Tag Archives: pa system murah di shah alam

Kami Ke Shah Alam Meraikan Hilmi Faiz Dan Frieda

Majlis Perkahwinan Hilmi Faiz Bin Hamidi & Noor Frieda Shaffinaz Binti Rozalan

Tarikh: 24/12/2016

Majlis Sebelah Pengantin : Lelaki

Lokasi : Seksyen 10

Bandar : Shah Alam

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Setelah bertugas di Bangi semalam, hari ini kami berkunjung ke Shah Alam untuk memenuhi jemputan Hilmi Faiz.
  2. Beliau telah melakukan tempahan secara online dan telah memilih combo A untuk menyerikan majlis perkahwinan beliau.
  3. Kami tiba ke lokasi majlis sekitar jam 9:45AM dan telah bertemu dengan wakil keluarga untuk melakukan pemasangan.
  4. Majlis ini dilangsungkan di kediaman pengantin lelaki dan kelihatan beberapa buah kanopi didirikan di hadapan rumah.
  5. Kami telah ditempatkan di hadapan rumah jiran pengantin dan kami mendirikan stesyen kami di situ.
  6. Kami terus melakukan pemasangan dan melakukan sessi pengujian suara setelah pemasangan siap dilakukan.
  7. Kami memulakan tugasan kami secara rasmi tepat jam 11:00AM dengan memainkan lagu-lagu yang bersesuaian dengan majlis pada hari ini.
  8. Kami dimaklumkan pasangan pengantin akan tiba ke dewan sekitar jam 12:30PM. Mereka tiba dengan kereta pengantin dan diarak dengan paluan kompang dari sistem audio kami.
  9. Kehadiran pengantin dan rombongan pengantin perempuan disambut oleh ahli keluarga pengantin lelaki.
  10. Hilmi dan Frieda terus berjalan menuju ke dalam kediaman dan bersanding seketika di pelamin yang terdapat di dalam kediaman.
  11. Selepas itu, pasangan pengantin dijemput untuk menuju ke meja makan beradab yang didirikan di bahagian kanopi di luar.
  12. Apabila pasangan pengantin duduk kami telah menjemput wakil-wakil keluarga untuk turut sama memenuhkan meja makan beradab.
  13. Kemudian, majlis diberkati dengan upacara bacaan doa yang disampaikan oleh Al-Fadhil Tuan Ayub Zambri.
  14. Setelah bacaan doa disampaikan, majlis diteruskan dengan acara makan beradab.
  15. Kami mainkan beberapa buah lagu perkahwinan dan lagu-lagu romantis sepanjang sessi makan beradab.
  16. Kelihatan Hilmi dan Frieda cukup gembira melihat kehadiran tetamu yang terdiri dari rakan-rakan dan saudara-mara yang hadir meraikan mereka.
  17. Selesai menjamu selera, pasangan pengantin dipersilakan untuk menjayakan sessi memotong kek perkahwinan.
  18. Selepas itu pasangan mempelai berkenan untuk beramah mesra dengan tetamu dan pada masa yang sama mereka sempat mejayakan sessi fotografi.
  19. Pada sebelah petang, cuaca sedikit mendung dan hujan rahmat menuruni mendinginkan suasana pada petang ini.
  20. Tepat jam 4:00PM, kami telah memohon diri untuk mengakhiri tugasan kami. Pada ketika ini, tetamu juga telah mula meninggalkan majlis selepas bergembira bersama meraikan pengantin
  21. Alhamdulillah, tugasan yang telah diamanahkan berjaya digalas dengan jayanya. Kami sempat bertemu dengan Hilmi dan mendapatkan maklum balas dari beliau terhadap tugasan kami.
  22. Kami doakan pasangan mempelai Hilmi dan Frieda akan terus bahagia dan dikurniakan rahmat sepanjang hubungan mereka dan dikurniakan dengan cahaya mata yang soleh dan solehah. Amin.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

Menjayakan Majlis Menyambut Menantu Nain & Eira

Majlis Perkahwinan Muhammad Zulkarnain Bin Abd Kadir & Nur Syahirah Binti Rashdi 

Tarikh: 27/03/2016

Majlis Sebelah Pengantin : Lelaki

Lokasi : Masjid Al-Hidayah, Seksyen 18

Bandar : Shah Alam, Selangor

Combo Pilihan : Combo B (PA System – Deejay)

Catatan:

  1. Hari ini kami bersiaran di perkarangan Masjid Al-Hidayah Seksyen 18 Shah Alam sempena memenuhi tempahan dari Deena’s Catering & Wedding Planner.
  2. Tempahan pada hari ini adalah bagi menjayakan majlis perkahwinan Nain dan Eira.
  3. Kami tiba ke lokasi majlis dan telah bertemu dengan Nain sendiri bagi menentukan lokasi tugasan kami.
  4. Kami telah ditempatkan di sebelah meja makan beradab dan terus melakukan pemasangan setelah perbincangan dengan Nain selesai.
  5. Kelihatan majlis yang dianjurkan pada hari ini cukup besar. Sebanyak kira-kira 10 buah kanopi didirikan dengan warna tema merah dan kuning.
  6. Setelah pemasangan siap dilakukan, kami segera melakukan sessi pengujian mutu bunyi yang dihasilkan dari sistem kami.
  7. Kami juga sempat bertemu dengan ayahanda dan bonda kepada Nain iaitu YBhg Tuan Haji Abdul Kadir dan Puan Hajjah Intan Fatimah.
  8. Kami memainkan lagu-lagu yang berunsurkan kerohanian dan nasyeed bersesuaian dengan lokasi majlis ini diadakan.
  9. Kelihatan pasukan katering telahpun siap melakukan persiapan terakhir mereka. Selain dari menu utama, majlis juga dihidangkan dengan char kuey teow, putu mayam, kambing golek dan soft ice-cream.
  10. Pasangan pengantin dan rombongan pengantin perempuan dijadualkan tiba pada jam 12:30PM. Sejurus mereka tiba, kami terus menyambut mereka dengan paluan kompang dan kata-kata aluan dan ucapan selamat datang.
  11. Pasangan mempelai Nain dan Eira terus menuju ke meja makan beradab dan kami telah menjemput seluruh rombongan pengantin perempuan untuk memenuhkan ruangan dan meja yang dikhaskan untuk mereka.
  12. Sebelum sessi menjamu selera dimulakan, kami telah memberikan kata-kata aluan dan mempersilakan abang sulung Nain iaitu Tuan Mohd Firdaus Afdzal Bin Abd Kadir untuk memimpin bacaan doa.
  13. Selepas bacaan doa disampaikan, majlis diteruskan dengan sessi menjamu selera dan kami memainkan beberapa buah lagu perkahwinan.
  14. Tugasan kami dihentikan seketika untuk memberi laluan kepada azan fardu Zuhur yang berkumandang di masjid ini dan kami turut serta mendirikan solat secara berjemaah di dewan solat.
  15. Selepas tugasan kami bersambung semula, pasangan mempelai Nain dan Eira menjayakan sessi fotografi bersama rakan-rakan dan tetamu di sudut photo booth.
  16. Tetamu yang hadir di majlis ini cukup ramai dan menyebabkan majlis ini berlangsung cukup meriah.
  17. Selepas sessi fotografi dan sessi beramah mesra bersama rakan-rakan selesai dijalankan, majlis diteruskan dengan menjemput Nain dan Eira menjayakan sessi memotong kek perkahwinan.
  18. Kemudian majlis diteruskan dengan menjemput ahli keluarga pengantin bergambar bersama dengan pasangan pengantin baru di sudut photo booth.
  19. Majlis berlangsung meriah sehingga ke petang dan kelihatan wajah gembira terpancang di wajah Nain dan Eira sepanjang majlis sehingga ke penghujung majlis.
  20. Kami telah memberikan ucapan penutup sebelum menamatkan tugasan kami dan memohon mengundur diri dari pihak keluarga pengantin.
  21. Tahniah kami ucapkan kepada Nain dan Eira di atas kejayaan majlis ini dan kami doakan agar hubungan kalian akan sentiasa diberkati dan bahagian selamanya.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

thumb_IMG_3088_1024 thumb_IMG_3087_1024 thumb_IMG_3086_1024 thumb_IMG_3085_1024 thumb_IMG_3084_1024 thumb_IMG_3083_1024 thumb_IMG_3082_1024 thumb_IMG_3081_1024 thumb_IMG_3080_1024 thumb_IMG_3079_1024 thumb_IMG_3078_1024 thumb_IMG_3077_1024

Sekali Lagi Di Shah Alam Meraikan Ika Dan Riz

thumb_IMG_2264_1024

Majlis Perkahwinan Mohamed Rizal Bin Jaafar & Nor Atikah Binti Ismail Marjan

Tarikh: 20/12/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Bersama

Lokasi :  Dewan Warisan Warga Emas, Seksyen 24

Bandar : Shah Alam

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Setelah meraikan Azwan Dan Artina di Seksyen 18, hari ini kami bertugas pula di Seksyen 24 Shah Alam bagi meraikan Ika dan Riz.
  2. Combo A menjadi pilihan Ika dan Riz dan mereka telah menempah kami melalui borang tempahan online kami.
  3. Menurut rekod, ini adalah kali ketiga kami bertugas di dewan ini. Dewan yang cukup baik lengkap dengan penghawa dingin, kipas dan keperluan asas yang lain.
  4. Kami tiba ke dewan ini sekitar jam 9:40AM dan terus memasuki dewan bagi melihat dan meninjau layout dan susun atur di dalamnya.
  5. Rakan-rakan Riz yang akan membuat persembahan secara live band telah mula tiba untuk tujuan pemasangan peralatan.
  6. Kami juga terus membawa peralatan kami ke dalam dewan untuk pamasangan. Setelah pemasangan siap dilakukan kami terus melakukan pengujian suara dan bunyi.
  7. Kami dimaklumkan bahawa majlis akad nikah sedang dilangsungkan pada pagi ini dan pengantin akan tiba ke dewan bagi menjayakan upacara persandingan sekitar jam 1:30PM.
  8. Kami telah melakukan perbincangan dengan anggota kumpulan band untuk memastikan kami berada dalam keadaan selari dengan aturcara yang telah diberikan oleh pengantin.
  9. Band yang digelar Mawar And The Gentlemen memainkan beberapa buah lagu pada pagi tersebut dan kami juga telah mendapat isyarat bahawa makanan telah dihidangkan dan tersedia untuk dijamu.
  10. Pelbagai juadah yang disajikan termasuk aiskrim goyang dan juga kehadiran badut dan mascot mickey mouse cukup menggembirakan tetamu kecil di majlis ini.
  11. Bacaan doa selamat disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Abu Hassan Bin Ismail bagi memberkati majlis pada hari ini.
  12. Pengantin tiba tepat jam 1:30PM dan kami telah memainkan paluan kompang dari sistem audio kami dan diselangi dengan aluanan selawat.
  13. Riz dan Ika terus berjalan menuju ke pentas pelamin dan apabila mereka duduk di pelaminan, kami telah memberikan kata-kata aluan.
  14. Kami telah menjemput keluarga kedua-dua belah pihak untuk menjayakan sessi bersalam restu dan merenjis.
  15. Selesai sessi bersalam restu, majlis diteruskan dengan sessi makan beradab dan seterusnya pengantin berkenana untuk menjayakan sessi memotong kek.
  16. Semasa sessi memotong kek, kami telah memainkan lagu dari MLTR iaitu You Took My Heart Away di atas permintaan Riz.
  17. Selesai sessi memotong, majlis diteruskan dengan sessi fotografi yang turut dijayakan oleh rakan-rakan dan ahli keluarga.
  18. Majlis meriah sehingga ke petang dan kerancakan persembahan dari Mawar And The Gentlemen cukup memeriahkan majlis.
  19. Kehadiran tetamu yang memeransangkan juga membuatkan Ika dan Riz gembira.
  20. Setelah jam menunjukkan 4:00PM, kami telah memohon untuk mengundur diri dan memberikan ucapan penutup bagi mengakhiri tugasan kami.
  21. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan cukup meriah. Tahniah kami ucapakan kepada Riz dan Ika di atas kejayaan majlis ini. Semoga hubungan kalian akan bahagia selamanya dan dikurniakan kehidupan yang lebih baik dan penuh diberkati.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

thumb_IMG_2255_1024 thumb_IMG_2259_1024 thumb_IMG_2260_1024 thumb_IMG_2261_1024 thumb_IMG_2262_1024 thumb_IMG_2263_1024 thumb_IMG_2264_1024 thumb_IMG_2266_1024 thumb_IMG_2269_1024 thumb_IMG_2270_1024

 

Bertugas Di Dewan Teratai Shah Alam Sempena Majlis Azizul & Ayuni

emcee-dj-kahwin-pa-system-19-shah-alam-12

Majlis Perkahwinan Muhammad Azizul & Nurul Ayuni

Tarikh: 25/04/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Lelaki

Lokasi : Dewan Teratai MBSA, Seksyen 19

Bandar : Shah Alam, Selangor

Combo Pilihan : Combo B (Deejay + PA System)

Catatan:

  1. Ini adalah kali pertama kami bertugas di dewan ini. Dewan yang luas, dilengkapi dengan penghawa dingin, kipas, tandas dan surau.
  2. Pengantin lelaki iaitu Azizul telah melakukan tempahan melalui borang tempahan online kami. Sebelum ini, beliau telah bertemu kami di salah sebuah majlis sahabat beliau iaitu Nurul Izzah dan Wan Fadhlan.
  3. Kami tiba di dewan ini sekitar jam 9:30AM, dan terus bertemu dengan Azizul yang kebetulan berada di dewan untuk membantu abang iparnya memasang pelamin.
  4. Kami melakukan pemasangan peralatan kami dan kemudian kami sempat berbincang berkenaan dengan perjalanan majlis.
  5. Azizul menyerahkan kepada kami untuk membantu beliau untuk mengaturkan perjalanan majlis beliau.
  6. Setelah pemasangan siap dilakukan, kami telah memberikan kata-kata aluan dan ucapan selamat datang bagi mengalu-alukan kehadiran ahli keluarga Azizul.
  7. Katering pada majlis ini disediakan oleh Qis Catering & Canopy yang berpangkalan di Kg. Pandan Dalam Kuala Lumpur.
  8. Pasangan mempelai dan rombongan pengantin perempuan dari Semenyih tiba di dewan pada jam 1:30PM selepas azan Zuhur.
  9. Pasangan mempelai yang segak dengan busana berwarna putih diarak dengan paluan kompang dari Pasukan Kompang Nur Panji Alam.
  10. Pasangan mempelai dibawa masuk ke dewan dan kemudian duduk bersemayam di pentas pelamin.
  11. Kemudian bacaan doa dibaca bagi memberkati majlis pada hari ni dan kemudian acara diteruskan dengan upacara salam restu. Kami telah menjemput ahli keluarga pengantin perempuan untuk memulakan acara kemudian kami telah menjemput rakan-rakan dan kakitangan dari Maybank Bangsar Baru iaitu rakan-rakan kepada Azizul.
  12. Acara makan beradab dimulakan selepas selesai acara salam restu dan merenjis. Kemudian disusuli dengan sessi memotong kek yang dilangsungkan di atas pentas.
  13. Pasangan raja dan ratu sehari kemudiannya dijemput untuk duduk kembali di pelamin dan kami telah menjemput ahli keluarga dan rakan-rakan untuk menjayakan sessi fotografi.
  14. Kelihatan tetamu yang hadir meraikan pasangan mempelai pada hari ini cukup memberangsangkan.
  15. Majlis juga menyediakan photo booth dan backdrop untuk tetamu mengambil gambar dan majlis juga menyajikan condol untuk tetamu. Cendol dari Pak Akob sangat sedap dan enak sekali turut dijamu oleh tetamu.
  16. Majlis diserikan lagi dengan majlis ulangtahun kelahiran kakak pengantin iaitu Puan Zura. Kami telah memainkan lagu Allah Selamatkan Kamu dan Happy Birthday To You dan dinyanyikan beramai-ramai oleh ahli keluarga pengantin.
  17. Alhamdulillah, segala tanggungjawab yang diamanahkan telah berjaya dipikul oleh kami sehingga ke petang. Sebelum kami pulang ibu pengantin iaitu Puan Zainon telah memberikan ole-ole kepada kami untuk di bawa pulang.
  18. Kami mengucapkan syabas dan terima kasih di atas peluang yang diberikan kepada kami untuk menjayakan dan berkongsi kemeriahan majlis ini bersama kami.
  19. Jelas terpancar wajah kegembiraan pada Azizul dan Ayuni sepanjang majlis ini. Tahniah dan semoga kalian dapat mengharungi alam rumah tangga dengan jayanya dan terus bahagia sehingga kehujung nyawa.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

emcee-dj-kahwin-pa-system-19-shah-alam-1 emcee-dj-kahwin-pa-system-19-shah-alam-2 emcee-dj-kahwin-pa-system-19-shah-alam-3 emcee-dj-kahwin-pa-system-19-shah-alam-4 emcee-dj-kahwin-pa-system-19-shah-alam-5 emcee-dj-kahwin-pa-system-19-shah-alam-6 emcee-dj-kahwin-pa-system-19-shah-alam-7 emcee-dj-kahwin-pa-system-19-shah-alam-8 emcee-dj-kahwin-pa-system-19-shah-alam-9 emcee-dj-kahwin-pa-system-19-shah-alam-10 emcee-dj-kahwin-pa-system-19-shah-alam-11 emcee-dj-kahwin-pa-system-19-shah-alam-12 emcee-dj-kahwin-pa-system-19-shah-alam-13 emcee-dj-kahwin-pa-system-19-shah-alam-14 emcee-dj-kahwin-pa-system-19-shah-alam-15 emcee-dj-kahwin-pa-system-19-shah-alam-16