Loading...
The Junx In Action..

Berkunjung Ke Paya Jaras Meraikan Aten & Hazwan

Majlis Perkahwinan Nur Fatin Najwa Rosli & Muhammad Hazwan Afandi

Tarikh: 21/02/2016

Majlis Sebelah Pengantin : Perempuan

Lokasi :  Kampung Paya Jaras Dalam,

Bandar : Sungai Buloh, Selangor

Combo Pilihan : Combo A (PA System – Deejay – Karaoke)

Catatan:

  1. Hari ini kami berkunjung ke Paya Jayas bagi memenuhi pelawaan Aten iaitu pengantin perempuan yang akan bersanding di kediaman beliau.
  2. Aten telah melakukan tempahan melalui laman web kami dan beliau bersetuju untuk memeriahkan majlis beliau dengan mengambil combo A.
  3. Kami tiba ke lokasi majlis seawal jam 9:30AM dan telah bertemu dengan kaum keluarga Aten sebelum melakukan pemasangan.
  4. Selepas melakukan perbincangan dengan keluarga dan bapa saudara Aten, kami telah melakukan pemasangan dan melakukan pengujian mutu suara dari sistem siar raya kami.
  5. Majlis yang dilangsungkan di kediaman tuan Rosli dan puan Ruby ini cukup meriah. Sebanyak 9 kanopi didirikan dan semangat gotong royong sesama ahli keluarga yang menyajikan hidangan cukup menyempurnakan majlis ini.
  6. Tetamu mula tiba jam 11:00AM dan kami telah menukar persalinan kami dan memulakan tugasan kami secara rasminya sejurus selepas itu.
  7. Kami memberikan kata-kata pembukaan dan ucapan salam kepada seluruh tetamu dan ahli keluarga pengantin.
  8. Kami juga sempat bertemu dengan Aten sendiri bagi mendapatkan maklumat mukhtahir berkenaan dengan aturcara penuh perjalanan majlis ini.
  9. Rombongan pengantin lelaki tiba ke lokasi majlis tepat jam 12:30PM. Pasukan kompang mengiringi perarakan masuk Hazwan dan keluarga pengantin lelaki.
  10. Apabila pengantin lelaki tiba ke gerbang pintu masuk majlis, rombongan pengantin telah disambut oleh Aten dan keluarga pengantin lelaki dan mereka dijemput masuk ke majlis.
  11. Kami mengalu-alukan ketibaan pengantin dan pengantin dijemput duduk di singgahsana pelamin dan seterusnya doa di baca sebagai pemula acara.
  12. Selepas doa di baca dan diaminkan oleh para tetamu, majlis diteruskan dengan acara bersalam restu.
  13. Selepas sessi bersalam restu selesai, acara diteruskan pula dengan acara makan beradab di meja santapan diraja.
  14. Hidangan yang cukup enak disajikan oleh petugas-petugas rewang di majlis ini menyebabkan wajah tetamu cukup ceria menikmati hidangan.
  15. Majlis terus meriah dan kami telah membuka sessi karaoke yang telah menjadi tumpuan hangat tetamu dan juga keluarga pengantin.
  16. Anak-anak saudara kepada Aten berkumpul di lokasi tugasan kami untuk memilih lagu untuk disampaikan.
  17. Kami melayani setiap pemintaan lagu yang ingin disampaikan oleh tetamu dan Hazwan dan Aten juga tidak ketinggalan untuk bersama menjayakan sessi karaoke ini dengan menyampaikan lagu.
  18. Sessi fotografi dijayakan di pentas pelamin bersama dengan ahli keluarga kedua-dua pengantin dan sessi ini dijayakan oleh abang fotografer profesional dari Ministry of Moments.
  19. Kami mangakhiri tugasan kami tepat pada jam 4:00PM dan majlis yang meriah ini telah diakhiri dengan persembahan adik-adik perempuan yang hadir di majlis ini dan setia menanti sehingga ke penghujung majlis.
  20. Kepada Aten dan Hazwan tahniah kami ucapkan dan terima kasih di atas layanan mesra kalian dan keluarga sepanjang kami bertugas di majlis anda.

Ingin melihat pakej-pakej yang kami tawarkan?

Foto Majlis: 

thumb_IMG_2861_1024 thumb_IMG_2860_1024  thumb_IMG_2852_1024  thumb_IMG_2845_1024 thumb_IMG_2843_1024 thumb_IMG_2840_1024 thumb_IMG_2838_1024 thumb_IMG_2835_1024 thumb_IMG_2834_1024

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *