Loading...
The Junx In Action..

Meraikan Zaneq Dan Hiera Di Restoran Nelayan

IMG_0754

Majlis Perkahwinan Mohd Irzani bin Ibrahim dan Nur Zahiera binti Mohd Zuslaini

Tarikh: 29/08/2015

Majlis Sebelah Pengantin : Bersama

Lokasi : Restoran Nelayan Titiwangsa,

Bandar :  Gombak, Selangor

Combo Pilihan : Combo B (Deejay + PA System)

Catatan:

  1. Untuk tugasan kali ini, pasangan pengantin telah memilih Combo B untuk memeriahkan majlis mereka.
  2. Tempahan dilakukan secara online oleh pengantin dan alhamdulillah tarikh 30 Ogos 2015 kami masih mempunyai kekosongan untuk hadir meraikan majlis Zaneq dan Hiera.
  3. Majlis yang dilangsungkan pada malam hari ini diadakan di sebuah restoran terkemuka iaitu Restoran Nelayan Titiwangsa cawangan Gombak.
  4. Kami pernah bertugas di restoran nelayan sebelum ini, tetapi sebelum ini kami bertugas di cawangan Taman Tasik Perdana.
  5. Kami tiba ke lokasi majlis sekitar jam 4:30PM, kemudian kami bertemu dengan Zaneq yang telah berada di lokasi.
  6. Setelah melakukan sedikit perbincangan, kami terus melakukan pemasangan peralatan kami.
  7. Di restoran ini terdapat dewan yang disediakan untuk penganjuran majlis. Dewan yang selesa dengan penghawa dingin dan kelengkapan banquet yang sangat baik.
  8. Dewan ini boleh memuatkan kira-kira 800 orang pada satu-satu masa, dan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan asas yang sangat baik.
  9. Setelah pemasangan dilakukan, kami terus menukar persalinan dan bersiap sedia untuk memulakan tugasan.
  10. Sekitar jam 7:30PM, ahli keluarga pengantin kedua-dua belah pihak mula tiba dengan melakukan persiapan terakhir.
  11. Jam 8:00PM, juadah makanan mula dijamu dan kami telah menjemput semua tetamu yang telah berada di majlis untuk menikmati juadah yang disajikan oleh Restoran Nelayan.
  12. Pengantin tiba di dewan sekitar jam 9:00PM dan kami telah memainkan lagu berarak yang dipilih sindiri oleh pasangan mempelai iaitu lagu Sempurna Waktu dari Ir Radzi.
  13. Pengantin berarak masuk ke dewan dan terus menuju ke pentas pelamin. Mereka terus bersanding dan bacaan doa dimulakan dan disampaikan oleh adik Zaneq iaitu Didi.
  14. Setelah doa dibaca, acara diteruskan dengan menjemput ahli keluarga menjayakan acara salam restu.
  15. Setelah selesai acara, pengantin menjayakan pula acara makan beradab atau makan berdamai.
  16. Selepas selesai acara makan beradab, pasangan mempelai berkenan untuk menjayakan acara memotong kek perkahwinan mereka. Mereka telah memilih lagu Sedetik Lebih dari Anuar Zain untuk menjayakan acara ini.
  17. Selepas menjayakan acara memotong kek perkahwinan, pengantin kembali semula ke pentas pelamin untuk menjayakan sessi fotografi.
  18. Sessi fotografi diadakan dengan cukup meriah. Rakan-rakan dan sanak saudara menggunakan peluang ini untuk bergambar bersama Zaneq dan Hiera.
  19. Kelihatan pasangan mempelai yang diraikan pada malam ini cukup gembira sekali dengan kehadiran rakan-rakan yang saudara-mara yang hadir meraikan majlis mereka.
  20. Majlis berlanjutan sehingga jam 11:00PM, tetamu telah mula meninggalkan majlis dan kami telah mengucapkan ucapan penghargaan kepada seluruh tetamu dan ahli keluarga yang hadir menjayakan majlis indah Zaneq dan Hiera.
  21. Tahniah diucapkan kepada Zaneq dan Hiera. Layanan yang sangat baik diberikan oleh mereka berdua kepada kami sangat-sangat kami hargai.
  22. Kami doakan kalian akan terus bahagia dan saling mencintai selamanya. Terima kasih kerana memilih kami untuk menjayakan majlis kalian.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

IMG_0731 IMG_0732 IMG_0733 IMG_0734 IMG_0736 IMG_0738 IMG_0743 IMG_0747 IMG_0749 IMG_0754 IMG_0756 IMG_0760

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *