis dengan sessi karaoke.
  16. Sambutan yang kami terima untuk sessi karaoke ini sangat memberangsangkan dan semuanya berbakat.
  17. Setelah jam menunjukkan pukul 4:00PM, kami telah memohon untuk melabuhkan tirai tugasan kami.
  18. Alhamdulillah, majlis ini kelihatan lancar dengan cuaca yang sangat baik dan tetamu yang hadir cukup memberangsangkan.
  19. Syabas dan tahniah kami ucapkan kepada Khairul Anuar dan Ezaty di atas perkahwinan anda dan kejayaan majlis ini
  20. Kami doakan agar Khairul Anuar dan Ezaty akan terus bahagia di samping keluarga baru dan dapat menempuhi alam berumah tangga dengan penuh sabar.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

thumb_IMG_3035_1024 thumb_IMG_3025_1024 thumb_IMG_3024_1024 thumb_IMG_3023_1024 thumb_IMG_3020_1024 thumb_IMG_3014_1024 thumb_IMG_3013_1024 thumb_IMG_3012_1024 thumb_IMG_3011_1024

Majlis Resepsi Aqidah Menyambut Rombongan Nazir

photo17157570170038690

Majlis Perkahwinan Noor Aqidah Binti Zainal Abidin dan Mohammad Nazir Bin Abdul Latif

Tarikh: 08/08/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Dewan MPAJ, Taman Cempaka,

Bandar :  Ampang, Selangor

Combo Pilihan : Combo A (Deejay + PA System + Karaoke)

Catatan:

  1. Kami kembali semula ke dewan ini setelah beberapa kali pernah bertugas di Dewan MPAJ Taman Cempaka sebelum ini.
  2. Dewan yang sangat selesa dan dapat memuatkan kira-kira 800 tetamu dalam satu masa.
  3. Kami tiba ke dewan ini sekitar jam 9:30AM dan terus melakukan pemasangan sejurus selepas itu.
  4. Selepas pemasangan dilakukan, kami bertemu dengan abang Aqidah iaitu Encik Suhaimi dan berbincang berkenaan perjalanan majlis.
  5. Setelah pemasangan dilakukan, kami terus memulakan tugasan dengan memberi ucapan alu-aluan dan mengucapkan selamat datang kepada ahli keluarga yang telah hadir ke majlis ini.
  6. Pihak katering dari Sri Payung Katering telah tiba dan melakukan kerja-kerja menghidangkan juadah yang bakal dijamu oleh tetamu jemputan.
  7. Pasangan mempelai dan rombongan pengantin lelaki dijadualkan tiba pada jam 12:50AM. Dengan busana berwarna putih dan suit berwarna kelabu, Aqidah dan Nazir berarak bersama keluarga rombongan pengantin lelaki berjalan memasuki dewan.
  8. Mereka diarak diiringi dengan paluan kompang dari sistem audio kami dan terus menuju ke gerbang pelamin dengan lagu dari Sabhi Saddi, Cinta Sesungguhnya.
  9. Apabila mereka duduk di pentas pelamin, kami telah menjemput Al-Fadhil Ustaz Haji Abdullah Bin Ali untuk memimpin bacaan doa.
  10. Selepas doa dibaca, kami telah menjemput ahli keluarga pengantin lelaki yang dipimpin oleh ayahanda dan bonda Nazir, adik beradik dan ahli keluarga untuk bersama-sama menjayakan sessi salam restu.
  11. Selepas selesai sessi salam restu, kami telah menjemput pasangan mempelai untuk turun dari pentas pelamin bagi menjayakan sessi makan beradab.
  12. Juadah enak yang disajikan oleh Sri Payung, mula dijamu oleh pengantin dan ahli keluarga mereka.
  13. Selepas sessi makan beradab, kami telah menjemput Aqidah dan Nazir menjayakan sessi memotong kek dengan memainkan lagu dari Anuar Zain iaitu lagu Sedetik Lebih.
  14. Kemudian, mereka berdua dijemput pula untuk menjayakan sessi bergambar yang dijayakan di pentas pelamin.
  15. Kami telah menjemput ahli keluarga pengantin lelaki yang diketuai oleh Tuan Abdul Latif dan Puan Sabariah untuk menjayakan sessi fotografi ini dan seterusnya mempersilakan kawan-kawan Aqidah dan Nazir untuk bersama di pentas pelamin.
  16. Setelah selesai sessi fotografi bersama ahli keluarga pengantin lelaki, kami menjemput ahli keluarga pengantin perempuan pula untuk bersama menjayakan sessi fotografi seterusnya. Kami telah menjemput seluruh ahli keluarga Yang Berbahagia Tuan Zainal Abidin dan Puan Jamilah untuk menjayakan sessi ini.
  17. Selepas selesai sessi fotografi, pasangan mempelai turun dari pelamin dan menjayakan sessi beramah mesra bersama tetamu yang sedang menjamu selera.
  18. Majlis terus meriah sehingga ke petang dan kami menamatkan tugasan kami pada jam 4:00PM dan telah bertemu dengan ahli keluarga pengantin untuk memohon diri.
  19. Kami juga sempat berbual dengan Aqidah dan Nazir dan mengucapkan tahniah kepada mereka di atas kejayaan penganjuran majlis resepsi  yang meriah ini.
  20. Doa kami untuk anda, semoga hubungan yang terbina ini akan terus berkekalan selamanya. Syabas dan tahniah.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

photo17157570170038681 photo17157570170038682 photo17157570170038684 photo17157570170038685 photo17157570170038686 photo17157570170038688 photo17157570170038689 photo17157570170038690 photo17157570170038691