Majlis Pernikahan Dalila Binti Datuk Abu Bakar & Mohd Ali Binti Che Murad
Tarikh: 01/05/2015
Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan
Lokasi : Bukit Damansara,
Bandar : Kuala Lumpur
Combo Pilihan : Combo A (Deejay + PA System + Karaoke)
Catatan:
- Majlis ini dilangsungkan pada hari Jumaat pada cuti umum Hari Pekerja. Lila telah memilih combo A bagi memeriahkan majlis pernikahan beliau yang dilangsungkan sebelah pagi.
- Kami tiba ke lokasi majlis sekitar jam 7:15AM untuk melakukan pemasangan peralatan kami.
- Kami memastikan wireless microphone kami dalam keadaan yang cukup bersedia untuk upacara akad nikah yang dijadualkan pada jam 10:00AM.
- Rombongan pengantin lelaki mula tiba ke lokasi majlis tepat jam 10:00AM dan jurunikah terus memulakan upacara dengan kata-kata pembuka dan menyampaikan khutbah pernikahan kepada pengantin dan juga tetamu.
- Pengantin lelaki dinikahkan sendiri oleh bapa tersayang pengantin perempuan. Alhamdulillah dengan sekali lafaz sahaja Dila sah menjadi milik Ali.
- Setelah upacara akad nikah selesai, tetamu dijemput untuk menjayakan sessi fotografi bersama dengan pasangan pengantin baru.
- Tetamu juga telah dijemput untuk menjamu selera dengan juadah yang disajikan oleh pihak katering.
- Sewaktu jamuan makan sedang berlangsung, kami memainkan pelbagai lagu-lagu romantis sebagai penyeri majlis ini.
- Apabila jam menunjukkan tepat 12:30PM, kami telah memohon untuk memberhentikan siaran untuk ke masjid terdekat bagi mendirikan solat Jumaat. Kami akan kembali bertugas pada sessi petang selepas solat Jumaat bagi menjayakan sessi karaoke santai bersama dengan keluarga besar pengantin perempuan.
- Kami melakukan pemasangan peralatan untuk sessi karaoke di ruang utama kediaman pengantin.
- Ternyata anak-anak saudara Dila sungguh gembira kerana mereka diberikan keutamaan bagi menyanyikan lagu pilihan mereka.
- Pengantin dan adik beradik pengantin juga tidak ketinggalan untuk menyumbangkan beberapa buah lagu. Ternyata mereka sangat berbakat.
- Kami cukup gembira sekali mengendalikan tugasan di majlis ini dan ianya berlanjutan sehingga jam 6:00PM bagi memenuhi permintaan keluarga pengantin.
- Syabas dan tahniah kami ucapkan kepada Dila dan Mohd Ali di atas majlis yang cukup berseri dan meriah sekali. Budi baik dan layanan mesra kalian tidak sekali kami lupakan.
Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?
Foto Majlis: