Majlis Perkahwinan Natasha & Fazlan
Tarikh: 03/05/2015
Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan
Lokasi : Pusat Kejiranan Presint 9
Bandar : Putrajaya
Combo Pilihan : Combo A (Deejay + PA System + Karaoke)
Catatan:
- Tempahan untuk majlis ini telah dilakukan oleh salah seorang ahli keluarga pengantin yang hadir di majlis Maz dan Ahmad di Bagan Lalang pada bulan Mac yang lalu.
- Kami telah beberapa kali menjalankan tugas dilokasi ini. Dewan yang cukup selesa lengkap dengan kemudahan asas seperti surau dan tandas.
- Kami tiba seawal jam 9:30AM dan terus melakukan pemasangan dan bertemu dengan ahli keluarga pengantin yang juga penyedia kelengkapan perkahwinan di majlis tersebut.
- Pemasangan siap dilakukan sekitar jam 10:30AM dan kami telah bertemu Natasha dan Fazlan untuk berbincang mengenai perjalanan majlis dan mereka turut membekalkan lagu dari thumbdrive mereka untuk kami putarkan.
- Pengantin dijadualkan tiba sekitar jam 1:00PM tetapi sedikit kelewatan telah berlaku dan mereka memilih untuk berarak masuk ke dewan selepas azan Zuhur berkumandang.
- Kami memainkan paluan kompang dari sistem audio kami sebagai menandakan pengantin telah bersedia untuk berarak masuk dan memainkan lagu pilihan pengantin iaitu My Baby You dari Marc Anthony.
- Kami menyampaikan pantun pembukaan dan menjemput pasangan mempelai Natasha dan Fazlan bersama rombongan pengantin lelaki untuk berarak masuk ke ruang utama dewan.
- Sebelum mereka naik ke pentas pelamin, persembahan silat dilakukan di hadapan raja dan ratu sehari dengan muzik silat yang kami mainkan dari sistem kami.
- Kemudian pasangan mempelai dijemput untuk duduk bersemayam di pelaminan dan kami menjemput Al-Fadhil Saudara Zamarul untuk memimpin bacaan doa.
- Selepas selesai bacaan doa, kami memulakan istiadat bersalam restu dan merenjis dengan menjemput ahli keluarga pengantin lelaki dan kemudian kami menjemput pula ahli keluarga dari pihak pengantin perempuan.
- Selepas selesai acara salam restu, majlis diteruskan dengan menjemput pengantin dan wakil keluarga pengantin lelaki untuk duduk di meja makan berada bagi menyempurnakan sessi santapan di-raja.
- Ketika mempelai sedang menjamu selera, majlis diserikan dengan persembahan video nikah yang dibawakan oleh Flensa Production untuk tontonan tetamu melalui projector yang disediakan sendiri oleh bapa Natasha.
- Acara memotong kek dilakukan di pentas pelamin dan lagu Dealova menjadi pilihan Natasha dan Fazlan.
- Kemudian pasangan pengantin berkenan menjayakan sessi fotografi bersama keluarga dan juga rakan-rakan mereka.
- Majlis diteruskan dengan acara beramah mesra di mana Natasha dan Fazlan turun dari pentas pelamin dan menemui setiap tetamu yang hadir meraikan majlis mereka.
- Pada masa yang sama, kami telah menjemput tetamu untuk menyertai kami di dalam segmen karaoke santai.
- Sambutan yang hangat diterima oleh pihak kami dan melalui pemerhatian kami mereka yang menyertai sessi ini sungguh berbakat sekali.
- Tahniah dan syabas kami ucapkan kepada seluruh ahli keluarga yang pertungkus lumus memastikan majlis pada hari ini berjalan dengan jaya sekali.
- Kami doakan Natasha dan Fazlan akan terus bahagia buat selamanya dan cekal dalam menempuhi alam rumah tangga.
Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?
Foto Majlis: