Majlis Pernikahan Anisah & Mohd Hadri
Tarikh: 17/04/2015
Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan
Lokasi : Bukit Damansara,
Bandar : Kuala Lumpur
Combo Pilihan : Combo A (Deejay + PA System + Karaoke)
Catatan:
- Majlis istimewa Anisah ini berlangsung pada hari Jumaat di mana Anisah akan menerima rombongan pengantin lelaki yang akan dinikahkan di kediaman keluarga Anisah.
- Kami tiba ke lokasi majlis sekitar jam 3:30PM dan acara akan bermula secara rasminya pada jam 5:00PM.
- Cuaca agak mendung ketika kami tiba dan kami telah memilih tempat yang selamat dan mempunyai teduhan agar peralatan kami tidak ditimpa hujan.
- Kanopi didirikan di sekitar kediaman pengantin tetapi acara akan nikah akan dilangsungkan di ruang tamu kediaman keluarga pengantin.
- Mini pelamin didirikan di dalam rumah dengan bunga-bungaan segar dan lampu yang bergemerlapan menambahkan lagi seri majlis ini.
- Setelah siap melakukan pemasangan peralatan, kami hanya menunggu sahaja masa dan tikanya rombongan pengantin lelaki tiba untuk upacara yang bersejarah ini.
- Rombongan pengantin tiba tepat jam 5:30PM dan majlis terus dimulakan dengan ucapan ringkas dari kedua-dua wakil keluarga pengantin.
- Juru nikah menyampaikan khutbah nikah yang didengari oleh seluruh tetamu yang berada di dalam kediaman dan juga yang berada diluar.
- Speaker yang dipasang di luar dan di dalam rumah membantu tetamu-tetamu untuk menghayati bacaan khutbah yang dibaca.
- Upacara akad nikah dilangsungkan sejurus selepas juru nikah selesai berkhutbah. Hadri telah memilih untuk mencuba lafaz nikah terlebih dahulu sebagai percubaan.
- Kemudian dengan sekali lafaz sahaja Hadri selamat bergelar suami yang sah kepada Anisah. Lafaz akad nikah ini disampaikan sendiri oleh bapa Anisah.
- Selepas selesai acara pernikahan, Hadri telah meninggalkan majlis seketika untuk memanjatkan syukur dengan melakukan solat sunat.
- Kemudian acara diteruskan dengan bacaan takliq dan acara menyarung cincin perkahwinan mengambil tempat selepas itu.
- Acara fotografi diadakan bersama dengan ahli keluarga dan rakan taulan di mini pelamin dan bapa pengantin telah menjemput tetamu untuk menjamu selera dengan hidangan yang sangat enak di ruangan kanopi di luar.
- Kami memulakan sessi karaoke dan menjemput ahli keluarga dan tetamu menyertai sessi karaoke ini.
- Selepas selesai sessi karaoke dan jam menunjukkan tepat 11:00PM kami telah meminta kebenaran untuk menamatkan tugasan kami.
- Ternyata cukup meriah acara akad nikah yang diadakan dan kami. Walaupun cuaca sedikit hujan, namun ianya tidak sedikitpun menghalang untuk majlis ini berlangsung dengan jayanya.
- Kami ingin mengucapkan syabas kepada Anisah dan Mohd Hadri sekeluarga di atas kejayaan menjayakan majlis ini
Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?
Foto Majlis: