Loading...
The Junx In Action..

Bertugas Di Dewan Teratai Shah Alam Sempena Majlis Azizul & Ayuni

emcee-dj-kahwin-pa-system-19-shah-alam-12

Majlis Perkahwinan Muhammad Azizul & Nurul Ayuni

Tarikh: 25/04/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Lelaki

Lokasi : Dewan Teratai MBSA, Seksyen 19

Bandar : Shah Alam, Selangor

Combo Pilihan : Combo B (Deejay + PA System)

Catatan:

  1. Ini adalah kali pertama kami bertugas di dewan ini. Dewan yang luas, dilengkapi dengan penghawa dingin, kipas, tandas dan surau.
  2. Pengantin lelaki iaitu Azizul telah melakukan tempahan melalui borang tempahan online kami. Sebelum ini, beliau telah bertemu kami di salah sebuah majlis sahabat beliau iaitu Nurul Izzah dan Wan Fadhlan.
  3. Kami tiba di dewan ini sekitar jam 9:30AM, dan terus bertemu dengan Azizul yang kebetulan berada di dewan untuk membantu abang iparnya memasang pelamin.
  4. Kami melakukan pemasangan peralatan kami dan kemudian kami sempat berbincang berkenaan dengan perjalanan majlis.
  5. Azizul menyerahkan kepada kami untuk membantu beliau untuk mengaturkan perjalanan majlis beliau.
  6. Setelah pemasangan siap dilakukan, kami telah memberikan kata-kata aluan dan ucapan selamat datang bagi mengalu-alukan kehadiran ahli keluarga Azizul.
  7. Katering pada majlis ini disediakan oleh Qis Catering & Canopy yang berpangkalan di Kg. Pandan Dalam Kuala Lumpur.
  8. Pasangan mempelai dan rombongan pengantin perempuan dari Semenyih tiba di dewan pada jam 1:30PM selepas azan Zuhur.
  9. Pasangan mempelai yang segak dengan busana berwarna putih diarak dengan paluan kompang dari Pasukan Kompang Nur Panji Alam.
  10. Pasangan mempelai dibawa masuk ke dewan dan kemudian duduk bersemayam di pentas pelamin.
  11. Kemudian bacaan doa dibaca bagi memberkati majlis pada hari ni dan kemudian acara diteruskan dengan upacara salam restu. Kami telah menjemput ahli keluarga pengantin perempuan untuk memulakan acara kemudian kami telah menjemput rakan-rakan dan kakitangan dari Maybank Bangsar Baru iaitu rakan-rakan kepada Azizul.
  12. Acara makan beradab dimulakan selepas selesai acara salam restu dan merenjis. Kemudian disusuli dengan sessi memotong kek yang dilangsungkan di atas pentas.
  13. Pasangan raja dan ratu sehari kemudiannya dijemput untuk duduk kembali di pelamin dan kami telah menjemput ahli keluarga dan rakan-rakan untuk menjayakan sessi fotografi.
  14. Kelihatan tetamu yang hadir meraikan pasangan mempelai pada hari ini cukup memberangsangkan.
  15. Majlis juga menyediakan photo booth dan backdrop untuk tetamu mengambil gambar dan majlis juga menyajikan condol untuk tetamu. Cendol dari Pak Akob sangat sedap dan enak sekali turut dijamu oleh tetamu.
  16. Majlis diserikan lagi dengan majlis ulangtahun kelahiran kakak pengantin iaitu Puan Zura. Kami telah memainkan lagu Allah Selamatkan Kamu dan Happy Birthday To You dan dinyanyikan beramai-ramai oleh ahli keluarga pengantin.
  17. Alhamdulillah, segala tanggungjawab yang diamanahkan telah berjaya dipikul oleh kami sehingga ke petang. Sebelum kami pulang ibu pengantin iaitu Puan Zainon telah memberikan ole-ole kepada kami untuk di bawa pulang.
  18. Kami mengucapkan syabas dan terima kasih di atas peluang yang diberikan kepada kami untuk menjayakan dan berkongsi kemeriahan majlis ini bersama kami.
  19. Jelas terpancar wajah kegembiraan pada Azizul dan Ayuni sepanjang majlis ini. Tahniah dan semoga kalian dapat mengharungi alam rumah tangga dengan jayanya dan terus bahagia sehingga kehujung nyawa.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

emcee-dj-kahwin-pa-system-19-shah-alam-1 emcee-dj-kahwin-pa-system-19-shah-alam-2 emcee-dj-kahwin-pa-system-19-shah-alam-3 emcee-dj-kahwin-pa-system-19-shah-alam-4 emcee-dj-kahwin-pa-system-19-shah-alam-5 emcee-dj-kahwin-pa-system-19-shah-alam-6 emcee-dj-kahwin-pa-system-19-shah-alam-7 emcee-dj-kahwin-pa-system-19-shah-alam-8 emcee-dj-kahwin-pa-system-19-shah-alam-9 emcee-dj-kahwin-pa-system-19-shah-alam-10 emcee-dj-kahwin-pa-system-19-shah-alam-11 emcee-dj-kahwin-pa-system-19-shah-alam-12 emcee-dj-kahwin-pa-system-19-shah-alam-13 emcee-dj-kahwin-pa-system-19-shah-alam-14 emcee-dj-kahwin-pa-system-19-shah-alam-15 emcee-dj-kahwin-pa-system-19-shah-alam-16

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *