Tag Archives: the junx audio visual

Memeriahkan Majlis Resepsi Han Dan Lisa Di Putrajaya

Majlis Perkahwinan Muhammad Iqbal Farhan Bin Md Yusoff & Norazhalisa Binti Abdul Halim

Tarikh: 05/08/2017

Majlis Sebelah Pengantin : Lelaki

Lokasi : Kolej Murni, Institut Baitulmal

Bandar : Putrajaya

Combo Pilihan : Combo C (PA System – Deejay – Karaoke – Projector)

Catatan:

  1. Ini adalah majlis pertama kami di bulan Ogos dan ini adalah kali pertama kami bertugas di lokasi ini iaitu di sebuah kolej bernama Kolej Murni Institut Baitulmal.
  2. Kami telah menerima tempahan dari ibu pengantin sendiri iaitu Puan Aliza dan beliau telah memilih Combo C sebagai pemecah kesunyian majlis beliau.
  3. Kami tiba ke lokasi sekitar jam 9:15AM dan telah melakukan pemerhatian dan merancang persiapan pihak kami.
  4. Sewaktu tiba ke dewan, kelihatan pihak katering dan keluarga pengantin telah tiba. Kami dengan segera melakukan pemasangan sejurus selepas mendapat pengesahan dari keluarga pengantin.
  5. Terdapat pelamin dan meja makan beradab berada di dalam dewan, dan ianya dihias dengan cukup indah sekali dengan konsep berwarna putih dan biru.
  6. Kemudian, kami segera melakukan pemasangan dan melakukan sessi pengujian mutu bunyi yang dihasilkan dari sistem audio kami.
  7. Selepas pamasangan siap dilakukan, kami terus menukar persalinan kami dan acara dimulakan dengan memperkenalkan diri kami dan kami memainkan lagu-lagu yang bersesuaian. Atas perminataan keluarga, kami memainkan lagu-lagu moden dan sedikit elemen jazz bagi memulakan acara diselitkan juga lagu perkahwinan.
  8. Kami dimaklumkan bahawa pasangan mempelai akan tiba sekitar jam 12:45PM. Pada waktu ini kelihatan tetamu telah mula memenuhi ruangan di dalam dewan.
  9. Apabila pengantin tiba, kami telah mengalu-alukan ketibaan mereka dengan paluan kompang dan kemudian iainya diselangi dengan persembahan instrumental keyboard dari adik pengantin sendiri.
  10. Pasangan Han dan Lisa duduk seketika di pentas pelamin bagi memberikan laluan untuk bacaan doa.
  11. Kemudian, pasangan mempelai terus menuju ke meja makan beradab
  12. Majlis diteruskan dengan menjemput pasangan mempelai menjamu selera di meja makan beradab untuk menjayakan sessi santapan bersama dengan keluarga.
  13. Selepas menjamu selera, pasangan mempelai berkenan untuk menjayakan sessi memotong kek perkahwinan mereka.
  14. Sejurus selepas itu, Han dan Lisa dijemput untuk bersanding di pentas pelamin dan acara bersalam restu dan bersessi fotografi diadakan.
  15. Majlis juga dimeriahkan dengan sessi karaoke yang mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan.
  16. Cuaca juga sangat baik sepanjang hari ini dan kami memainkan lagu-lagu yang ceria diselangi lagu-lagu lama bagi memenuhi permintaan tetamu.
  17. Ternyata ahli keluarga pangantin dan pasangan mempelai cukup ceria sekali melihat tetamu yang hadir dikalangan ahli keluarga dan rakan-rakan.
  18. Sessi beramah mesra dilangsungkan dengan santai, sambil itu sessi fotografi bersama rakan-rakan juga dijalankan bersama.
  19. Acara berterusan dengan pelbagai aktiviti dan kecerian sambil kelihatan pasangan mempelai bersama-sama dengan rakan dan taulan.
  20. Apabila jam menunjukkan tepat 4:00PM, dan kami telah menamatkan tugasan kami sejurus selepas itu dengan memberikan ucapan penutup tugasan kami.
  21. Alhamdulillah, majlis ini berlangsung dengan cukup meriah dan lancar.
  22. Kami ucapan syabas dan tahniah kepada seluruh ahli keluarga yang turut sama membantu menjayakan majlis ini dan syabas diucapkan kepada Han dan Lisa di atas kejayaan majlis ini.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

 

Menjayakan Majlis Sambutan Aidilfitri Perbadanan Pengurusan Sri Ampang Mas

Majlis Korporat Perbadanan Pengurusan Sri Ampang Mas

Tarikh: 22/07/2017

Lokasi : Kondominium Sri Ampang

Bandar : Ampang

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Kali ini kami bersiaran di Ampang bagi memenuhi jemputan Perbadanan Pengurusan Sri Ampang Mas untuk memeriahkan majlis jamuan Aidilfitri.
  2. Tempahan telah dilakukan sendiri oleh wakil pengurusan perbadanan iaitu Puan Hani dan beliau telah memilih Combo A berserta sistem karaoke.
  3. Kami tiba ke lokasi sekitar jam 4:00PM dan telah melakukan pemerhatian dan merancang persiapan pihak kami. Majlis hari ini akan dilangsungkan di sebalah malam.
  4. Sewaktu tiba, kelihatan kakitangan dari pihak perbadanan juga sedang bersiap menyediakan juadah dan hiasan ruangan majlis.
  5. Kemudian, kami segera melakukan pemasangan dan melakukan sessi pengujian mutu bunyi yang dihasilkan dari sistem audio.
  6. Selepas pamasangan siap dilakukan, kami terus menukar persalinan kami dan acara dimulakan dengan memperkenalkan diri kami dan kami memainkan lagu-lagu.
  7. Acara secara rasminya bermula tepat jam 8:00PM. Kelihatan tetamu yang terdiri dari kalangan penduduk hadir untuk bersama-sama memeriahkan majlis.
  8. Wakil pihak pengurusan juga memulakan majlis dengan bacaan doa dan ucapan.
  9. Pelbagai hidangan enak yang disediakan termasuk sate, nasi berlauk dan bermacam-macam lagi.
  10. Acara dimeriahkan dengan cabutan nombor bertuah dan juga karaoke.
  11. Cukup meriah sekali malam itu, dengan pelbagai lapisan masyarakat turut hadir meraikan sambutan ini.
  12. Majlis tamat sekitar jam 10:30PM dan kami memberikan kata-kata akhir sebelum majlis ini berakhit.
  13. Alhamdulillah, tugas pada malam ini cukup lancar dan berjalan dengan cukup meriah sekali. Terima kasih kepada puan Hani dan kepada pihak pengurusan amnya kerana memberi peluang kepada kami untuk bersama-sama memeriahkan majlis ini

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

Menjayakan Majlis Pernikahan Azura & Ahmad Zahari

Majlis Pernikahan Nor Azura & Ahmad Zahari

Tarikh: 29/10/2016

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Jenjarom

Bandar : Banting

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Tugasan kali ini sangat istimewa untuk kami kerana majlis ini adalah majlis akad nikah.
  2. Tempahan telah dilakukan oleh adik kepada pengantin perempuan dan beliau bersetuju untuk mendapatkan pakej combo A kami.
  3. Majlis ini akan bermula selepas Asar dan kami tiba ke lokasi majlis seawal jam 3:30PM untuk melakukan pemasangan peralatan kami.
  4. Setibanya kami tiba ke kediaman keluarga pengantin, kami telah bertemu dengan adik Azura dan kami melakukan sedikit perbincangan dan selepas itu kerja pemasangan terus dilakukan.
  5. Kelihatan pasukan katering dan pasukan videographer dan fotographer telah tiba untuk melakukan tugasan.
  6. Kami memasang 2 unit wireless microphone di dalam ruang tamu rumah dan meletakkan sebuah speaker di dalam rumah. Manakala satu lagi speaker di luar.
  7. Sejurus selepas itu, kami melakukan sessi pengujian mutu bunyi yang dihasilkan dari sistem kami.
  8. Tepat jam 5:00PM, rombongan pengantin lelaki mula tiba. Jurunikah juga kelihatan telah tiba ke kediaman pengantin.
  9. Majlis terus dimulakan dengan ucapan selamat datang dari pihak kami dan jurunikah terus memulakan sessi ini dengan khutbah nikah.
  10. Khutbah nikah boleh didengari sehingga ke bahagian kanopi diluar. Sebahagian tetamu duduk di bahagian kanopi sambil mendengar khutbah yang disampaikan oleh tuan Imam iaitu jurunikah.
  11. Selepas khutbah disampaikan, akad nikah terus dilangsungkan. Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, Azura dan Ahmad Zahari sah digelar sebagai suami dan isteri.
  12. Kejayaan upacara akad nikah disambut dengan bacaan doa dan lafaz taklik.
  13. Kemudian tetamu jemputan dijemput untuk ke bahagian kanopi untuk menjayakan sessi minum petang.
  14. Azura dan Ahmad Zahari menjayakan sessi fotografi bersama keluarga dan teman-teman yang hadir menjayakan majlis mereka.
  15. Kami memainkan lagu-lagu pilihan pasangan pengantin sepanjang petang itu sambil para tetamu menjamu selera.
  16. Kami berhenti rehat untuk memberi laluan kepada waktu maghrib dan akan kembali bertugas pada sessi malam pula bagi menjayakan sessi makan berdamai dua keluarga pengantin lelaki dan perempuan.
  17. Sessi malam berjalan dengan cukup meriah walaupun cuaca sedikit hujan. Tetamu yang hadir cukup ceria sekali dapat bertemu dengan pasangan pengantin baru.
  18. Kelihatan ramai rakan-rakan yang hadir meraikan hari bahagia pasangan Azura dan Ahmad Zahari pada malam ini
  19. Kami memainkan pelbagai lagu romantis dan lagu yang bersesuai dengan suasana majlis pada malam ini.
  20. Tepat jam 10:00PM, tetamu mula bersurai meninggalkan majlis dan bersalam-salaman dengan pengantin.
  21. Tepat jam 11:00PM, kami telah memohon untuk menamatkan tugasan kami.
  22. Alhamdulillah, majlis hari ini berlangsung dengan cukup meriah dan sempurna sekali. Tahniah kami ucapkan kepada Azura dan Ahmad Zahari di atas hubung suami isteri yang telah terbina ini.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

thumb_img_4774_1024 thumb_img_4773_1024 thumb_img_4783_1024 thumb_img_4782_1024 thumb_img_4779_1024 thumb_img_4778_1024

Menerima Tempahan Dari Zainora Dan Zulamri

Majlis Perkahwinan Zainora Binti Zainudin & Zulamri Bin Hassan

Tarikh: 09/04/2016

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi : Dewan Komuniti Gombak

Bandar : Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Kami ini kami berpeluang bertugas di Dewan Komuniti Gombak untuk menjayakan majlis pasangan Zainora dan Zulamri.
  2. Ini adalah kali pertama kami menjayakan tugasan kami di dewan ini. Dewan yang cukup selesa dengan kemudahan asas yang baik dan berpenghawa dingin.
  3. Kami tiba ke lokasi majlis sekitar jam 9:30AM untuk melakukan pemasangan. Kelihatan pasukan katering dari Mahligai Impian telah tiba untuk melakukan tugasan mereka.
  4. Setelah pemasangan siap dilakukan, kami telah bertemu dengan kakak dan abang ipar Zainora iaitu Puan Wati dan Tuan Rudi untuk berbincang berkenaan dengan perjalanan majlis.
  5. Selepas perbincangan selesai, kami terus menukar persalinan kami untuk memulakan tugasan kami secara rasmi.
  6. Kami dimaklumkan pasangan mempelai akan tiba ke dewan sekitar jam 1:30PM. Kehadiran mereka telah disambut dengan paluan kompang dari Pasukan Kompang Sinar 12.
  7. Sejurus pengantin tiba, kami telah menyambut kehadiran mereka dengan kata-kata aluan dan mempersilakan pasangan mempelai dan seluruh rombongan pengantin lelaki untuk berarak masuk ke dalam dewan.
  8. Bacaan doa dibaca bagi memberkati majlis pada hari ini. Pasangan mempelai telah duduk di pentas pelamin dan acara diteruskan dengan sessi merenjis dan salam restu.
  9. Selepas sessi salam restu selesai, acara diteruskan dengan menjemput pasangan pengantin untuk menjamu selera bersama keluarga di meja makan beradab.
  10. Selepas selesai sessi makan beradab, majlis diteruskan dengan menjayakan sessi memotong kek perkahwinan.
  11. Selepas menjayakan sessi memotong kek, pasangan mempelai seterusnya berkenan untuk menjayakan sessi fotografi bersama teman-teman dan keluarga.
  12. Cukup ramai tetamu yang hadir bagi meraikan Zainora dan Zulamri pada hari ini. Penyedia perkhidmatan fotografi untuk majlis ini iaitu Tuan Shahrin merakamkan momen-momen menarik di majlis ini.
  13. Ketika sessi fotografi masih berlangsung, acara diteruskan dengan sessi berkaraoke yang dijayakan oleh sanak-saudara dan tetamu-tetamu yang masih berada di dewan ini.
  14. Acara berlangsung meriah sehingga ke petang. Zainora dan Zulamri sempat beramah mesra dengan tetamu yang masih berada di dewan.
  15. Peserta karaoke yang menyampaikan lagu cukup berbakat dimajlis ini. Tetamu cukup terhibur dengan nyanyian mereka.
  16. Kami bertugas di majlis ini sehingga jam 4:00PM dan telah memohon untuk mengundur diri bagi menamatkan tugasan kami.
  17. Alhamdulillah, majlis cukup lancar sekali dan kelihatan seluruh ahli keluarga dan pasangan pengantin cukup gembira dengan kejayaan majlis pada hari ini.
  18. Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada Zainora dan Zulazmi kerana telah memilih perkhidmatan terbaik kami bagi menjayakan majlis kalian.
  19. Semoga hubungan yang terbina ini akan ditemukan dengan barakah dan diredhai Allah SWT. Semoga berbahagia selalu, Amin.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

thumb_IMG_3165_1024 thumb_IMG_3160_1024 thumb_IMG_3156_1024 thumb_IMG_3154_1024 thumb_IMG_3152_1024 thumb_IMG_3148_1024 thumb_IMG_3147_1024 thumb_IMG_3146_1024 thumb_IMG_3145_1024

Memeriahkan Majlis Perkahwinan Puteri Kepada Tuan Tahir Haris

Majlis Perkahwinan Durrah Syazwani Binti Mohd Tahir & Ahmed Naim Bin Azli

Tarikh: 17/05/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Bersama

Lokasi : Auditorium Integriti, Menara Integriti

Bandar : Jalan Duta, Kuala Lumpur

Combo Pilihan : Combo A (Deejay + PA System + Karaoke)

Catatan:

  1. Hari ini kami bersiaran di Jalan Duta, Kuala Lumpur di sebuah bangunan agensi kerajaan iaitu Institut Integriti Malaysia.
  2. Tuan Tahir iaitu bapa kepada pengantin perempuan telah melakukan tempahan melalui borang tempahan online kami setelah perkhidmatan kami dicadangkan kepada beliau oleh seorang sahabat beliau.
  3. Kami tiba ke lokasi majlis iaitu di aras dua Menara Integriti sekitar jam 9:20AM dan melakukan tinjauan terhadap susun atur di dalam dewan.
  4. Pemasangan dilakukan selepas sessi tinjauan dan peralatan kami siap dipasang pada jam 10:00AM.
  5. Turut menjayakan majlis ini adalah kumpulan silat dan kumpulan gamelan yang dibawa khas oleh Jalal Kompang Event.
  6. Pasangan mempelai dijadualkan tiba sekitar jam 1:20PM selepas azan Zuhur berkumandang.
  7. Apa yang menarik di majlis ini, pengantin perempuan iaitu Durrah Syazwani dan barisan pengiring beliau yang akan terlebih dahulu menaiki pentas pelamin.
  8. Apabila tiba giliran pengantin lelaki, bacaan selawat dibacakan oleh Cikgu Jalaluddin Masot dan pengantin terus berarak menuju ke ruang utama dewan. Sebelum pengantin lelaki dibenarkan untuk naik ke pelamin untuk sessi persandingan, acara dimeriahkan dengan adat membayar tol. Pengantin perlu memenuhkan hajat ahli keluarga perempuan sebelum pengantin lelaki dibenarkan menaiki takhta.
  9. Apabila tiba dipentas pelamin, Naim dan Durrah Syazwani disatukan dan acara diteruskan dengan persembahan silat.
  10. Selepas persembahan silat selesai, acara diberkati dengan bacaan doa yang sekali lagi dipimpin oleh Cikgu Jalaluddin Haji Masot.
  11. Selepas doa dibaca, acara merenjis dan salam restu diadakan dan kemudian majlis diteruskan dengan upacara makan beradab.
  12. Enak sekali juadah yang disajikan. Selain dari menu utama yang lazat, majlis juga dihiasi dengan sajian lain  seperti, cendol, kuih-muih, aiskrim dan minuman panas serta bubur kacang.
  13. Sejurus selepas sessi makan beradab, acara diserikan dan dimeriahkan lagi dengan sessi memotong kek perkahwinan.
  14. Pasangan mempelai telah bersetuju untuk memilih lagu All Of Me nyanyian John Legend sebagai muzik latar bagi acara memotong kek perkahwinan mereka.
  15. Selepas selesai acara memotong kek, pasangan pengantin baru ini berkenan untuk menjayakan sessi fotografi.
  16. Seluruh ahli keluarga dan sahabat handai mempelai dijemput untuk menjayakan sessi bergambar bersama Naim dan Durrah Syazwani.
  17. Acara berlangsung meriah sehingga jam 4:00PM. Kami telah memberikan ucapan penutup bagi mengakhiri tugasan kami dan bertemu dengan pasangan mempelai dan Tuan Mohd Tahir untuk menyampaikan penghargaan kerana memilih kami untuk berkongsi kemeriahan di majlis ini.
  18. Kepada Naim dan Durrah Syazwani, tahniah kami ucapkan di atas majlis yang cukup meriah ini. Semoga kalian akan terus bahagia dan dikurniakan dengan kehidupan yang terbaik selamanya.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

emcee-dj-kahwin-pa-system-institut-integriti-malaysia-9 emcee-dj-kahwin-pa-system-institut-integriti-malaysia-8 emcee-dj-kahwin-pa-system-institut-integriti-malaysia-7 emcee-dj-kahwin-pa-system-institut-integriti-malaysia-6 emcee-dj-kahwin-pa-system-institut-integriti-malaysia-5 emcee-dj-kahwin-pa-system-institut-integriti-malaysia-4 emcee-dj-kahwin-pa-system-institut-integriti-malaysia-3 emcee-dj-kahwin-pa-system-institut-integriti-malaysia-24 emcee-dj-kahwin-pa-system-institut-integriti-malaysia-23 emcee-dj-kahwin-pa-system-institut-integriti-malaysia-22 emcee-dj-kahwin-pa-system-institut-integriti-malaysia-21 emcee-dj-kahwin-pa-system-institut-integriti-malaysia-20 emcee-dj-kahwin-pa-system-institut-integriti-malaysia-2 emcee-dj-kahwin-pa-system-institut-integriti-malaysia-19 emcee-dj-kahwin-pa-system-institut-integriti-malaysia-18 emcee-dj-kahwin-pa-system-institut-integriti-malaysia-17 emcee-dj-kahwin-pa-system-institut-integriti-malaysia-16 emcee-dj-kahwin-pa-system-institut-integriti-malaysia-15 emcee-dj-kahwin-pa-system-institut-integriti-malaysia-14 emcee-dj-kahwin-pa-system-institut-integriti-malaysia-13 emcee-dj-kahwin-pa-system-institut-integriti-malaysia-12 emcee-dj-kahwin-pa-system-institut-integriti-malaysia-11 emcee-dj-kahwin-pa-system-institut-integriti-malaysia-10 emcee-dj-kahwin-pa-system-institut-integriti-malaysia-1