Majlis Pengiktirafan Francaisi Aquanano 2014
Tarikh : 26/01/2014
Nama Syarikat : MyHomme Group (M) Resources Sdn Bhd
Lokasi : Royal Ballroom III, Hotel Palace of The Golden Horses
Bandar: Seri Kembangan, Selangor
Combo Pilihan : Combo A (PA System – Karaoke – Deejay)
Catatan:
- Ini adalah kali kedua The Junx menjayakan majlis anjuran Myhomme Group.
- Majlis ini diadakan sebagai pengiktirafan franciasi Aquanano, sebuah program usahawan dobi anjuran Myhomme Group.
- Selain dari pengiktirafan franciasi, majlis juga diadakan untuk memperkenalkan duta Aquanano iaitu Shuib Sepahtu dan isteri Siti Sarah dan mereka berdua telah menandatangani perjanjian kontrak selama setahun sebagai duta rasmi Aquanano.
- Majlis diserikan dengan persembahan nyanyi yang mantap dari Siti Sarah yang menyampaikan 2 buah lagu iaitu, Sinaran dan Belaian Jiwa (duet bersama Shuib)
- Sistem pencahayaan telah disediakan oleh The Head Hunter Asia dan kami sempat bertukar-tukar idea dan pendapat berkenaan servis yang telah kami berikan.
- Untuk majlis ini, pihak kami telah menyediakan sistem microphone baru berjenama Shure bagi memenuhi keperluan penyanyi professional seperti Siti Sarah.
- Ternyata persembahan beliau sangat mantap dan mendapat tepukan gemuruh dari tetamu yang hadir.
- Terima kasih tak terhingga kepada Tuan Amran, Tuan Yuz dan Puan Mashitah, CEO Myhomme Group kerana terus memberi kepercayaan kepada kami. Sokongan mereka selama ini telah banyak membantu kami dalam menempa pengalaman untuk mengendalikan majlis korporat seperti ini.
Foto Majlis: