Tag Archives: perkhidmatan deejay kahwin di gombak

Meraikan Rizwan Dan Bell Di Dewan Beringin Taman Sri Gombak

Majlis Perkahwinan Mohamad Rizwan Bin Mohamed Rahman & Nur Nabeela Binti Abdul Rahim

Tarikh: 21/01/2018

Majlis Sebelah Pengantin : Lelaki

Lokasi : Dewan Beringin, Taman Sri Gombak

Bandar : Batu Caves

Combo Pilihan : Combo B (PA System – Deejay)

Catatan:

  1. Setelah bertugas di Majlis Makan Malam Hartaguam malam tadi, pagi ini dengan penuh semangat menuju ke Gombak bagi memberikan khidmat terbaik kami untuk majlis Rizwan dan Bell.
  2. Perkhidmatan kami telah ditempah oleh pengantin lelaki iaitu Rizwan melalui borang tempahan online kami.
  3. Rizwan telah memilih pakej Combo B kami bagi menceriakan lagi suasana majlis resepsi ini.
  4. Kami tiba ke lokasi sekitar jam 9:30AM dan telah melakukan pemerhatian dan merancang persiapan pemasangan peralatan kami.
  5. Kami segera melakukan pemasangan dan melakukan sessi pengujian mutu bunyi yang dihasilkan dari sistem audio kami.
  6. Selepas pamasangan siap dilakukan, kami terus menukar persalinan dan acara dimulakan dengan memperkenalkan diri kami dan kami memainkan lagu-lagu yang diberikan oleh pihak pengantin sendiri.
  7. Pihak ketaring pada hari ini iaitu Mahsuri Katering menyediakan sajian untuk dijamu oleh tetamu.
  8. Kami dimaklumkan bahawa pasangan mempelai akan tiba sekitar jam 1:00PM. Pada waktu ini kelihatan tetamu telah mula memenuhi ruangan di dalam dewan.
  9. Apabila pengantin tiba, kami telah mengalu-alukan ketibaan mereka dan pengantin berarak dengan alunan gamelan dari sistem audio kami.
  10. Pengantin terus berjalan menuju ke pentas pelamin dan bersanding, seterusnya pihak kami telah memulakan majlis dengan kata-kata pembukaan dan alu-aluan.
  11. Kemudian bacaan doa telah disampaikan oleh al-Fadhil tuan Imam Masjid Hidayah bagi memberkati majlis pada hari ini.
  12. Selepas itu, kami telah menjemput ahli keluarga untuk menjayakan sessi salam restu di pentas pelamin.
  13. Pengantin kemudiannya telah dijemput untuk menjayakan sessi makan beradab bersama dengan ahli keluarga.
  14. Selepas sessi makan beradat selesai, pengantin bersetuju untuk menjayakan acara seterusnya.
  15. Sejurus selepas itu, Rizwan dan Bell berkenan untuk menjayakan sessi memotong pulut kuning di pentas utama dewan.
  16. Selepas itu, acara diteruskan dengan sessi fotografi yang dijayakan oleh keluarga dan rakan-rakan.
  17. Acara berterusan dengan pelbagai aktiviti dan keceriaan sambil kelihatan pasangan mempelai bersama-sama dengan rakan dan taulan.
  18. Apabila jam menunjukkan tepat 4:00PM, dan kami telah menamatkan tugasan kami sejurus selepas itu dengan memberikan ucapan penutup tugasan kami.
  19. Alhamdulillah, majlis ini berlangsung dengan cukup meriah dan lancar.
  20. Kami ucapkan syabas kepada seluruh ahli keluarga yang turut sama membantu menjayakan majlis ini dan tahniah diucapkan kepada Rizwan dan Bell di atas kejayaan majlis ini.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: