Majlis Makan Malam Kumpulan Mediviron 2013
Tarikh : 1/12/2013
Lokasi : Hotel Armada
Bandar: Petaling Jaya
Combo Pilihan : Combo C (DJ – PA Sistem – Karaoke – Projector Set)
Catatan:
- Kali ini adalah tahun ketiga The Junx diberi kepercayaan untuk mengendalikan sistem siaraya bagi Majlis Makan Malam Tahunan Mediviron.
- Bertemakan “Walk Down Memory Lane”, majlis dimulakan dengan ucapan penghargaan meraikan penganugerahan gelaran Datuk kepada Dr. Lim Heng Huat baru-baru ini.
- Kakitangan syarikat dan klinik-klinik cawangan turut membuat persembahan dan juga nyanyian karaoke bagi menghiburkan tetamu.
- Paling hebat adalah persembahan kugiran oleh kumpulan yang dipimpin oleh Datuk Dr. Lim sendiri dengan menyampaikan beberapa buah lagu Melayu dan juga Inggeris dengan sangat mantap.
- Semua kakitangan dan penganjur sangat mesra dan kami The Junx mengucapkan terima kasih atas kepercayaan kalian. Tahniah kepada pihak penganjur yang berjaya merancang dan mengendalikan majlis dengan baik sekali!
Foto Majlis: