Tag Archives: pa system murah di putrajaya

Memeriahkan Majlis Resepsi Han Dan Lisa Di Putrajaya

Majlis Perkahwinan Muhammad Iqbal Farhan Bin Md Yusoff & Norazhalisa Binti Abdul Halim

Tarikh: 05/08/2017

Majlis Sebelah Pengantin : Lelaki

Lokasi : Kolej Murni, Institut Baitulmal

Bandar : Putrajaya

Combo Pilihan : Combo C (PA System – Deejay – Karaoke – Projector)

Catatan:

  1. Ini adalah majlis pertama kami di bulan Ogos dan ini adalah kali pertama kami bertugas di lokasi ini iaitu di sebuah kolej bernama Kolej Murni Institut Baitulmal.
  2. Kami telah menerima tempahan dari ibu pengantin sendiri iaitu Puan Aliza dan beliau telah memilih Combo C sebagai pemecah kesunyian majlis beliau.
  3. Kami tiba ke lokasi sekitar jam 9:15AM dan telah melakukan pemerhatian dan merancang persiapan pihak kami.
  4. Sewaktu tiba ke dewan, kelihatan pihak katering dan keluarga pengantin telah tiba. Kami dengan segera melakukan pemasangan sejurus selepas mendapat pengesahan dari keluarga pengantin.
  5. Terdapat pelamin dan meja makan beradab berada di dalam dewan, dan ianya dihias dengan cukup indah sekali dengan konsep berwarna putih dan biru.
  6. Kemudian, kami segera melakukan pemasangan dan melakukan sessi pengujian mutu bunyi yang dihasilkan dari sistem audio kami.
  7. Selepas pamasangan siap dilakukan, kami terus menukar persalinan kami dan acara dimulakan dengan memperkenalkan diri kami dan kami memainkan lagu-lagu yang bersesuaian. Atas perminataan keluarga, kami memainkan lagu-lagu moden dan sedikit elemen jazz bagi memulakan acara diselitkan juga lagu perkahwinan.
  8. Kami dimaklumkan bahawa pasangan mempelai akan tiba sekitar jam 12:45PM. Pada waktu ini kelihatan tetamu telah mula memenuhi ruangan di dalam dewan.
  9. Apabila pengantin tiba, kami telah mengalu-alukan ketibaan mereka dengan paluan kompang dan kemudian iainya diselangi dengan persembahan instrumental keyboard dari adik pengantin sendiri.
  10. Pasangan Han dan Lisa duduk seketika di pentas pelamin bagi memberikan laluan untuk bacaan doa.
  11. Kemudian, pasangan mempelai terus menuju ke meja makan beradab
  12. Majlis diteruskan dengan menjemput pasangan mempelai menjamu selera di meja makan beradab untuk menjayakan sessi santapan bersama dengan keluarga.
  13. Selepas menjamu selera, pasangan mempelai berkenan untuk menjayakan sessi memotong kek perkahwinan mereka.
  14. Sejurus selepas itu, Han dan Lisa dijemput untuk bersanding di pentas pelamin dan acara bersalam restu dan bersessi fotografi diadakan.
  15. Majlis juga dimeriahkan dengan sessi karaoke yang mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan.
  16. Cuaca juga sangat baik sepanjang hari ini dan kami memainkan lagu-lagu yang ceria diselangi lagu-lagu lama bagi memenuhi permintaan tetamu.
  17. Ternyata ahli keluarga pangantin dan pasangan mempelai cukup ceria sekali melihat tetamu yang hadir dikalangan ahli keluarga dan rakan-rakan.
  18. Sessi beramah mesra dilangsungkan dengan santai, sambil itu sessi fotografi bersama rakan-rakan juga dijalankan bersama.
  19. Acara berterusan dengan pelbagai aktiviti dan kecerian sambil kelihatan pasangan mempelai bersama-sama dengan rakan dan taulan.
  20. Apabila jam menunjukkan tepat 4:00PM, dan kami telah menamatkan tugasan kami sejurus selepas itu dengan memberikan ucapan penutup tugasan kami.
  21. Alhamdulillah, majlis ini berlangsung dengan cukup meriah dan lancar.
  22. Kami ucapan syabas dan tahniah kepada seluruh ahli keluarga yang turut sama membantu menjayakan majlis ini dan syabas diucapkan kepada Han dan Lisa di atas kejayaan majlis ini.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

 

Menuju Ke Putrajaya Meraikan Zulfadly Dan Farhana

Majlis Perkahwinan Mohd Zulfadly Bin Mohd Zamri & Fatimah Farhana Binti Muhammad

Tarikh: 17/12/2016

Majlis Sebelah Pengantin : Bersama

Lokasi : Dewan KPDNKK

Bandar : Putrajaya

Combo Pilihan : Combo B (PA System – Deejay)

Catatan:

  1. Hari ini kami cukup bersemangat menuju ke Putrajaya bagi menjayakan tugasan seterusnya di Dewan Serbaguna KPDNKK.
  2. Pengantin pada hari ini adalah Zulfadly dan Fatimah Farhana yang menjayakan majlis ini secara bersama.
  3. Setibanya kami di sini, kami terus memastikan lokasi untuk kami mendirikan stesyen tugasan kami.
  4. Kira-kira jam 9:30AM, kami terus melakukan persiapan dengan memasang peralatan kami di sudut hadapan dewan.
  5. Hiasan dewan sangat indah dan cantik sekali. Pasukan katering juga telah hadir melakukan persiapan mereka.
  6. Pelamin dan pentas utama dewan dihias dengan cukup indah bagi meraikan pasangan pengantin.
  7. Kami memulakan tugasan kami secara rasmi tepat jam 11:00AM dengan memainkan lagu-lagu yang bersesuaian dengan majlis pada hari ini.
  8. Kami dimaklumkan pasangan pengantin akan tiba ke dewan sekitar jam 12:30PM. Mereka tiba dengan kereta pengantin dan diarak dengan paluan kompang dari Pasukan Kompang Sungai Ramal.
  9. Kehadiran pengantin disambut oleh ayahanda dan bonda kedua-dua pengantin di pintu gerbang dan kemudian pengantin meneruskan langkah menuju ke pentas pelamin.
  10. Kami memberikan ucapan selamat datang dan diselangi dengan beberapa pantun yang indah.
  11. Kemudian bacaan doa dimulakan bagi memberkati majlis pada hari ini.
  12. Selepas doa dibaca, acara diteruskan dengan persembahan sebuah lagu dari pasukan kompang.
  13. Selepas itu, istiadat salam restu dan merenjis dimulakan dengan menjemput wakil-wakil keluarga untuk ke pentas pelamin.
  14. Acara kemudian diteruskan dengan menjemput pasangan mempelai untuk menjamu selera dengan hidangan yang enak di meja makan beradab.
  15. Selepas menjamu selera, pasangan mempelai berkenan untuk menjayakan sessi memotong kek perkahwinan. Acara yang romantis ini diiringi dengan lagu Jodoh Berdua dari Hafiz Hamidun sebagai lagu latar.
  16. Selepas selesai sessi memotong kek perkahwinan, pasangan pengantin dijemput untuk menjayakan sessi fotografi yang dilangsungkan pelamin.
  17. Sessi fotografi dijayakan dengan menjemput ahli keluarga, rakan-rakan dan tetamu.
  18. Fadly dan Fatimah Farhana kelihatan cukup gembira melihat teman-teman dan saudara mara yang hadir meraikan majlis mereka.
  19. Tepat jam 4:00PM, kami telah memohon diri untuk mengakhiri tugasan kami. Pada ketika ini, tetamu juga telah mula meninggalkan majlis selepas bergembira bersama meraikan pengantin
  20. Alhamdulillah, majlis cukup lancar sekali dan kami cukup gembira melihat pasangan mempelai dan keluarga cukup ceria meraikan majlis pada hari ini. Tahniah dan terima kasih Fadly dan Farhana sekeluarga kerana telah memilih kami sebagai penyedia perkhidmatan PA system anda.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

 

Memeriahkan Majlis Makan Malam & Hari Keluarga Jabatan Audit KPDNKK Putrajaya

thumb_IMG_1799_1024

Majlis Korporat Jabatan Audit KPDNKK

Tarikh: 14/11/2015

Lokasi : Dewan Serbaguna, Aras G, Lot 2G4, Precint 2

Bandar : Putrajaya

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Setelah bertugas menjayakan majlis Azira dan Syam di Dato Keramat, kami terpaksa bergegas ke Putrajaya.
  2. Disebelah petang, kami telah diamanahkan untuk menjayakan majlis korporat anjuran Jabatan Audit KPDNKK di Putrajaya.
  3. Tempahan telah dilakukan oleh Puan Maria iaitu urusetia yang mengendalikan acara ini.
  4. Kami tiba ke dewan ini sekitar jam 5:30PM dan telah bertemu dengan Puan Maria sendiri untuk berbincang berkenaan tugasan kami pada majlis ini.
  5. Kami telah disambut mersa oleh beliau dan setelah penerangan dilakukan, kami terus melakukan pemasangan dan memulakan tugasan kami.
  6. Dapat dilihat rakan-rakan puan Maria sedang melakukan persiapan terakhir untuk menghias dewan. Juadah makanan dan minuman juga sedang disajikan.
  7. Acara ini akan dimulakan secara rasminya pada jam 8:00PM dan ianya akan dimeriahkan dengan aktiviti sukaneka oleh warga kerja jabatan audit ini dan keluarga mereka.
  8. Tepat jam 8:10AM, majlis telah dimulakan dengan bacaan doa dan kemudian disusuli dengan ucapan dari Penolong Timbalan Pengarah Audit mewakili Mr Chiew Koh Chon.
  9. Selepas ucapan tersebut, majlis diteruskan dengan ucap tama dari jemputan VVIP itu Pn. Hajjah Saadatul Nafisah Bt Bashir Ahmad, Pengarah Audit Persekutuan II.
  10. Majlis diteruskan dengan acara menjamu selera yang dihidangkan secara buffet. Sementara tetamu mengambil juadah, majlis juga diserikan dengan beberapa persembahan karaoke.
  11. Kemudian majlis digamatkan dengan pelbagai aktiviti sukaneka yang disertai oleh semua tetamu.
  12. Sukaneka ini tidak ketinggalan turut disertai oleh keluarga, anak-anak dan VVIP yang hadir pada malam ini.
  13. Selain dari sukaneka, malam ini juga diselitan dengan kuiz meneka bilangan kacang di dalam balang dan juga cabutan nombor bertuah.
  14. Pelbagai hadiah menarik dan hamper yang ditawarkan kepada pemenang pada malam ini.
  15. Acara meriah ini berlangsung sehingga 11:00PM dan majlis ini sangat berjaya dengan penglibatan seluruh tetamu yang hadir.
  16. Kami cukup bertuah kerana telah diberikan peluang untuk bersama menjayakan majlis ini. Diharap dengan perkhidmatan yang telah kami berikan para hadirin gembira dan terhibur.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

thumb_IMG_1790_1024 thumb_IMG_1791_1024 thumb_IMG_1792_1024 thumb_IMG_1793_1024 thumb_IMG_1795_1024 thumb_IMG_1798_1024 thumb_IMG_1799_1024 thumb_IMG_1800_1024 thumb_IMG_1801_1024 thumb_IMG_1802_1024 thumb_IMG_1803_1024

Meraikan Natasha & Fazlan Di Presint 9, Putrajaya

Majlis Perkahwinan Natasha & Fazlan

Tarikh: 03/05/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Pusat Kejiranan Presint 9

Bandar : Putrajaya

Combo Pilihan : Combo A (Deejay + PA System + Karaoke)

Catatan:

  1. Tempahan untuk majlis ini telah dilakukan oleh salah seorang ahli keluarga pengantin yang hadir di majlis Maz dan Ahmad di Bagan Lalang pada bulan Mac yang lalu.
  2. Kami telah beberapa kali menjalankan tugas dilokasi ini. Dewan yang cukup selesa lengkap dengan kemudahan asas seperti surau dan tandas.
  3. Kami tiba seawal jam 9:30AM dan terus melakukan pemasangan dan bertemu dengan ahli keluarga pengantin yang juga penyedia kelengkapan perkahwinan di majlis tersebut.
  4. Pemasangan siap dilakukan sekitar jam 10:30AM dan kami telah bertemu Natasha dan Fazlan untuk berbincang mengenai perjalanan majlis dan mereka turut membekalkan lagu dari thumbdrive mereka untuk kami putarkan.
  5. Pengantin dijadualkan tiba sekitar jam 1:00PM tetapi sedikit kelewatan telah berlaku dan mereka memilih untuk berarak masuk ke dewan selepas azan Zuhur berkumandang.
  6. Kami memainkan paluan kompang dari sistem audio kami sebagai menandakan pengantin telah bersedia untuk berarak masuk dan memainkan lagu pilihan pengantin iaitu My Baby You dari Marc Anthony.
  7. Kami menyampaikan pantun pembukaan dan menjemput pasangan mempelai Natasha dan Fazlan bersama rombongan pengantin lelaki untuk berarak masuk ke ruang utama dewan.
  8. Sebelum mereka naik ke pentas pelamin, persembahan silat dilakukan di hadapan raja dan ratu sehari dengan muzik silat yang kami mainkan dari sistem kami.
  9. Kemudian pasangan mempelai dijemput untuk duduk bersemayam di pelaminan dan kami menjemput Al-Fadhil Saudara Zamarul untuk memimpin bacaan doa.
  10. Selepas selesai bacaan doa, kami memulakan istiadat bersalam restu dan merenjis dengan menjemput ahli keluarga pengantin lelaki dan kemudian kami menjemput pula ahli keluarga dari pihak pengantin perempuan.
  11. Selepas selesai acara salam restu, majlis diteruskan dengan menjemput pengantin dan wakil keluarga pengantin lelaki untuk duduk di meja makan berada bagi menyempurnakan sessi santapan di-raja.
  12. Ketika mempelai sedang menjamu selera, majlis diserikan dengan persembahan video nikah yang dibawakan oleh Flensa Production untuk tontonan tetamu melalui projector yang disediakan sendiri oleh bapa Natasha.
  13. Acara memotong kek dilakukan di pentas pelamin dan lagu Dealova menjadi pilihan Natasha dan Fazlan.
  14. Kemudian pasangan pengantin berkenan menjayakan sessi fotografi bersama keluarga dan juga rakan-rakan mereka.
  15. Majlis diteruskan dengan acara beramah mesra di mana Natasha dan Fazlan turun dari pentas pelamin dan menemui setiap tetamu yang hadir meraikan majlis mereka.
  16. Pada masa yang sama, kami telah menjemput tetamu untuk menyertai kami di dalam segmen karaoke santai.
  17. Sambutan yang hangat diterima oleh pihak kami dan melalui pemerhatian kami mereka yang menyertai sessi ini sungguh berbakat sekali.
  18. Tahniah dan syabas kami ucapkan kepada seluruh ahli keluarga yang pertungkus lumus memastikan majlis pada hari ini berjalan dengan jaya sekali.
  19. Kami doakan Natasha dan Fazlan akan terus bahagia buat selamanya dan cekal dalam menempuhi alam rumah tangga.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

photo17157570170038459 photo17157570170038454 photo17157570170038452 photo17157570170038437 photo17157570170038434 photo17157570170038432 photo17157570170038430 photo17157570170038429 photo17157570170038428 photo17157570170038427 photo17157570170038426 photo17157570170038425 photo17157570170038423 photo17157570170038422 photo17157570170038421

Meraikan Ratu Dan Raja Sehari, Nur Ilyana dan Mohd Shukry Di Putrajaya

Majlis Perkahwinan Nur Ilyana & Mohd Shukry

Tarikh: 25/10/2014

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Dewan Sebaguna, KPDNKK,

Bandar : Precint 2, Putrajaya

Combo Pilihan : Combo B (PA System – Deejay )

Catatan:

  1. Hari ini kami kembali semula ke Putrajaya bagi memberikan perkhidmatan terbaik kami untuk majlis Nur Ilyana Razali dan Mohd Shukry.
  2. Dewan untuk majlis mereka sangat selesa, cantik hiasnya dan berkeluasan sederhana.
  3. Kami tiba seawal jam 9:30AM untuk melakukan tinjauan terhadap struktur dewan ini dan kelihatan segala hiasan dan persiapan dewan telah siap sedia menerima kehadiran tetamu.
  4. Pihak katering juga telah siap menghidangkan makanan seawal jam 10:00AM. Katering untuk majlis ini disediakan oleh Warisan Ibunda.
  5. Setelah kami siap melakukan pemasangan peralatan kami dan menukar pakaian, majlis dimeriahkan dengan persembahan dari kumpulan Qasidah Aulad Mubarak yang dibawakan khas dari Seksyen 32, Shah Alam.
  6. Beberapa persembahan telah dilakukan sehingga ketibaan pengantin dan mereka (Kumpulan Qasidah) menyambut ketibaan pengantin dan rombongan pengantin lelaki dengan bacaan selawat.
  7. Pengantin terus dibawa ke pelamin dan majlis dimulakan dengan bacaan doa yang disampaikan oleh Al-Fadhil En Asri Musa.
  8. Kemudian majlis diteruskan dengan upacara salam restu dan sessi taaruf. Untuk upacara ini hanya Ibubapa pengantin sahaja yang dijemput untuk menjayakan upacara ini.
  9. Kemudian, pengantin dijemput ke meja makan berdamai bagi istiadat makan beradab.
  10. Kumpulan qasidah Aulad Mubarak meneruskan persembahan mereka sekali lagi untuk pengisian upacara makan beradab ini.
  11. Selepas selesai acara makan beradab, majlis dikejutkan dengan surprise yang dilakukan oleh pasangan pengantin ke atas ibunda Mohd Shukry iaitu Puan Misleha yang menyambut hari lahir beliau yang ke-57. Kami sempat memainkan lagu ‘Allah Selamatkan Kamu’ bagi memeriahkan kejutan yang dirancang oleh Ilyana dan Shukry.
  12. Selepas itu, mereka dijemput ke meja kek perkahwinan mereka bagi menyempurnakan acara memotong kek perkahwinan.
  13. Majlis cukup meriah dengan kehadiran rakan-rakan dan sessi fotografi diadakan bersama-sama ahli keluarga dan rakan-rakan yang hadir.
  14. Majlis diakhiri dengan upacara beramah mersa dan bersalam-salaman dengan tetamu.
  15. Alhamdulillah, segalanya telah berjalan dengan jayanya. Kami dari The Junx Audio Visual akan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk pasangan ini. Semoga terus bahagia selama-lamanya. Amin.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

pa system kahwin dewan serbaguna kpdnkk putrajaya-2 pa system kahwin dewan serbaguna kpdnkk putrajaya-1 pa system kahwin dewan serbaguna kpdnkk putrajaya-3 pa system kahwin dewan serbaguna kpdnkk putrajaya-4 pa system kahwin dewan serbaguna kpdnkk putrajaya-6 pa system kahwin dewan serbaguna kpdnkk putrajaya-5 pa system kahwin dewan serbaguna kpdnkk putrajaya-7 pa system kahwin dewan serbaguna kpdnkk putrajaya-11 pa system kahwin dewan serbaguna kpdnkk putrajaya-9 pa system kahwin dewan serbaguna kpdnkk putrajaya-10 pa system kahwin dewan serbaguna kpdnkk putrajaya-12 pa system kahwin dewan serbaguna kpdnkk putrajaya-8