Loading...
The Junx In Action..

Berkongsi Kemeriahan Majlis Perkahwinan Puteri Tuan Sapri

thumb_IMG_2692_1024

Majlis Perkahwinnan Nur Fatihah Hanifah Binti Sapri & Gusmantri Bin Mansur

Tarikh: 07/02/2016

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi :  Dewan Orang Ramai, Taman Desa Baiduri

Bandar : Cheras, Selangor

Combo Pilihan : Combo B (PA System – Deejay)

Catatan:

  1. Hari ini kami bersiaran di Cheras bagi meraikan pasangan pengantin kepada pelanggan kami iaitu tuan Sapri.
  2. Tuan Sapri telah menelefon kami dan melakukan tempahan melalui telefon dan beliau bersetuju untuk mengambil pakej Combo B kami.
  3. Kami tiba ke lokasi majlis seawal jam 9:30AM dan setibanya kami ke dewan ini, kami bertemu dengan tuan Sapri yang telah tiba bagi memantau persiapan terakhir dewan.
  4. Kami melakukan pemasangan peralatan kami dan terus membuat pengujian mutu suara.
  5. Kelihatan pasukan katering dan butik andaman sedang melakukan persiapan terakhir di dewan ini bagi memastikan segalanya sempurna dan mengikut kehendak keluarga pengantin.
  6. Kami menukar persalinan kami dan memakai songkok bagi memulakan tugasan rasmi kami. Kami memberikan kata-kata aluan dan telah menyemput bapa saudara kepada pengantin iaitu Al-Fadhil Tuan Haji Saidin Bin Niamat untuk membacakan doa selamat dan tahlil.
  7. Selepas doa dibaca, kami telah mempersilakan tetamu jemputan untuk menjamu selera dengan hidangan yang telah tersedia.
  8. Kami turut menjamu hidangan yang enak yang disajikan oleh Deanna Weddings & Catering.
  9. Jam 1:00PM, kami dimaklumkan bahawa rombongan pengantin lelaki telah tiba di perkarangan dewan. Bagi menyambut ketibaan mereka, kami memainkan paluan kompang dan pengantin mula berarak menuju ke dewan.
  10. Setibanya Hani dan Agus masuk ke dewan, kami mengalu-alukan kedatang mereka dan menyemput seluruh ahli keluarga pengantin lelaki untuk masuk dan duduk ditempat yang telah dikhaskan untuk mereka.
  11. Doa sekali lagi disampaikan oleh Al-Fadhil Tuan Haji Saidin Bin Niamat sebelum kami menjemput ayahanda dan bonda kedua-dua pengantin bagi memulakan sessi salam restu.
  12. Lepas sessi salam restu dijalankan, kami mempersilakan pula pasangan Hani dan Agus untuk menyertai ahli keluarga pengantin lelaki untuk menjamu selera di meja makan beradab.
  13. Selepas sessi menjamu selera selesai, kami menjemput pula pasangan pengantin untuk menjayakan sessi memotong kek perkahwinan.
  14. Kami memainkan pelbagai koleksi lagu-lagu romantis dan lagu-lagu perkahwinan sepanjang majlis ini. Ternyata Hani dan Agus sangat gembira tatkala melihat tetamu yang hadir pada hari ini cukup memberangsangkan.
  15. Selepas menjayakan sessi memotong kek, Agus dan Hani dijemput pula untuk menjayakan sessi fotografi di pentas pelamin.
  16. Kami telah mempersilakan ahli keluarga pengantin lelaki dan ahli keluarga pengantin perempuan untuk bersama-sama menjayakan sessi ini.
  17. Rakan-rakan yang hadir juga tidak ketinggalan untuk menjayakan sessi ini.
  18. Kami menjayakan majlis ini sehingga jam 4:00PM dan kami telah memohon dari tuan Sapri untuk menamatkan tugasan kami di majlis beliau.
  19. Alhamdulillah, maklum balas yang diberikan terhadap tugasan kami pada hari ini memberikan dorongan untuk kami terus memberikan yang terbaik kepada pelanggan kami.
  20. Kepada Hani dan Agus, selamat pengantin baru kami ucapkan dan kami doakan agar hubungan uang telah terbina ini akan terus berkekalan selamanya. Amin

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

thumb_IMG_2675_1024 thumb_IMG_2679_1024 thumb_IMG_2681_1024 thumb_IMG_2685_1024 thumb_IMG_2686_1024 thumb_IMG_2688_1024 thumb_IMG_2690_1024 thumb_IMG_2692_1024 thumb_IMG_2684_1024

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *